Thursday, July 30, 2009

Tangan Bertuah

CUBA perhati dan rasa tapak tangan anda.Ermm....adakah ia rata atau berlekuk?Kata orang tua-tua,tapak tangan yang agak berlekuk menunjukkan seseorang itu suka dan pandai menyimpan duit (menabung) dan bijak berbelanja.Kebenaran 'mitos' ini???Wallahua'lam..^_^

Teringat di zaman sekolah menengah dulu,Ina suka menabung.Duit belanja yang ayah ibu beri setiap hari dikumpul sedikit demi sedikit.Bank Islam yang terletak di Wisma Muis menjadi tempat persinggahan Ina setiap hujung bulan untuk menambah wang dalam akaun yang dibuka secara diam-diam.(hehehe..nakal eh dulu..)Walaupun jumlah yang berjaya ditabung tidaklah selumayan mana,tapi berkat usaha sendiri tu betul-betul membuat Ina belajar mengerti betapa susahnya untuk mencari duit dan jangan boros!!

Allah berfirman mafhumnya : { Dan (termasuk hamba-hamba Tuhan yang Maha Pengasih ) orang-orang yang apabila membelanjakan harta,mereka tidak berlebihan,dan tidak pula kikir,di antara keduanya secara wajar} Al Furqan : 67

Hidup di Mesir mengajar Ina berdikari.Berikutan harga barang dan kos sara hidup di sini yang agak tinggi,kalau boleh tidak perlu lagi susahkan ayah dan ibu menghantar wang belanja setiap bulan.Disini,Ina respect mereka yang sambil belajar membuat kerja sambilan untuk mencari wang.Mungkin untuk menampung perbelanjaan hidup di sini atau juga untuk menabung.Ada yang rajin berniaga,menjadi Tour Guide sambilan,menjadi ejen tiket,ejen bagi perkhidmatan kargo kitab ke Tanah Air,mengambil upah menjahit dan sebagainya.

Cuti kali ini,Ina menolong Kak Laha untuk berniaga.Dari situ,terdetik pula untuk mengembalikan tabiat yang sudah lama ditinggalkan sebelum ini.Jangan manja!Belajar hidup susah!Kerana dari kesusahanlah,kemanisan yang akan terhasil kelak akan lebih dihargai.Walaupun agak penat,tapi itulah yang mengajar Ina erti sabar,dan belajar untuk sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan.


Menabung Amalan Mulia

Itu cerita sekarang.Di masa hadapan pula,kelak kita akan menjadi seorang suami,isteri seterusnya ayah juga ibu.Mencari rezeki dan nafkah untuk keluarga sudah menjadi satu kewajipan yang perlu dipikul.Andai sifat boros sudah menjadi satu tabiat dari sekarang,tidak mustahil ia akan terbawa-bawa hingga ke saat itu.Sebaliknya sifat suka menabung dan menyimpan ini merupakan satu tarbiyyah yang baik untuk semua .Ia akan mendidik kita supaya menjadi seorang yang berjimat-cermat,tidak boros,dan mungkin juga boleh membantu di saat kita menghadapi masalah 'kegawatan'.

Apapun,tidak kisahlah tapak tangan milik kita berlekuk atau tidak.Yang penting,biarlah ia menjadi 'tangan bertuah'.Bertuah kita memilikinya kerana ia pandai menyimpan,bijak membelanjakan harta yang ada sebaiknya dan tidak membazirkannya sewenang-wenangnya.

No comments:

Post a Comment