Thursday, March 26, 2009

Dari Kita untuk kita



Allah berfirman dalam KitabNya : (“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.Dan hanya pada Hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga sungguh,dia memperoleh kemenangan Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang sementara”) (Ali Imran : 185)

Menyedari kepentingan dan tanggungjawab yang dipikul, Biro Dakwah dan Tarbiyyah telah menjalankan satu lagi program untuk ahli-ahli BKPSM iaitu program Pemantapan Duat 1 yang telah diadakan pada 20 Mac 2009 yang lalu.Program kali ini diadakan dalam dua sesi iaitu di sebelah siang dan malam yang bertempat di Dewan Tun Mustapha,WYSK.

Sesi yang pertama, diisi dengan ‘Kursus Pengurusan Jenazah’ yang dikendalikan oleh Ustaz Mohammad Aman Al-Muiz bin Nordin,mahasiswa tahun 1,pelajar perubatan Universiti Al-Azhar.Selepas dibentangkan bebarapa perkara yang berkaitan dengan jenazah,program diteruskan dengan sesi praktikal dimana para peserta ditunjukkan cara-cara menguruskan jenazah.Bermula dari memandikan mayat,mengkafankan,menyembahyangkan dan akhir sekali mengebumikan jenazah.


Firman Allah yang bermaksud : (“ Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat ‘Sesungguhnya aku hendak jadikan khalifah di muka bumi..’) (Al Baqarah : 30)

Allah berfirman mahfumnya : (Kami ceritakan kepadamu (Muhammad)kisah mereka dengan sebenarnya.Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka.dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka) ( Al Kahfi:13)

Bagi melengkapkan lagi tema program kali ini iaitu ‘Ke arah melahirkan Duat yang berkualiti’ sesi yang kedua diadakan pula ‘Forum: Tanggungjawab Pemuda Pemudi Zaman Kini’.Forum pada malam itu dipengerusikan oleh Saudara Khairil Izhar Muhajeng bersama 3 orang panel iaitu Ustaz Hafiz Hamzah,Ustaz Abdul Haqeem Al Haq bin Abdul Malil dan Ustaz Mohd Aman Al Muiz Nordin.Dalam forum ini panel mengambil contoh kisah Ashabul Kahfi,Nabi Allah Ibrahim as dan Nabi Ismail yang mana mereka merupakan pemuda-pemuda yang teguh mempertahankan dan menyebarkan agama Allah Swt.Forum yang mengambil masa 3 jam ini,akhirnya ditutup dengan harapan dan menuntut agar Mahasiswa Mahasiswi mempunyai kesedaran akan besarnya tanggungjawab yang ada di bahu setiap individu,bertetapan dengan kehendak YDP BKPSM Ustaz Amiruddin Mohd Rosdi dalam ucapan awalnya.

2 comments:

  1. nda puas ati mau buat utk banat saja juga nanti..hehe...

    ReplyDelete
  2. Heheheh..boleh2 tu Insyallah.Jgn 'org' tu balik cuti dulu ar....

    ReplyDelete