Ada teman berkata kepada saya,menghabiskan cuti di Bumi Mesir hanya menghabiskan duit semata.Jadi bagi pendapatnya,balik ke Tanah Air adalah yang terbaik.Tahun ni merupakan tahun pertama saya menghabiskan cuti musim panas di sini.Dan overall,ianya tidaklah ‘seteruk’ mana.Malah bagi pandangan saya,kalau kena pada tempatnya,kena pada ‘rajinnya’ amat berbaloi mengisi waktu cuti kuliah di sini.
Alhamdulillah baru-baru ini,selama 3 hari berturut-turut saya berpeluang untuk mengikuti 2 majlis ilmiah yang diadakan di sekitar Bandar Kaherah.
Pada 27 dan 28 September lalu, saya dan teman-teman berpeluang menghadiri satu seminar yang diadakan selama dua hari di Universiti Cairo.Seminar yang bertajuk ‘International Conference On Malaysia: Malaysia In Global Perspective’ ini dihadiri oleh para pensyarah dan ahli-ahli Akademik yang majoritinya dari Universiti Malaya dan Universiti Cairo.Pembentangan kertas kerja yang merangkumi pelbagai aspek seperti Politik,Industri,Teknologi,Pertanian,Ekonomi di Malaysia dan sebagainya saya kira,ianya amat bermanfaat bagi Mahasiswa/wi Mesir dan Malaysia khususnya yang hadir pada seminar ini.
Pada keesokan harinya pula,satu forum perdana ehwal semasa turut saya hadiri yang bertajuk ‘Konsep 1 Malaysia: Kemana halatuju?’Ahli-ahli panel pada malam tersebut semuanya merupakan pembentang-pembentang kertas kerja dalam seminar tempoh hari,antaranya ialah Prof.Mohd Redzuan Othman,Dr.Khadija Md Khalid,Prof.Pazim Othman,Prof.Baki Bin Bakar,dan Prof.Dr.Mohammad Azam Mohammad Adil.Sepanjang forum berlansung,saya tidak berkesempatan sedikit pun untuk merasa bosan ataupun mengantuk sepertimana biasanya apabila menghadiri forum(hehehe..kadang-kadang ja sebenarnya).Bermacam-macam idea,pandangan dan komen yang dilontarkan oleh para panel amat menarik saya kira.Forum menjadi semakin hangat apabila menyentuh tentang Perlembagaan Malaysia,Hak-hak Orang Melayu dan semangat untuk bersaing.Walaupun dikatakan pandangan dan hujah yang mereka utarakan agak ‘kritikal’ tapi ada benarnya.
Para mahasiswa mahasiswi saya kira, amat perlu untuk ‘merajinkan’ diri dengan menghadiri forum,seminar,bengkel dan majlis-majlis ilmiah yang lain sebagai satu nilai tambah yang penting yang harus ada dalam diri seorang penuntut ilmu.Semoga melalui program-program sebegini kita sebagai Siswa Siswi tidaklah 'keciciran' dan agak kaku bila berbicara soal Negara dan isu semasa.
Walaupun saya hanya berpeluang mengenali Professor-professor dan ahli-ahli Akademik ini dalam waktu yang singkat,namun secara jujurnya saya amat mengagumi identiti, iltizam mereka dalam usaha mendidik masyarakat,berbakti pada Tanah Air dan semangat juang yang ada dalam diri mereka.Sebelum berbicara mengenai mereka yang lebih jauh,sebenarnya dalam rumah Sabah di Kaherah ini sahaja,sudah tentu ada mereka-mereka yang saya jadikan Mentor dan idola.
Semoga kita selaku Mahasiswa Mahasiswi yang ada pada hari ini,bakal balik ke Tanah Air membawa satu perubahan dan akan menjadi peneraju dalam membangunkan Negara kita yang tercinta tanpa mengabaikan landasan yang ditetapkan oleh Allah swt dan agamaNYA.
Acapkali,kita mendengar disana sini mengatakan,Malaysia terkenal sebagai salah sebuah negara Islam.
Ya!!Andai benar begitu,semoga Islam dapat kita praktikkan di Malaysia sebaiknya.
Mahasiswa Mahasiswi,ayuh!!
Sama-sama melangkah dan menuju satu matlamat yang sama!!
‘’...We Must Go For Excellence!’’- Prof.Dr.Baki Bin Bakar.
‘’...We Must Go For Excellence!’’- Prof.Dr.Baki Bin Bakar.
No comments:
Post a Comment