Saturday, July 23, 2011

'Menjejak Mutiara di Bumi Anbiya'

Beberapa hari yang lalu saya berkesempatan untuk menghadiri sebuah forum bertajuk 'Menjejak Mutiara di Bumi Anbiya', yang bertempat di BKAN Melaka, Haiyyu Sabi'. Alhamdulillah.. Dengan gandingan hebat tiga orang panelis yang tidak asing lagi bagi penuntut-penuntut Malaysia di Mesir, forum pada malam itu sememangnya sangat bermanfaat, berinfomatif dan sangat berjaya saya kira.

Dengan cara dan gaya penyampaian yang hebat daripada para panelis iaitu Ust Hairul Nizam, Ust Nazrul Nasir dan Ust Noorazam Bahador, forum yang berlansung selama kira-kira 2 jam setengah itu cukup padat dengan isi yang ingin disampaikan. Para panelis sungguh bijak menyelitkan sedikit gurauan dan humor bagi menarik perhatian audien yang hadir, lantas sejak dari mula hingga ke akhir forum tidak sempat lansung rasa mengantuk dan bosan itu singgah.

Sungguh banyak yang ingin dikongsikan hasil daripada forum semalam. Tetapi matlamat utama yang ingin mereka sampaikan ialah betapa penting dan bertuahnya kita yang berada di Bumi Anbiya ini yang kaya dengan pelbagai ilmu yang berharga seumpama mutiara-mutiara yang perlu dikutip! Kita seharusnya menggunakan segala peluang dan kesempatan masa yang ada untuk mendalami dan mencari ilmu di bumi ini.

Selain daripada tanggungjawab utama seorang mahasiswa/wi yang menjejak bumi Anbiya ni untuk menghadiri kuliah, satu lagi 'mutiara' penting yang perlu dikutip ialah bertalaqi!

TALAQI.
Melalui kelas-kelas talaqi sudah tentu ada banyak kelebihannya. Usah disebut mengenai fadhilat dan keistimewaan yang Allah swt berikan kepada mereka-mereka yang melangkahkan kaki menuju ke majlis-majlis ilmu yang diumpamakan seperti taman-taman Firdausi. Tentunya menjadi motivator terbaik untuk menguatkan hati dan istiqamah menghadirinya!

Tempoh 4 atau 5 tahun bagi seorang mahasiswa/wi yang belajar di sini tentunya tidak mencukupi untuk mempelajari banyak ilmu yang sememangnya terhad jika hanya bergantung pada kitab dan kelas kuliah semata-mata. Melalui bertalaqi lah, banyak ilmu dan kitab-kitab luar yang dapat dipelajari terus daripda syeikh-syeikh yang mengajar dan membacakan kitab.

Panel juga menyebut bahawa, semua mahasiswa/wi perlu bijak dalam mengambil dan mengutip 'mutiara-mutiara' ini! Kebijaksaan dan kecekapan dalam membahagikan masa di antara ketiga-tiganya akan memberikan pulangan yang cukup berharga bagi seorang pelajar di bumi Anbiya ini!

Pembelajaran di kuliah - Bertalaqi - Berpersatuan

Dan sudah tentu, untuk mendapatkan ketiga-tiganya sebuah pengorbanan yang besar ditagih! Penat lelah, kesabaran dan kesungguhan amat diperlukan! Oleh itu,selagi masih ada kesempatan yang berbaki ini, gunakanlah sebaiknya. Yakinlah segala penat dan kesusahan itu bukan sia-sia, tetapi demi sebuah perjuangan menegakkan syariatnya!

Kalam Ust Hairul Nizam pada malam itu, menyuntik semangat buat mereka yang mengerti. Semoga kita faham,apa yang ingin beliau sampaikan..

'Saya tidak percaya orang lain..saya tidak percaya ada orang lain yang akan buat! Jadi, oleh sebab itu mahu tidak mahu saya perlu buat kerja ini!'

P/s: Jom berfikir sejenak, budaya bertalaqi jarang kita jumpai di Tanah Air. Berbeza di bumi barakah ini, saban hari,saban minggu, di sana sini ada sahaja kelas-kelas Talaqi. Kalaulah selama kita duduk di sini berlalu tanpa menghargai peluang yang ada, alangkah ruginya kita! Biar penat sedikit,tetapi berbaloi. Kalau peluang yang ada di depan mata dipersia begitu sahaja,fine.. 'Jom,balik Malaysia!'

4 comments:

  1. MashaAllah kak...
    inshaAllah akan saya turuti... inshaAllah jua kmbalinya ke Mesir...akan sya giatkan usaha untuk mngaut sberapa bnyk ilmu

    ReplyDelete
  2. Sekadar peringatan buat diri dan teman2 lain.Kita sebenarnya sngt btuah cuma tu la kdg2 terlalai.Awang kn masih d tahun2 awal dbumi Mesir ni,bnyk g masa.Manfaatkan sebaiknya,ya? =)

    ReplyDelete
  3. akak nanti kalau berpeluang saya nak ikut g kleas2 macam ni.boleh?

    ReplyDelete
  4. Ehh,ahlan wasahlan..Kdg2 ada jak adik2 medic kakak yg join jg.cmanya tuk Ramadhan ni kelas2 talaqi tawaquf dlu.Insyallah nnt akan bsambung balik....=)

    ReplyDelete