Tuesday, January 26, 2010

Hadith: Kebajikan dan Dosa


*Daripada An Nawaas bin Samaan ra daripada Nabi saw,baginda telah bersabda :
( Kebajikan itu adalah akhlak yang baik dan dosa itu sesuatu yang diragu-ragukan oleh dirimu dan kamu benci manusia melihatnya) H.R Muslim


*Daripada Waabisoh bin Ma’bad ra katanya,(Aku telah datang menemui Rasulullah saw,lantas baginda bersabda :’Engkau datang untuk bertanyakan tentang kebajikan?Aku menjawab :’Benar’.Maka baginda pun bersabda :’Mintalah fatwa(bertanyalah) kepada hatimu,kebajikan adalah sesuatu yang jiwa dan hati merasa tenang terhadapnya,manakala dosa ialah sesuatu yang menimbulkan perasaan serba salah dalam jiwa dan menggelisahkan dada,sekalipun pelbagai fatwa telah diberi oleh manusia (bahawa ia adalah halal atau haram).

*******************************************************

Hadith ke 27 dari kitab Hadith 40,Iman Nawawi..Menerangkan makna ‘Kebajikan’ dan ‘Dosa’ secara am.
Kalam Rasulullah saw agak ringkas tapi mudah difahami dan dicerna akal.
Dapat diambil kesimpulan dari hadith ini bahawa HATI juga berperanan untuk menentukan yang mana satu kebajikan dan mana satu ialah dosa.Namun..bertanyalah pada HATI yang bersih.
HATI yang berpegang teguh pada suruhan dan menjauhi laranganNYA.
HATI yang taqwanya hanya pada Allah swt.
Kerana jika ditanya pada HATI yang gelap,pada hati yang hilang Nur Hidayah itu..
Ya..ia juga lantas akan memberikan jawapan..
Namun..akibatnya..??

Kebajikan dirasa seakan-akan dosa..
Berbuat baik,beribadah,beramal,berakhlak mulia terasa pelik di zaman ini.
Adakalanya malu kerana dipandang 'lain dari yang lain'..
Niat ingin melakukan yang baik-baik..namun dicantas..sepi.


Sebaliknya dosa pula terasa seperti satu kebajikan..
Malu untuk melakukannya sudah lama hilang,lantaran kebiasaan.
Dosa disisiNYA bagai tiada apa..
Melakukannya begitu sahaja..

Moga-moga hati yang sentiasa berbolak-balik ini sentiasa takut dan taat kepada Allah swt dan dijauhi dari bisikan syaitan yang sentiasa bermain dengan hati.

*Hadith terakhir yang dibentangkan sebelum fatrah imtihan bermula tempoh hari.Majlis Tafaquh Fiddin ‘bercuti’ seketika dan akan bersambung semula kelak,InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment