Thursday, April 19, 2012

Majlis Ko-Kurikulum SMAN JHEAINS 2012

Alhamdulillah, pada 19 April 2012 yang lalu Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajjah Rahmah telah pun selesai mengadakan majlis Hari Ko-Kurikulum sekolah-sekolah menengah agama JHEAINS, peringkat negeri Sabah selaku tuan rumah. Seperti saban tahun, sekolah yang menjadi tuan rumah mula menerima kedatangan kontingen dan rombongan dari sekolah lain sehari sebelum majlis bermula.

Majlis Ko-Kurikulum pada tahun ini disertai oleh 5 buah sekolah agama iaitu, SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah, SMAN Pantai Manis Papar, SMA Beaufort, SMA Kunak dan SMA Tambunan. Pelbagai pertandingan diadakan bersempena dengan majlis ini, yang mana tentunya bertujuan untuk mengasah bakat para pelajar dan meningkatkan keupayaan pelajar agar lebih menonjol bukan sahaja dari segi pembelajaran di dalam kelas tetapi juga dapat mengusai kemahiran-kemahiran yang akan membantu untuk meningkatkan nilai tambah yang perlu ada pada diri seorang pelajar sekolah agama.

Ini semua terbukti, bilamana melihat aksi dan persembahan daripada para peserta yang tentu sekali menatijahkan suatu pertandingan yang sengit dan berkualiti.

Antara acara-acara yang dipertandingkan pada tahun ini


Majlis perasmian Majlis Ko Kurikulum dimulakan dengan ucapan  pembuka oleh Tuan Pengetua, SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah, Ust Ag.Omar bin Pg.Gana


Majlis hari ini dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. GulamHaidar bin Khan Bahador, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang turut bermurah hati untuk memberikan sumbangan RM10 ribu ringgit untuk SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah


Kami cukup berbesar hati dengan kehadiran mereka di Majlis Hari Ko Kurikulum pada tahun ini..


Gambar kenang-kenangan YB Datuk bersama pelajar-pelajar putera SMA Toh Puan Hajjah Rahmah


Sekitar suasana di bilik pertandingan Khat


Peserta sedang mempersembahkan syarahan Bahasa Arab peringkat menengah rendah


Wakil peserta dari sekolah SMA Toh Puan Hajjah Rahmah bagi pertandingan syarahan Bahasa Arab peringkat menengah atas


Suasana di bilik pertandingan kuiz


Peserta sedang memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran di bilik pertandingan Tilawah 


Bilik pertandingan khutbah 


Majlis hari Ko-Kurikulum ini berakhir lebih kurang pada jam 2.00 petang. Sekali lagi, SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah telah muncul sebagai johan keseluruhan apabila berjaya memenangi hampir kesemua acara yang telah dipertandingkan.

Kalah menang adat pertandingan. Yang pastinya, melalui program sebegini, tentu sekali akan merapatkan lagi ukhuwah di kalangan pelajar dari semua sekolah dan seterusnya melahirkan para pelajar sekolah agama yang bukan sahaja berpotensi besar dalam bidang akademik tetapi juga syakhsiah dan kebolehan diri.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta dan semua warga sekolah yang terlibat!

No comments:

Post a Comment