Anda mempunyai warna kegemaran?
Sesetengah orang yang mempunyai warna kesukaan, akan menjadikan hampir semua benda yang dimilikinya dengan warna tersebut. Tidak kurang juga,dengan sesetengah orang yang menyukai semua warna dan tidak spesifik kepada sesuatu warna.
Tahukah anda? Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama iaitu merah, hijau, kuning dan biru. Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum
menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai
pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.
Bagi mereka yang lebih ingin mengenali diri sendiri jom kita buat 'post-mortem' sama-sama. Yang penting, apa yang baik,kita kekalkan. Mana yang kurang baik,kita tinggalkan dan perbaiki diri.
Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang
mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan
darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh
produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.
Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau
cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras,
penuh ghairah dan dominasi.
Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka. Warna ini juga mendorong ke arah kepasrahan,penyerahan,kesempurnaan, keayuan, dan kesantunan.
Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan
menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus
membantu meningkatkan kesihatan diri.
Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam.
Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan
mempunyai ramai kenalan. Sifatnya konsentrasi,kooperatif,cerdas,jujur dan patriotik.
Biru muda – Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan keazaman. Sifatnya bertahan,pelindung, dan tidak berubah fikiran. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga
diri dan berpendirian tetap.
Kuning – Warna ini melambangkan kegembiraan. Mewakili sifat selamba,tenang, dan tidak terkesan dengan masalah. Sifatnya berubah-rubah tapi penuh harapan. Juga melambangkan kegembiraan, cukup santai, dan mempunyai cita-cita setinggi langit.
Kuning terang – Melambangkan sifat spontan,boleh berubah dengan mendadak dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.
Hijau –Warna ini melambangkan adanya satu keinginan,ketabahan, dan ketabahan hati.Mempunyai keperibadian yang tegas,berprinsip dan berkuasa. Sifatnya bangga, berperasaan hebat lebih dari orang lain, suka dipuji dan mudah menasihati orang lain.
Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.
Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.
Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.
Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.
Setiap dari kita adalah berbeza. Dan itulah yang membuatkan kamu istimewa!
Sumber
sukanye bila dapat membaca tentang warna - warna nie...dapat memberikan ketenangan pada diri ini...
ReplyDelete:) Alhamdulillah...Apa yg baik kita kekalkan, yang kurang baik kita boleh sama2 usahakan tuk ubah kan?
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah.