Monday, July 30, 2012

Charity de Tour Ramadhan 2012 : R.A.Y Darul Bakti, Kota Belud

 Saya yakin dan percaya. Kita hidup selaku hamba Allah swt di bumi ini memikul banyak tanggungjawab dan amanah selaku khalifah yang ditaklifkan. Islam tidak pernah mengajar kita untuk bersikap mementingkan diri sendiri dan melupakan nasib insan lain yang mungkin hidup tidak sesempurna kita. 

Semewah mana kita hari ini, ingatlah mereka yang serba kekurangan dan hidup miskin.
Sesihat mana kita hari ini, ingatlah mereka yang mungkin terlantar sakit dan menempuhi keperitan setiap minit.
Sebahagia mana kita hari ini, ingatlah mereka yang mungkin tidak berayah,tidak beribu.

Sejauh mana kita pernah atau cuba menyelami perasaan dan berkongsi rasa bersama golongan ini..?
Ya, mungkin kita tidak mampu membuat sesuatu yang hebat atau mewah, tapi saya yakin dengan meluangkan sedikit masa dan tenaga, pastinya ada ganjaran pahala buat mereka yang mengikhlaskan niat untuk sama-sama golongan ini.

Satu pengalaman yang manis dan berharga. 
Semoga Allah swt sentiasa menjaga hati-hati kita untuk sentiasa bersyukur kepada nikmat Allah swt, dengan melakukan ibadah yang pastinya bertujuan untuk lebih mendekatkan diri kepadaNYA.


Charity de' Tour Ramadhan 2012
Rumah Anak Yatim Darul Bakti, Kota Belud
29 Julai 2012

Damai suasana kampung..


Kediaman anak-anak yatim Darul Bakti


 Aktiviti dan program-program kebajikan bersama rumah Darul Bakti diabadikan..


 Kenangan bersama kumpulan dua..
Miji,Fazirul,Panda,Izul,Raflan,Mazli,Fairul,Azmi dan Ismadi..
Kakak akan rindu kamu semua..~


Darul Bakti hanya mempunyai sebilangan kecil anak-anak perempuan dan majoritinya anak-anak lelaki


 Slot ceramah yang disampaikan oleh sahabat saya, saudara Sofwan Sulaiman


Kecenderungan kanak-kanak ini kami lihat lebih kepada seni dan lukisan.
Dan mereka sememangnya berbakat!


Salah seorang kakitangan dan pengasuh anak-anak yatim Darul Bakti



Antara sumbangan yang mampu kami usahakan untuk Darul Bakti

 “Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan ANAK-ANAK YATIM serta orang-orang miskin” (Surah Al-Baqarah:83).






Semoga amal yang kecil ini mendapat redha dan maghfirah daripada Allah swt.
Jutaan tahniah buat sahabat-sahabat WISA (Mahasiswi Sabah) dan BKPSM atas penganjuran program yang sangat bermanfaat dan bermakna.

Ilal liqaq wa maassalamah..~

No comments:

Post a Comment