Monday, June 8, 2009

Biasakan yang betul,Betulkan yang biasa..



TATKALA mata terpandang pohon yang lebat berbunga merah,spontan..’Waaahhh..cantiknya!!’Seketika berlalu..diri mengeleng sendiri.’SUBHANALLAH..cantik’..(monolog dalaman menegur diri sendiri..hehe).Sedar atau tidak dan mengaku atau tidak,mungkin kita sudah terbiasa…Bila diberi hadiah atau pemberian dari seseorang, kita lebih dahulu mengucapkan ‘Wah seronok..bertuahnya aku!’.Ataupun apabila sudah selesai mengisi perut yang lapar,mulut lebih ringan menyebut ‘Ahhh…kenyangnya ‘ berbanding ‘ALHAMDULILLAH’.Bila diri melakukan kesilapan , kita lebih senang menyebut ‘Alamak!!Salah pula..’ berbanding kita mengucapkan ‘ASTAGHFIRULLAH AL – AZIM’.Bila mendapat berita yang menyedihkan mulut cepat saja mengucapkan ‘Iya??Kesiannya….’ berbanding ‘INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN’.Contoh yang paling hampir..Bila bertemu dengan teman lebih selesa menegur dengan ‘Hai,dari mana??’ dan mengakhiri sebuah pertemuan dengan ‘Bye..jumpa lagi’ berbanding dengan mengucapkan ‘ASSALAMMUALAIKUM’.Persoalannya,salahkah?Salahkah jika kita menyebut dialog-dialog yang sedemikian?Dialog yang sudah biasa dan sebati dalam kehidupan seharian kita.Ucapan yang sudah diucapkan munzu zaman. Tetapi bukankah ucapan yang berupa zikir adalah lebih baik?

Allah berfirman mafhumnya:{ Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.} (Al Ahzab:41)

Sebenarnya kalau diperhati dengan teliti,tidak semua perkara atau perbuatan yang kita sudah biasa lakukan adalah betul.Sedangkan sesuatu yang betul itu ,disebabkan ia tidak biasa kita praktikkan,lantas ia menjadi sesuatu yang ‘luar biasa’.Lantaran itu, pepatah ‘BIASAKAN yang BETUL,BETULKAN yang BIASA’ amat penting untuk kita ‘post-mortem’ semula dan diamalkan dalam putaran hidup seharian.



Realitinya pada zaman ini,banyak perkara yang sememangnya tidak betul dari segi Syara’ terutamanya,sudah menjadi satu kebiasaan,sehingga ia seolah-olah sudah tidak menjadi satu kesalahan ataupun dosa.Si Ibu berkata,’Zamarul,anak makcik tengah bersiap tu..Pergilah ajak dia berjalan-jalan,tapi jangan balik lewat sangat tau!’.Dialog yang sudah biasa tapi betulkah tindakan ini?Keluar berdua-duaan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah.Bagaimana pula??Entah fesyen dari mana,berbaju singkat tanpa lengan tapi bertudung.Sudah biasa kelihatan bukan?Rating penonton Akademi Fantasia,One In A Million,Malaysian Idol jauh lebih tinggi berbanding penonton Al-Kulliyah dan Forum Perdana Ehwal Islam.’Alaaa..biasala tu’.Sudah tidak menghairankan lagi.


Allah berfirman mafhumnya: ’ Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, Dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.’
(Al Baqarah:208)


Firman Allah Swt dalam KitabNYA :’ Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.’ (Al Baqarah:42)


Maka di sinilah peranan para Daie amat penting untuk ‘membetulkan yang biasa’ ini balik semula kepada keadaan yang sepatutnya.Bermula dari aspek seorang individu,keluarga,masyarakat dan seterusnya Negara.Semoga perlahan demi perlahan ,kita dapat mendidik diri kita supaya kita dapat mempraktikkan satu pepatah baru iaitu…‘Biasakan yang betul dan sempurnakan yang sudah betul’(terutamanya kepada si penulis..hehe)..Pada individu pula,ayuh kita koreksi diri,memerhati sejauh mana yang kita buat selama ini adakah betul atau sebaliknya???Tepuk dada tanya Iman…^_^ WALLAHU SUBHAANAHU WA TAALA A’LAM…

No comments:

Post a Comment