Monday, October 26, 2009

Genggaman Segulung Ijazah


Dikala sebahagian Mahasiswa/wi baru masih dalam fatrah menyesuaikan diri dengan pembelajaran di Mesir,sebahagian pula akan meninggalkan Bumi Anbiya dan pulang ke Tanah Air dalam waktu terdekat ini.
Alhamdulillah,pada 25 Oktober yang lalu saya berpeluang menghadiri Majlis Konvokesyen graduan Malaysia Al-Azhar bersama kakak-kakak dan abang-abang Sabahan.




Segulung Ijazah berjaya digenggam.
Bermakna sedikit ilmu itu sudah berjaya diperolehi.
Beruntungnya kita.Kita diberi kesempatan untuk menadah ilmu Allah yang Maha Luas berbanding insan lain.Sudah tentunya martabat orang yang berilmu itu tidak sama dengan orang yang tidak berilmu.Janji Allah itu pasti.

Firman Allah Swt yang mafhumnya : (Dan apabila dikatakan, Berdirilah kamu, maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan) (58:11)

Dengan ilmulah masyarakat ditarbiyyah.
Dengan ilmu juga anak bangsa dididik.
Dengan ilmulah Syiar Islam itu akan tersebar di muka Bumi.

Jika semua daripada kita berimpian untuk mempunyai karier ‘high-standard’ yang bertemankan penghawa dingin,lalu siapa pula yang sanggup bermandi peluh,berpenat-lelah kesana kemari untuk menyampaikan agama Allah?

Jika semua daripada kita megah berjalan di atas lantai yang kilat ber’mosaic’,kaki mana pula yang sanggup dikotori lumpur demi menyalakan ‘cahaya-cahaya’ Deenul Islam di pedalaman sana?

Dikala mereka hidup ditemani kemewahan dan pangkat yang di megah-megahkan,kelak siapa pula yang sanggup bersusah-payah berjuang demi menyampaikan Kalam Allah dan Sunnah PesuruhNya?

KITA!
Kitalah yang diharapkan.
Ilmu yang diperoleh kita sebarkan.
Ilmu yang sedikit itu kita sampaikan.
Ilmu yang sekelumit di dada kita manfaatkan.

Istimewanya harga ILMU itu.Berbeza daripada segala benda.Semakin banyak dicurah,tidak akan berkurang sedikit pun,malah akan semakin banyak manfaatnya.

Akhirul Kalam,ucapan ALFU MABRUK buat kakak-kakak dan abang-abang yang telah berjaya menamatkan pengajian di "Bumi Al Azhar".Selamat pulang ke Tanah Air dan curahkanlah bakti di bumi tercinta itu.

No comments:

Post a Comment