Friday, February 4, 2011

Diari Revolusi : Perjalanan Sebuah Pengalaman (1)

REVOLUSI NEGARA MESIR 2011 : Kebangkitan Suara Rakyat!

25 Januari 2011
Berikutan revolusi dan kebangkitan rakyat Tunisia yang telah berjaya menggulingkan pemimpin mereka, darah keberanian dan semangat itu juga meninggalkan tempiasnya kepada negara Mesir. Pada tarikh inilah rusuhan pertama diadakan dengan misi untuk menjatuhkan Husni Mubarak yang telah menjadi Presiden Mesir selama 30 tahun. Kami menjangkakan rusuhan yang dilakukan hanya terhenti setakat itu dan tidak memberi kesan pun bagi kami. Jadi kami sekadar dengar dan abaikan.

Paper exam fasa pertama telah berakhir pada 23 Januari 2011. Seperti biasa, selaku salah sorang exco BKPSM, pelbagai perancangan dan program telah dirancang untuk diadakan bagi mengisi masa cuti musim sejuk pada tahun ini. Tarikh-tarikh untuk mengadakan mesyuarat telah tersusun, hanya menanti untuk dijalankan satu persatu.

28 Januari 2011
Rusuhan/tunjuk perasaan (muzaharah) yang dilakukan oleh rakyat Mesir rupanya berpanjangan hingga hari ini. Semangat mereka yang membara meyakinkan kami bahawa sudah terlalu lama kesakitan dan kepahitan hidup terpaksa mereka lalui sepanjang berada di bawah pemerintahan Presiden Husni Mubarak. Penindasan inilah yang membangkitkan semangat mereka untuk menuntut suatu hak yang dinamakan KEADILAN.

Tengahari itu sempat lagi kami mengadakan mesyuarat pertama WISA untuk membincangkan program terdekat kami iaitu rehlah WISA ke muhafazah Mansurah dan Dumyat. Mungkin kerana inilah kali pertamanya WISA akan mengadakan rehlah sulungnya, kami optimis. Moga- moga rusuhan yang berlaku hari ini tidak membantutkan program yang telah dirancang untuk diadakan esok hari. Selain program rehlah esok, ada beberapa lagi program telah kami bincangkan. Seperti tahun-tahun yang lalu program tahunan yang besar iaitu Hari Puteri dan Bazaar BKPSM turut hangat dibincangkan. Semangat WISA itu terserlah! Betapa kami benar-benar telah merancang program-program yang bertujuan untuk memberi pengisian dan manfaat buat persatuan dan ahli-ahli BKPSM. Syukran atas kerjasama dan SEMANGAT WISA!

Petang itu, usai solat maghrib semua ahli BKPSM diarahkan untuk berkumpul di surau. Dengan suasana agak kelam kabut, kami turun untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh pegawai rumah Sabah Kaherah,Ust Sabli. Beliau mengumumkan bahawa Mesir telah mengisytiharkan ‘perintah berkurung’ kepada semua warga yang menetep di Mesir berikutan rusuhan yang telah diadakan selepas solat Jumaat siang tadi. Mulai jam 6 petang hingga 8 pagi esok, kami diarah untuk duduk sahaja di rumah untuk memastikan keselamatan anak-anak Sabah di Mesir. Dalam masa yang sama juga, kami telah mendapat arahan untuk bersiap-siap dengan sebuah beg berisi pakaian dan sedikit makanan, bersedia kalau-kalau keadaan semakin meruncing dan memaksa kami untuk kembali ke tanah air. Risau, bercampur gementar. Namun, kami patuh. Sekaligus memahami bahawa program rehlah esok terpaksa dan kena dibatalkan juga!
Saat itu kami sedar..Peristiwa ini akan memberi kesan besar kepada bukan sahaja rakyat Mesir tetapi juga kepada kami, anak-anak perantauan yang masih bertatih mencari ilmu di bumi Anbiya ini..
Detik yang berlaku tika ini, akan merubah banyak perkara..~


3 comments:

  1. salam,kak.mau k0men,tpi lupa uda mau tlis apa.so...
    'there is always a silver line behind the dark cloud'.

    ReplyDelete
  2. Salam. Sudah sampai Malaysia? Oh ya, salam kenal. Cuma mahu tanya, kalau pulang ke Malaysia, kuliah anda macam mana? Ada tak kemungkinan kerajaan tidak membenarkan kembali ke sana semula?

    ReplyDelete
  3. Wsalam..syukran atas keprihatinan. Erm setakat ni, kami hanya diberitahu bahawa pengajian akan ditawaqufkan sementara (ditangguhkan)selama setahun bagi Univ Al Azhar. Insyallah dan sangat berharap akan kembali lagi ke sini untuk menghabiskan pengajian. Mohon doa semua.Hari ini baru 15 org pelajar Sabah Kaherah di hantar pulang dan 34 orang dari Iskandariah. Yang lain akan menyusul insyaAllah..~

    ReplyDelete