Monday, July 11, 2011

Yang Paling Jauh..

Tujuh madah baru bagi mustajidah tahun 4. Dua madah takhaluf tahun 3. Dan empat sesi syafawi bagi kuliah Syaraiah Islamiah. Selesai. Alhamdulillah.. Selesai dengan izinNya jua.
Kembali semula kepada konsep rajaa' dan khauf..

(Kerna itu,hendaklah kepada Allah swt sahaja orang-orang mukmin bertawakkal) 3: 122

Doa ini buat semua..Aamin ya Rabb~

Melangkah ke fatrah cuti semester. It’s Summer holiday!

Salah satu daripada 10 muwasafat tarbiyah.. ‘Sangat menjaga masa’.

Bagi yang membuat keputusan untuk tidak balik bercuti ke tanah air kali ini, bergembiralah juga! Walaupun tidak dapat bersama keluarga tersayang dan sahabat handai, kau turut punya kelebihan. Isilah waktu cuti ini dengan seberapa banyak aktiviti bermanfaat buat dirimu. Mulakan pemburuan ilmu dan jenguklah ‘ taman-taman firdausi yang sememangnya terkenal di bumi anbiya’ ini. Talaqi, kelas-kelas tafaqquh, kelas bahasa dan sebagainya, yang mungkin tidak kau temui disana. Wahai daie, carilah bekalan buat dirimu!

Benar.. Hanyasanya kekuatan hati,azam dan fizikal sangat diperlukan untukmu bertarung dengan musim panas yang membahang! Pintalah padaNYA, semoga sentiasa thabat dan istiqamah dalam perjalanan mencari ilmu dan redhaNYA.

Buat sahabat-sahabat barisan exco BKPSM..beberapa bulan sahaja lagi amanah ini bakal dilepaskan. Dengan masa yang berbaki, menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan pengisian dan aktiviti bermanfaat buat ahli. Selamat menjalankan tugas!

Yang paling jauh bukanlah bintang.. Bukan juga bulan.. Tetapi masa lalu yang takkan kembali.. Hargailah ia sebaiknya.. Sekiranya kamu tidak memotongnya, nescaya ia akan memotongmu..

MASA!

p/s: Selamat bercuti buat semua teman..Sediakan jadual dan plan bermanfaat untuk cuti ni,k? (^-^)

No comments:

Post a Comment