Sunday, December 23, 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan, Dis 2012

Saya mula mengenali keluarga PSS, ketika masih menuntut di bumi Mesir lagi.  Beberapa kali kepulangan saya ke tanah air, sempat juga saya mengikuti beberapa program anjurannya walaupun belum bergelar ahli PSS secara rasmi. Melihat kepada usaha dan gerak kerja para mahasiswa ini di dalam medan dakwah, saya pernah bertekad untuk menyertai mereka setelah tamat pengajian nanti.

Alhamdulillah, sejak kepulangan saya ke Sabah pada bulan Februari yang lalu saya sudah mula memesrai persatuan ini dan turut sama melakukan gerak kerja bersama sahabat-sahabat baru saya. PSS Putatan yang menaungi kami tidaklah mempunyai ahli seramai PSS kawasan lain, namun berkat semangat dan kerjasama dari semua ahli, program-program yang lebih menekankan aspek dakwah dan tarbiyah ini berjalan dengan lancar.

Diantara program tetap yang diadakan pada setiap bulan adalah Qiamullail Perdana yang mensasarkan kanak-kanak dan juga remaja sebagai pesertanya. Walaupun jumlah pesertanya tidaklah mencapai ratusan orang, tetapi kami sangat gembira kerana dapat meluangkan masa bersama golongan cilik ini di dalam usaha bagi mempersiap dan mentarbiyah mereka untuk menjadi seorang muslim/ah yang dicintai Allah swt.

Saya berasa lucu bila mengingati sejarah awal diantara saya dengan mereka. Dua program Qiamullail pertama yang saya sertai, terasa letih dan lelah yang luar biasa sekali! Usai program, balik sahaja ke rumah  Migrain akan menjemput saya. Terlentang beberapa jam, lantas membawa pula kepada demam! Aduhai.. Ternyata benar kurangnya stamina dan belum terbiasa dengan kerja-kerja ini!


 Inilah diantara tugasan tetap saya dan sahabat muslimat lain. Adakalanya kami akan duduk bersama peserta sebagai fasilitator tetapi kebanyakan waktunya kami akan menjadi orang dapur ^_^


 Hidangan makan malam yang kami sediakan untuk para peserta
'Sebelum kita isi rohani mereka, kita isi dahulu perut mereka' ^_^


 Makan secara berjemaah di dalam talam adalah satu sunnah Nabi saw yang cuba kami terapkan dan praktikkan kepada para peserta. Syaratnya..'Suapan pertama untuk sahabat..' ^_^


 Modul LDK para peserta bersama fasilitator dengan modul-modul yang menarik


 Hiburkan dahulu mereka..


 Teruskan lagi dalam lebih kurang 7 minit.. sebelum..


 Membawa para peserta menghayati slot Muhasabah..
Titisan air mata penyesalan dan kesedihan itu ternyata bukan sahaja mengalir di pipi para peserta, tetapi juga buat semua AJK yang terlibat..


 Selesai Qiamullail semalam, kami meneruskan kembali tugasan di dapur bagi menyediakan sarapan untuk mereka.. Mee Hoon Goreng + Telur Dadar ^_^


Sesi penutupan bersama semua peserta dan AJK program


 Jumpa lagi di tahun hadapaaaan..!
Semoga ilmu bermanfaat yang kita diperolehi akan diamalkan sebaiknya, Amin~


           Di dalam keluarga PSS Putatan yang saya punyai, sebenarnya kebanyakan dari kami sudah pun berkerjaya.  Di sinilah seorang jurutera, doktor dan warga pendidik bertemu dan meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan program sebegini. Saya mengakui komitmen saya tidaklah setinggi mereka, malah saya amat mengagumi kekuatan hati dan semangat sahabat-sahabat yang lain.Walaupun sumbangan saya tidaklah sehebat mereka, saya cukup gembira jika dapat membantu mereka.

Semoga Allah swt terus mengikat hati-hati kami agar tidak pernah jemu dalam menjalankan gerak kerja dakwah ini. Sekiranya letih dan penat itu bisa menjadi alasan untuk kami mengecualikan diri daripada jemaah ini pada suatu hari nanti, maka dengan rendah hati saya berdoa semoga Allah swt menguatkan hati kami dan menetapkan kaki-kaki kami untuk thabat di jalan yang diredhai-Nya ini.

Allahumma Aamin..


* Sekalung tahniah buat adik-adik KRU Putatan yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program Qiamullail pada kali ini. Tanpa ragu-ragu kakak boleh cakap, kamulah bakal-bakal remaja Islam yang akan memakmurkan bumi Putatan ni dengan akhlak dan cahaya ISLAM! Takbir!


No comments:

Post a Comment