Wednesday, February 3, 2010

Fahami~Daulah Islamiah


Dewasa kini,negara-negara seluruh dunia menghadapi krisisnya yang tersendiri.
Masing-masing dengan agendanya yang tersendiri.
Masing-masing ada misi dan visi yang disasari.
Pembangunan material diagung-agungkan tanda kemajuan dan ketamadunan.
Sedangkan,pembangunan rohaniah yang patut dididik dalam setiap lapisan anggota masyarakat tercicir tanpa disedari. Lantaran itu,bermaharajalela-lah kepincangan dari sudut aqidah,pendidikan,sosial dan sebagainya.Di sana sini jenayah dan maksiat menjadi ‘permandangan’ yang sudah biasa dijamu mata.Sebaliknya majlis-majlis ilmu dan keagamaan berlansung sunyi jika dibandingkan dengan konsert-konsert yang dipenuhi lautan manusia yang dahagakan hiburan dan kebebasan.

Itu realiti yang patut kita akui!
Sepertimana negara-negara Islam lain di dunia,begitu jugalah kondisi negara kita,Malaysia.Gelaran diberi..’Negara Islam’.Namun kita masih belum buta untuk melihat dan menyedari bahawa banyak kepincangan dan kecacatan yang berlaku.Masih banyak yang perlu dibetulkan.Masih banyak yang perlu dibaiki.Usahlah martabat Islam yang suci itu dicampur-adukkan dengan maksiat-maksiat yang berlaku di dalamnya.


Daulah Islamiah..
Sebuah impian bagi mereka yang mencintai AgamaNYA..
Sebuah impian bagi mereka yang rindukan sebuah negara yang mana tertegaknya syariat Islam. Impian itu milik semua!
Impian itu sentiasa disebut-sebut,dengan harapan ia akan terlaksana kelak!

Namun..dalam seribu yang menyebut,berapa ramai yang faham?
Berapa ramai yang faham apa yang di maksudkan dengan kalimah ‘Daulah Islamiah’?
Selepas berlakunya peristiwa Hijrah Rasulullah saw,tertubuhlah Daulah Islamiah di bumi Madinah yang berada di bawah pemerintahan utusan Allah,baginda Muhammad saw.

Daulah Islamiah ialah sebuah negara dimana syiar Islam benar-benar mempunyai kekuatan hukum di dalamnya.Tidak disempitkan dengan batasan kedudukan,kaum,keturunan atau warna kulit.Ini kerana di dalam Islam tidak wujud apa yang dinamakan Sekularisme,iaitu pemisah antara urusan keagamaan dan keduniaan.
Maka,kepelbagaian kaum dan bangsa bukanlah satu penghalang untuk merealisasikan sebuah negara Islam dimana hukum-hakam Islam berdaulat di dalamnya.Ini terbukti bilamana Rasulullah saw dengan jayanya telah memerintah Madinah dengan cemerlangnya sebagai sebuah Daulah Islamiah yang mana rakyatnya terdiri daripada umat Islam,Yahudi dan Nasrani.

Bukanlah mustahil untuk kita menjadikan Malaysia itu sebuah Daulah Islamiah.Namun ia akan menjadi mustahil apabila kita masih belum faham apa sebenarnya yang diperlukan untuk mencapai dan menubuhkannya.

FAHAMI makna Daulah Islamiah yang sebetul-betulnya..
Akan dijumpai jalan-jalan dan wasilah untuk menubuhkannya..
InsyAllah..
Semoga kita diberi kefahaman itu..
Bagi yang faham , Alhamdulillah..
So..Bergerak!!Sebarkan kefahaman!!

( Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran ) Al Baqarah :269

1 comment:

  1. "Yang demikian itu adalah kerana mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah, maka terbatallah amalan mereka"

    Thabat menggenggam Al-Quran dan sunnah insyaAllah.

    ReplyDelete