Sunday, August 14, 2011

Madrasah Ramadhan 1432H WiSa

‘Madrasah Ramadhan pada tahun ini sejak awal dirancang hanya akan diadakan di Kaherah seperti tahun-tahun sebelumnya. Oleh kerana bilangan ahli yang pulang ke tanah air pada tahun ini agak ramai, hanya segelintir kecil yang masih berada di imarah WYSK ini. Walaubagaimanapun alhamdulillah, dalam minggu pertama ianya berjalan dengan sangat baik.

Bilangan ahli yang sedikit.

Tidak ingin menjadikannya satu alasan untuk membatalkan program, malah cuba melihatnya sebagai satu kelebihan dan mengambil kesemptan dalam kekurangan. Tantu ada kelebihannya kalau diperhati dengan teliti! OPTIMIS!

Program Madrasah Ramadhan yang dilancarkan terlebih dahulu di Kaherah dan diikuti oleh muhafazah Iskandariah

Tadarus Al Quran mengisi malam-malam Ramadhan~ Kaherah

Kelas Tajwid dan tahsin Al Quran bersama Ustazah Maslina Mohd Rosdi~ Kaherah

Program-program pengisian untuk menghidupkan hari-hari Ramadhan perlu diteruskan!

Manusia punya perancangan, begitu juga Allah swt. Dan sungguh, Dialah sebaik-baik perancang atas tiap sesuatu yang berlaku. Tanpa dirancang, terdetik di hati untuk membawa program yang sama ke muhafazah Iskandariah.

BULAN RAMADHAN. PUASA. PANAS…

Macam-macam alasan cuba dibisikkan. Namun entah mengapa, diri merasa tiada alasan untuk tidak bermusafir ke bumi Iskandariah buat beberapa hari meninggalkan kota seribu menara. Mereka di sana juga perlukan program ilmiah dan pengisian rohani melalui halaqah-halaqah dan usrah. TEKAD. Pengorbanan kecil itu dibutuhkan.

10 Og0s-13 Ogos 2011.

Alhamdulillah, walaupun cuma sesingkat itu hari yang dapat kami luangkan di sana, namun kami sangat berharap semoga sahabat dan adik-adik mendapat manfaat dan serba sedikit perkongsian ilmu.

‘Bila lagi kakak mahu datang sini?’, soalan yang terpacul dari mulut adik Medic itu membuat ku merasa sayu dan sedih untuk meninggalkan mereka.

Kalau tidak kerana ada tugasan dan amanah yang menanti di bumi Kaherah, mahu saja aku meluangkan lebih banyak masa bersama mereka. Meniti dan mengisi malam-malam Ramadhan bersama’..




Kelas tajwid dan tahsin Al Quran ~ AYSI,Iskandariah

Selesai satu tugas dan amanah yang memberati bahu seorang ketua. Demi Allah, semoga semua itu tidak sia-sia. Hamba yang lemah dan penuh kekurangan ini mengharapkan redha dan rahmat Allah swt dalam segala perancangan yang telah dijalankan.

Buat semua ahli WISA di Kaherah dan Iskandariah semoga ada ilmu dan manfaat yang dapat kita perolehi bersama-sama.


No comments:

Post a Comment