Friday, June 12, 2009

Memori UM,Kuala Lumpur



MAHU di jadikan cerita,sebenarnya Universiti Al-Azhar yang menjadi tempat Ina menimba ilmu sekarang ini bukan bukanlah universiti pertama bagi Ina.Hakikatnya,kali pertama kaki ini melangkah ke alam Pengajian Tinggi adalah sewaktu melangkah masuk ke Universiti Malaya,Kuala Lumpur pada tahun 2007.Jadi,Ina terlebih dahulu memegang title Mahasiswi UM,berbanding Azhariah.

Bulan ini ,Ina dikejutkan oleh salah seorang kakak,teman Ina dari UM,yang mengatakan bahawa dia berada di Mesir!!Rupanya keberadaan mereka disini adalah untuk mengikuti Kursus Bahasa Arab selama sebulan yang diadakan di Universiti Kaherah.
Pertemuan yang dirancang,mengubat hati yang dibebani rindu.Kami saling bertukar-tukar cerita dan pandangan mengenai dua suasana menuntut ilmu yang berbeza sama sekali.Ternyata, samada belajar di IPTA ataupun universiti luar Negara mempunyai Pro and Contra yang tersendiri.Dan itulah faktor yang pernah menyebabkan Ina berada di dalam dilema untuk memilih 1 antara 2.Walaupun kita merancang,tetapi perancangan Allah untuk hambanya itu adalah yang terbaik. Alhamdulillah..iradahNYA membawa Ina ke sini.

{Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui} AlBaqarah:216


Tika bertemu dengan kakak,Ina teringat kenangan selama beberapa minggu yang dihabiskan disana.Kolej 10,Dewan Tunku Canselor dan Akademi Pengajian Islam banyak meninggalkan kenangan manis buat diri bersama teman-teman.Dan tatkala sudah bergelar Azhariah disini,diri mula menyedari betapa berbezanya dua Universiti ini.Berbeza dari segi kampus,kemudahan yang disediakan,cara pembelajaran,pergaulan,sistem kuliah dan sebagainya.Ternyata bagi Ina,belajar di negara asing lebih membutuhkan pengorbanan,usaha yang gigih,independent ,semangat dan kecekalan.Mungkin satu hari nanti,kaki ini akan berpeluang memijak bumi Universiti yang tertua di Malaysia itu sekali lagi.Ermm..dalam rancangan meneruskan pengajian di peringkat Master,mungkin??InsyaAllah..

Yang penting,dalam perjalanan kita mencari ilmu ALLAH yang amat luas ini,niat perlu ditajdidkan selalu agar kita sentiasa thabit dalam hadaf yang satu.Doa Ina buat kak Irna dan rakan-rakan lain disana,semoga kita berjaya mencapai cita-cita masing-masing dan segala impian terealisasi dengan izin-NYA.Walaupun kita memijak bumi yang berbeza tetapi tujuan kita sama.LILLAHI TAALA…Semoga kita akan menjadi Srikandi yang kukuh pegangannya dalam menegakkan Kalam ALLAH di muka bumi ini.Kitalah ‘harapan’ yang dinanti...

No comments:

Post a Comment