Thursday, September 1, 2011

BKPSM Meraikan Syawal 2011

Segala puji bagi Allah swt atas segala nikmat yang telah diberi. Samada yang kita sedar bahawa ianya satu nikmat, ataupun yang kita terlepas pandang bahawa ia adalah nikmat! Qulilhamdulillah~ 2011..Merupakan tahun kedua merayakan 1 Syawal di bumi Kinanah ini. Gema takbir yang berlagu syahdu, membuai hati yang rindu kepada ayah ibu dan keluarga tercinta yang jauh di sana.

Indahnya nikmat yang Allah swt beri. Ayah,ibu,keluarga dan sanak saudara tiada di sisi.. namun Allah menggantikan pula dengan menghadirkan sahabat-sahabat yang turut sama merasai rindu yang sama pada keluarga tercinta.

Melihat dan merasai suasana berhari raya di bumi asing ini tentunya sebuah pengalaman berharga yang tidak dapat dirasai oleh semua orang. Beruntungnya kita! Sebab itulah, bila kita beraya di Malaysia hati ini akan merindui bumi Mesir. Tatkala meraikannya di Mesir pula, hati teringat-ingat orang yang jauh di sana. Jadi, untuk kedua-duanya kita harus bersyukur! Walaupun mungkin suasananya tidaklah semeriah di tanah air, tetapi kemeriahan hari raya itu sama-sama kami cipta dengan semangatnya!

Sangat gembira menerima 2 keping kad raya tahun nie..!

Setinggi-tinggi penghargaan atas usaha dan kerja keras Pengarah program, Ust Tirmidzi Gial berserta AJK pelaksana Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri BKPSM 2011

Kuih muih raya hasil air tangan mahasiswa dan mahasiswi Sabah yang berada di perantauan..
Boleh tahan bha~~~!

EID mubarak! Kullu am Wa antum bi kheir..~

Persembahan lagu hari raya daripada syaqah 1 & 2

Peserta mahasiswi yang mengambil bahagian dalam pertandingan menganyam ketupat..
Ini tidaklah menghairankan sangat..Memang cun!
Ok..yang ini sedikit taajub..Eh bukan, terasa tercabar sebenarnya..hehe
Berazam mau belajar jugalah kalau cam ni...!

Syukran buat adik-adik yang datang jauh dari Iskandariah.
Semoga kita dapat sama-sama meraikan hari raya ini dengan senyuman!

Barisan AJKT BKPSM bersama Ust Sabli dan keluarga..
Ops..What an accident!
Bukan merancang untuk seragam, tapi nampaknya serba biru~

One of my favorite picture!
Mungkinkah ini sambutan raya terakhir bersama teman-teman tersayang..??

Hadiah 'Kostum Terbaik Banat' antara sesuatu yang sangat tidak dijangka dan melucukan.. (>_<) Pengalaman manis dan indah ini tidak mungkin dapat dibeli..Terima kasih buat semua!
Salam AIDILFITRI (^-^)..

No comments:

Post a Comment