SELAMAT KEMBALI KE KULIAH !!!
Ada yang tersenyum gembira..’Alhamdulillah, bermula lagi sebuah pengembaraan ilmu yang baru’.
Tidak dinafikan ada juga yang kurang gembira..’Huhuhu..Malasnya kena hadir kuliah lagi’.
Lebih-lebih lagi,musim sejuk bakal ‘menjenguk’ Mahasiswa/wi di Bumi Mesir ini.
Kaki melangkah masuk ke pintu utama Universiti Al Azhar,kuliah Banat,Kaherah.
Suasana kuliah sudah mula kelihatan.Meriah.Mahasiswi tempatan kelihatan lebih ramai
berbanding pelajar-pelajar Wafidat.Kebanyakan yang hadir hanya untuk membayar rusum,mengambil jadual pengajian,mengenal pasti dewan kuliah dan membeli kitab.
Tahun baru.
Azam baru.
Semangat baru.
Namun tajdidkan niat asal yang sama.
Berusaha menuntut ilmu kerana Allah swt semata-mata.Ilmu yang ada kelak,dikongsi dan dimanfaatkan bersama,demi menegakkan agama Allah yang mulia.Sesungguhnya dijadikan kita ini sebagai Khalifah di muka bumi.Itu suatu ketetapan.Dan sudah pasti,bukan seorang yang jahil,sebaliknya seorang Khalifah yang berilmu.Ilmu yang serba-serbi.Meluas.
Tanpa ilmu..
Kelak,Islam mana yang hendak ditegakkan?
Tentang apa yang hendak diperkatakan?
Ilmu apa yang hendak disampaikan?
Kefahaman mana yang harus disalurkan?
Fikrah apa yang hendak difahamkan?
‘Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu’.
Ungkapan yang selalu meniti di bibir setiap mereka yang bernama seorang penuntut ilmu.
Namun,realitinya.Bersediakah kita?
Sungguh..kita inginkan kejayaan itu.
Tetapi bersediakah kita untuk menelan segala kepahitan,dan mengharungi onak ranjau sebelum mengapainya?Pahit,sakit,perih..itu sudah tentu.
Sekadar berkata-kata..setiap insan mampu mengatakan dengan yakin yang demikian.
Namun untuk menerima dan menghadapi segala mehna,memerlukan semangat juang yang kuat dan tinggi.Tanamkan tekad,kuatkan semangat dan sudah tentulah kepadaNya kita bergantung secara mutlak.Semoga Allah memudahkan kita untuk menerima dan mempelajari ilmuNYA yang Maha Luas.
^_^ Selamat menempuh semester baru khususnya buat sahabat sahabiah
yang berada di perlembahan Nil !!!ChaIyOk ChaiYoK..!!!
No comments:
Post a Comment