Hari itu, kami ditemukan olehNya. Girang hatiku tatkala mengenali dan mula menjalin hubungan erat bersama mereka. Kesunyian itu hilang. Mereka bukan sahaja teman biasa, tetapi mereka teman yang istimewa, teman sefikrah. Kami berkongsi cita-cita dan azam yang sama. Sungguh, kami tidak akan mampu untuk mengubati penyakit umat yang semakin membarah hari ini, namun kami yakin, ada 'tugas' yang perlu kami galas!
Kami bernaung dan bergerak di bawah sebuah persatuan. Cinta dan kenanganku bersama persatuan yang dulu (BKPSM) tidak mungkin akan lenyap. Tetapi hari ini Allah swt memberi ku penggantinya yang sama istimewanya, sama matlamatnya.
Bertemu kita kerana Allah..
Indahnya ukhuwah itu~
Persatuan Siswazah Sabah (PSS), cawangan Putatan.
Kami mungkin kecil pada bilangannya, namun kami komited untuk memberi dan meneruskan tugas ini. Dakwah takkan pernah berhenti! Di mana bumi dipijak, di situlah Islam dipacak!
Kebejatan gejala sosial yang semakin menggila di bumi Sabah ini, menyesakkan dada ku! Aku seolah mengalami kejutan kerusi eletrik setiap kali kaki ini turun mengejar urusan di tengah bandar. Kami sedar, adakalanya sekolah terlalu menitikberatkan soal pencapaian di kelas dan akademik terhadap para pelajar, sehingga adakalanya soal akhlak dan tarbiyyah terpinggir sepi.
Usrah adalah salah satu jalannya!
Di dalam kelompok kecil ini, kita tidak akan berhenti berdakwah. Kita saling menyampaikan, kita saling mengajak kepada kebaikan dan kita akan saling sama-sama mengingatkan agar iman dan akhlak sebagai seorang muslim/muslimat itu sentiasa terjaga. Itulah yang kami sedang cuba dan berusaha untuk melakukannya.
SMK Sanzac, Sembulan
Aku memandang lembut wajah kelapan-lapan anak buah ku dalam kumpulan usrah kali ini. Harapan ku cuma satu. Aku ingin mereka menjadi seorang muslimah yang lebih baik daripada ku kelak. Aku hanya mampu berkongsi, memberi dan mengajak tetapi hidayah itu tentu sekali milik Allah.
Dengan profesyen yang ku sandang hari ini, aku memohon... Semoga Allah swt sentiasa memberikan kekuatan hati dan azam serta kesihatan yang baik untuk kami istiqamah melakukan semua ini. Kerna yang pasti, apa juga yang menyibukkan kami... dakwah ini tidak akan berhenti..~
No comments:
Post a Comment