Tuesday, January 1, 2013

2013 : Mimpi Yang Indah!

بسم الله الرحمن الرحيم  

Alhamdulillah, buat kesekian kalinya kita melangkah lagi ke tahun baru.  2013.
Usia yang semakin meningkat akan menjanjikan sebuah lagi perjalanan yang penuh dengan seribu satu episod drama seorang hamba Allah di muka bumi ini.

Secara peribadinya, tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar bagi saya. Buat pertama kali, saya telah menetapkan 8 perkara sebagai azam dan target untuk saya laksanakan pada tahun ini.

Sebelum ini, saya merasa cukup untuk meletakkan satu target untuk satu tahun sahaja.


2003 -  Mahu lulus PMR!
2004 -  Ingin mendapatkan pangkat 1 untuk exam SMU!
2005 - Mahu cemerlang SPM!
2006 - Imtiaz untuk  peperiksaan STAM!
2007 sampai 2011 - Mahu lulus setiap tahun dan berakhir dengan majlis graduation!

See? Cukup satu.

Saya sendiri menjadi hairan. Bagaimana daripada satu target dalam setahun, boleh meningkat sehingga menjadi lapan? Saya tersenyum sendiri.

Beberapa tahun yang lalu, saya hanyalah seorang gadis remaja seperti yang lain. Tetapi hari ini, sedar ataupun tidak tahun yang silih berganti rupanya semakin menjauhkan saya daripada saat-saat itu. Kini, saya mula melangkah ke alam dewasa yang rupa-rupanya penuh dengan pelbagai mehnah dan tribulasi.  Hakikatnya, kita tidak akan selama-lamanya bergantung harap kepada ibu dan ayah. Jadi, mahu atau tidak saya memikirkan bahawa inilah masa yang paling tepat untuk saya mula belajar berdikari dan menjadi lebih berani.

Oleh sebab itu, tercetuslah 8 perkara yang ingin saya capai pada tahun ini =) ... Insya-Allah...

1) Saya tidak ingin hanya menjadi seorang 'Ustazah' tetapi cuba untuk menjadi seorang Murabbi. Wasilah yang dirancang : Usrah, riadah dan rehlah untuk 'Puteri-puteriku Sayang'. Mentor : Murabbi Agung, Rasulullah saw.

2) Ingin menjadi usahawan bertaqwa secara kecil-kecilan tetapi konsisten. Wasilahnya : Imraatun Collection's (Meminjam semangat ayah yang cekal di dalam bidang perniagaan dan WISA Corner!!)  Mentor : Saidatina Khadijah r.a

3) Perjalanan yang tidak ada garis penamatnya selagi kita hidup adalah perjalanan mencari ilmu. Saya tidak hanya ingin mengajar, tetapi masih mahu belajar. Wasilahnya Insya-Allah : Menyambung pelajaran di peringkat Master. Mentor : Saidatina Aishah r.a

4) Saya tidak mampu menaburkan janji-janji manis tapi yang saya tahu saya ingin terus berkerja bersama-sama mereka kerana saya tahu ada redha Allah padanya. Wasilahnya : Komitmen terhadap jemaah, keluarga PSS dan KRU Putatan. Mentor saya: Sahabat Nabi, Julaibib r.a

5) 'Nun..Demi pena dan apa yang mereka tulis' 68:1   Semoga 'Bukan Sebarang Debu'  mampu disiapkan tahun ini. Aminnnn~

6) Saya seorang yang agak kalut dan tidak seberapa berani (bukan takut aaa..), tetapi memandangkan hampir kebanyakkan urusan hari ini amat bergantung padanya, jadi saya akan cuba sedaya upaya untuk dapatkannya.......Lesen kereta!!

7) Tahun ini akan lebih bermakna dengan kepulangan insan-insan yang teristimewa dari Bumi Kinanah itu. Siapa..? Ermm... 'Geng-geng Mekong!!'

8) Lastly... Ermm... ^_^

 Remember..'Unless you DO!!!'

Kesemua lapan perkara ini telah saya tuliskan di dalam sebuah diari. Ketika ini, ya.. Saya menaip entri pertama di tahun baru ini dengan senyuman di bibir. Tetapi sebenarnya, sebelum saya mencatitkannya entah sudah berapa kali saya mengesat air mata yang membasahi pipi ini.

Sejujurnya..

Saya belum bersedia untuk menghadapinya..
Saya seolah hilang keyakinan dan semangat..

Itulah lumrahnya sifat seorang manusia.
Lemah, daif dan tidak berdaya tanpa bantuanNya. Sebab itulah, sekuat mana hati kita telah membulatkan tekad, setelah berusaha untuk mendapatkannya maka berserahlah kepada Allah swt. Hanya DIA yang mampu memberi kekuatan dan jalan keluar yang mungkin tidak pernah kita sangka.

'Faizaa azamta fatawakkal alallah'



**********

 * Hari ini juga merupakan ulangtahun ketiga kewujudan WardatulAsfar. Ucapan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sering singgah di sini dan memberikan sokongan yang sangat bermakna. Pun begitu, saya juga ingin memohon maaf atas segala kesilapan yang tidak saya sedari samada dari segi ucapan mahupun tulisan saya. Saya selalu mengharapkan agar ada manfaat yang boleh ditemui dan dimanfaatkan melalui entri-entri WardatulAsfar. Saya mohon doa kalian semua.. Lagu 'Mimpi Yang Indah' ini saya titipkan bukan sahaja untuk pelawat-pelawat W.A , tetapi lebih untuk memberikan saya semula semangat yang kian pudar.

Jazaakumullahu khairan kathira.. =)




No comments:

Post a Comment