Monday, October 5, 2009

Pupuk Ukhuwah,Hasad Dicegah

InsyaAllah pada 7 dan 8hb Oktober ini kami anak-anak Sabah di Mesir akan menyambut kedatangan adik-adik dan Mahasiswa/wi baru tidak lama lagi.Nampaknya bilangan kami di sini akan bertambah dan semestinya keluarga BKPSM yang besar akan menjadi semakin meriah dengan kehadiran mereka.


BKPSM(Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir).
Disinilah kami berkumpul.
Kami bertaaruf.Saling kenal mengenali.
Dengan kelebihan negeri Sabah yang merupakan antara negeri di Malaysia yang kaya dengan pelbagai kaum,bangsa dan etnik,di bawah lembayung BKPSM kami bernaung di benua ini.Bajau,Brunei,Sungai,Dusun,Jawa,Bugis,Cocos,Iranun,Kadazan dan banyak lagi.Kami tinggal sebumbung.Walaupun kami berbeza bangsa dan bahasa,namun sebenarnya itu merupakan satu tanda Kekuasaan Allah yang perlu kita amati.

Firman Allah : “ Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)NYA ialah penciptaan langit dan bumi,perbezaan bahasa kamu dan warna kulitmu.Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui Ar Rum : 22

Allah berfirman lagi : Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara…” Al Hujurat : 10

Ya!Itu hakikatnya!Kita adalah bersaudara semuanya.Saudara seagama.Saudara seaqidah.

Nabi Muhammad pernah bersabda dalam hadithnya : “Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”

Disini dapat kita lihat,bahawasanya agama Islam yang bersifat syumul itu bukan hanya menyentuh soal ibadah dan aqidah semata namun ukhuwah dan hubungan baik sesama umat Islam juga amat dititik beratkan.Di antara sifat seorang hamba ialah dia mentaati suruhan Tuhannya supaya mereka bersaudara,saling tolong-menolong dalam usaha menegakkan agama Islam dan menzahirkan syiar-syiarNya.Dan ini tidak mungkin berlaku tanpa penyatuan hati dan kesatuan ummah.

Di antara perkara yang menguatkan ukhuwah( persaudaraan) ialah memberi hadiah dan berjabat salam.Di dalam sahih Tirmidzi daripada Abu Hurairah daripada NABI saw,baginda bersabda : Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerana hadiah itu menghilangkan penipuan,kedengkian dan was-was hati”

“Salinglah memberi hadiah,kamu akan berkasih-sayang”

“Berjabat tanganlah (bersalam-salaman) kamu kerana sesungguhnya ia menghilangkan permusuhan dan kamu hendaklah saling memberi hadiah”

Agak terkilan dan sedih bila merasakan wujudnya mereka-mereka yang suka mencari kesalahan saudaranya sendiri lantaran sifat hasad dengki atau tidak puas hati.

Rasulullah bersabda ’Awaslah kamu daripada sifat hasad.Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan (menghilangkan kebaikan) sebagaimana api memakan kayu api atau Nabi menyebut: rumput’’



Kenapa mereka perlu menghamburkan kata-kata hina,makian dan bahasa-bahasa yang tidak sopan?Bukankah Islam itu mengajar kita supaya sentiasa menjaga akhlaq dan adab dalam segala hal?Termasuklah juga bila kita hendak menegur atau menyatakan ketidakpuas hatian terhadap seorang saudara kita yang mugkin sahaja terlanjur melakukan suatu kesalahan.Kerana memang benar,tidak ada di antara kita yang sempurna.Bisa saja dia melakukan sesuatu yang tidak disedari atau tidak disengajai.Itu lumrah insan bernama manusia.Alangkah baiknya bila mereka menegur dengan secara berhemah,secara bijaksana,secara berakhlak.

Ingatlah firman Allah Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian.Kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran”.

Sama-sama kita muhasabah.Apa perlunya kita saling bermusuhan?Saling dengki-mendengki?Bukankah hadaf kita sepatutnya sama?Kita sama-sama menuntut ilmu Allah di sini dalam keadaan mahabbah dan saling bersatu.Kerana kelak.kita akan sama-sama kembali ke Tanah Air untuk memperjuangkan agama Allah.



Ayuh bersatu!
Kita adalah pejuang-pejuang Agama Allah!
Ada misi dan visi yang perlu kita capai kelak!
Elakkan permusuhan dan perpecahan!
Semoga kita bisa menjadi satu saf yang kukuh umpama binaan!
Semoga Allah menuntuni tiap langkah kita menuju matlamat itu!!

P/S : Ahlan Wasahlan buat adik-adik kakak yang bakal tiba tidak lama lagi!!
Semoga kita mampu memupuk ukhuwah mardotillah~

No comments:

Post a Comment