Sunday, October 18, 2009

Cermin Seorang Daie

Kehadiran Mahasiswa/wi Sabah baru baru2 ini memeriahkan lagi Imarah Sabah.
Alhamdulillah, sambutan yang telah dirancang untuk mereka selama 3 hari berjalan lancar.
Rata-rata pelajar baru yang diterbangkan kesini merupakan pelajar Tibb dan minoritinya pelajar Pengajian Islam.
Selesai.

Datang dari seluruh pelusuk negeri Sabah.
Berlainan kampung.
Berlainan daerah.
Masing-masing berbeza dari segi latar belakang syakhsiah,keluarga dan kefahaman.
Ternyata, kefahaman tentang Islam itu sendiri masih belum dihayati sebaiknya.
Biarpun berbicara tentang soal agama yang mudah,namun masih ada yang buntu,masih ada yang keliru.
Negeri itu menanti akan hadirnya 'pahlawan dan srikandi' Agama.
Itu satu realiti yang pasti.

Menjadi satu tanggungjawab dan amanah untuk ‘memimpin’ mereka.
Tarbiyyah dari satu peringkat ke peringkat yang seterusnya.
Selangkah demi selangkah.
Setapak demi setapak.
Hati bergetar.Kencang.Gementar.
Perjalanan dakwah sebenarnya bermula disini.Siapa lagi yang diharap melainkan kita.
Sebelum pulang ke tanah air untuk menegakkan dan menyebarkan kefahaman Islam di sana,
terlebih dahulu disini merupakan medan pecubaannya.
Medan perjuangan yang pastinya ditaburi seribu satu mehna dan tribulasi.
Medan ujian yang pastinya membutuhkan kesabaran dan semangat yang tinggi.



Kita adalah Daie.
Mengajak kepada yang maaruf dan menghalang dari yang mungkar yang pastinya bermatlamatkan untuk menyuburkan keimanan yang teguh pada Allah Swt.
MengEsakannya,taati perintahNya dan jauhi laranganNya.
Seorang Daie adalah cermin yang akan dilihat oleh orang lain.
Segala tindak tanduk,percakapan dan perbuatannya sudah pasti akan memberi implikasi terhadap dakwah yang dibawanya.
Apabila segala yang disampaikannya bertentangan dengan apa yang dipraktikkannya,maka akan menjadi satu keburukan terhadap dakwahnya dan teladan yang buruk untuk masyarakatnya.

Cukuplah untuk kita merenung Hadith yang diriwayatkan oleh Al Walid bin Uqbah ra,dia berkata Rasulullah saw telah bersabda mafhumnya :

[Sesungguhnya ada sekelompok manusia daripada penghuni syurga menghampiri sekelompok penghuni neraka sambil bertanya ‘Mengapakah kamu masuk neraka?Padahal Demi Allah kami bisa masuk syurga ini kerana apa yang telah kami perolehi daripada kamu.Penghuni neraka menjawab,’Kerana kami dulu hanya berbicara tetapi tidak melaksanakannya’.]

Sesungguhnya Hadith ini mencela, bilamana tiada keseragaman diantara perkataan dan perbuatan.
Namun,jangan pula disalah ertikan!
Ia bukanlah dicipta untuk menjadi satu alasan untuk berhenti dan meninggalkan medan dakwah ini,sebaliknya untuk meningkatkan semangat dan tekad untuk menunaikan kewajipan dalam berdakwah.

Sampaikanlah dakwah dan sebarkan syiar Allah dengan memberi teladan yang baik,akhlaq yang terpuji,elok pergaulannya dan baik tingkah lakunya.Semoga melalui ‘cermin’ ini mampu memberi kesan dan implikasi yang positif terhadap apa yang diserukan oleh seorang Daie.

No comments:

Post a Comment