Friday, January 8, 2010

Isu Penggunaan Kalimah 'Allah'- Celikkan mata!

Isu penggunaan kalimah ‘ALLAH’,yang dituntut oleh majalah Herald-The Catholic Weekly di Malaysia kini menjadi satu isu yang hangat diperkatakan.Kebenaran yang diberikan sebelum ini ternyata telah menimbulkan kemarahan dan kehairanan umat Islam akan rasionalnya keputusan tersebut.

Sememangnya,kita sudah maa’ruf.Kalimah ‘Allah’ itu khusus disandarkan buat tuhan bagi umat Islam.
Adapun kalimah ‘Tuhan’ itu adalah bersifat am.Nama bagi tuhan-tuhan agama lain.
Tetapi ALLAH itu tuhan kita.
ALLAH itu tuhan bagi umat Islam.
Tuhan bagi satu-satunya agama yang diterima disisi Allah swt.
Sangat jelas.


Jadi apakah wajar kita membenarkan kalimah itu digunakan oleh mereka yang terang-terang kufur?
Mereka yang terang-terang terpesong dari agamaNya yang haqq?
Mereka yang terang-terang menyalahi aqidah yang dibawa Pesuruh Allah,Nabi Muhammad saw?

Selalu disebut-sebut..’masa depan sesebuah negara itu terletak di tangan pemuda-pemudinya(belia)’.
Jika benar begitu,maka dengarlah suara kami!
Dengarlah suara kami yang bergelar Mahasiswa/wi!
Dengarlah suara kami selaku pemuda pemudi Islam!
Cubitlah peha!Celikkan mata!
Sedar atau tidak,sudah tentu musuh-musuh Allah ini mempunyai agenda untuk menghapuskan Islam dari muka bumi ini.Untuk menghancurkan agama Allah yang mulia!Sudah tentu mereka punyai rancangan gerakan Kristianisasi yang bermula sedikit demi sedikit sepertimana yang berlaku ketika ini.Yang mungkin tidak kita sedari!Yang tidak kita sangka-sangka!
Amatlah menyedihkan sekiranya Islam itu hancur di tangan orang-orang Islam sendiri.Nauu’zubillahimin zaalik..
Kami dengan penuh harapan memohon agar pihak-pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab agar lebih peka dan tegas dalam menangani isu yang membimbangkan ini.

Wallahu Subhanahu Wa Taala A'lam..

*Ditengah-tengah kesibukan menelaah bagi menghadapi Imtihan yang mana akan menentukan masa depan seseorang yang bergelar manusia..
Timbul kerisauan dan kegusaran di hati..
Bagaimanakah pula masa depan ISLAM di Tanah Air sana…??

No comments:

Post a Comment