Saturday, January 12, 2013

Satu Hati Demi Mu Palestin

بسم الله الرحمن الرحيم

Rancangan awalnya, saya memang hendak ke sana untuk menghadiri program Satu Hati Demimu Palestin yang diadakan di Putatan sebagai pengunjung. Entah macam mana tiba-tiba kami hadir bukan sekadar sebagai penonton tetapi juga sebagai peniaga muda.

Semangat sahabat saya itu, saudara Rijan turut memberikan kesan kepada saya. Di bawah satu payung yang sama, kami berkongsi untuk menjual barangan masing-masing. Rijan bersama dua lagi sahabatnya menjual t-shirt Palestin dengan pelbagai design menarik berserta mafla. Sementara saya pula, membawa barangan dari I-Co berupa baju muslimah dan tudung.
Semangat Palestin + Muslimah Solehah ^_^


Saya gembira dan cukup berbangga bilamana bukan barangan kami sahaja yang menarik pelanggan untuk singgah, tetapi mereka juga nampaknya curious untuk mengenali siapa itu PSS. Semalam, sudah ada suara-suara yang berminat untuk menyertainya, paling tidak pun menghantar adik-adik mereka untuk menyertai aktiviti dan menjadi ahli KRU Putatan. ^_^


Alhamdulillah.. Koleksi pakaian muslimah dari Imraatun Collection's juga turut mendapat sambutan yang baik dari para penggunjung.


T-Shirt Palestin untuk muslimin yang mendapat sambutan terhangat bersama maflanya!


Syukran Jazilan buat sahabat merangkap adik saya, Hasanah yang menemani sejak mula hingga tamat program.


Pada malam itu, kehadiran YB.Yahya Husin, Heliza (AF) dan Imam Muda Ali merupakan penampilan khas yang menarik pengunjung untuk datang. Alhamdulillah, bagi saya kehadiran penonton cukup memberangsangkan. Persembahan-persembahan yang disajikan, terutama sekali dari adik-adik KRU Putatan amat menyentuh  hati hadirin yang datang. Benar, ianya sekadar sebuah lakonan. Namun, ianya mampu membuatkan bulu kami meremang dengan semangat mereka dan menitiskan air mata kerana turut merasai penderitaan sebenar saudara kita di bumi Palestin. ( VIDEO )

Usai slot perkongsian daripada Heliza berkenaan pengalamannya di Bumi Palestin dan persembahan dari Imam Muda Ali, majlis berakhir dengan ritik air hujan yang membasahi bumi Putatan. Semoga program seperti ini akan dianjurkan lagi  pada masa akan datang demi untuk menarik perhatian masyarakat mengenai isu-isu umat Islam dan alam sejagat.

Bagi pihak kami, kegembiraan yang datang bukanlah semata-semata kerana mendapat  keuntungan perniagaan yang diberikan oleh Allah semata-mata. Tatapi, kalaulah dengan mafla dan pakaian-pakaian tadi mampu menaikkan semangat dan mencuit sedikit perhatian masyarakat tentang nasib bumi Palestin, kami sudah cukup gembira dan bersyukur.


Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..


3 comments:

  1. Rijan dengan kawan2 yang lain pun terbaik! Boleh jadi rakan niaga yang mantap,InsyaAllah..kan3? =)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..satu blog yg menarik..Tahniah sbb dapat menyertai pogram satu hari demimu Palestin..saya berminat nk dptkan tshirt dan mafla Palestin tu...boleh bgtau mcaman cara nak hubungi saudari? Teruskan usaha membantu saudara2 Islam kita di Palestin...Terima kasih..

    ReplyDelete