Wednesday, February 24, 2010

Aku Cinta,Aku Rindu


Lagu ini meyatakan segala yang tersirat di hati..


Malu rasanya menyatakan cinta..
Kepada Dia kekasih Allah..
Kerana Dia insan mulia,sedangkan diriku insan biasa..
Ku pujuk jua hati dan jiwa..
Meluahkan rasa cinta membara..
Di dalam pujian ucapan selawat..
Tanda penghargaan seorang umat..

Selagi upaya ku turuti ajarannya..
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya..
Moga di dunia mendapat berkat ..
Di akhirat beroleh syafaat..
Kerana peribadinya aku terpesona..
Kerna budinya aku jatuh cinta..
Rinduku padanya..
Tiada terkata..
Nantikanlah daku di taman syurga..

Ya Rasul..Ku rindu padamu..Syafaatkan daku..
Ya Rasul..Ya Rasulallah..ku rindu padamu..

Sesungguhnya apa yang ku dambakan..
Adalah cinta Allah yang Esa..
Kerana cinta kepada Rasulullah
Berti cinta kepada Allah..

**************************************************

Jika bulan Ramadhan di bumi Mesir ini disambut indah dengan lampu-lampu Fanusnya,
maka pada setiap tahun sambutan Maulidur Rasul akan diwarnai dan dimeriahkan dengan gerai-gerai halawa (manisan) yang dihiasi dengan anak-anak patung yang sangat comel..heheh..
Gambar ini Ina ambil di salah sebuah kedai Halawa yang terletak dekat dengan Imarah Sabah.


Menjadi satu kebiasaan bagi masyarakat Arab Mesir untuk menghantar Halawa kepada sanak saudara atau sahabat handai di hari sambutan seperti ini.Halawa yang di hantar boleh juga disertakan sekali dengan patung-patung ini yang dijual dengan harga yang berpatutan.Ketika Ina bercerita dengan Ammu di kedai,Ammu mengatakan ada sebuah patung yang agak besar boleh dibeli yang mana ianya boleh mendendangkan selawat!Canggih juga kan?Ammu mengatakan patung seumpama itu harganya boleh mencecah sehingga 150 genih..Aajibtu..Berbeza dengan waqi kita di Malaysia bukan?Satu keunikan yang Ina kira tidak akan Ina jumpai melainkan dengan keberadaan Ina di sini.

Walau apapun cara dan adat kebiasaan yang kita lakukan untuk menyambut hari Maulidur Rasul,namun yang paling penting ialah penghayatan kita terhadap hari ini.Semoga kita diberi kekuatan dan kecintaan yang mendalam pada Rasulullah untuk beramal dengan sunnahnya.

No comments:

Post a Comment