Minggu ini, perasaan agak bercampur baur. Awal-awal minggu lagi,hati kecewa, derita dan hampa bilamana ‘lamaran’ ditolak atas alasan-alasan yang kami kira, menyedihkan. Tidak mengapa..mungkin ini satu permulaan yang baik untuk kami menyedari bahawa untuk membawa sesuatu yang baik, tidak semestinya kita akan dialu-alukan. Bahkan, ujian yang datang, berperanan untuk menguatkan lagi hati-hati ini. Semoga..~
Semoga kaki-kaki itu thabat menempuh segala tribulasi..
Kerana sedikit salah faham yang berlaku, agak bersedih beberapa hari lepas. Alhamdulillah, semuanya kembali baik-baik sahaja. Semoga tidak ada lagi situasi itu buat kali kedua.
Berpeluang menenangkan fikiran dengan memerhati alam dan makhluk ciptaan Allah swt petang tadi. Alam semulajadi~ Tenangnya hati tatkala melihat ciptaan Nya..Betapa kecilnya kita, di sisi Allah yang Maha Berkuasa.
(Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Al Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan) 6:38
(Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat, dan sebagiannya kamu makan) 16:5
Sangat teringin untuk menatap alam flora pula selepas ini. Air terjun, laut, sungai..anything. 'Berbicara dengan alam'.. Mudah-mudahan berkesempatan..
No comments:
Post a Comment