Wednesday, June 15, 2011

Khasiat Madu

Menjelang hari-hari peperiksaan, menjaga kesihatan adalah salah satu perkara yang amat penting. Pada waktu-waktu beginilah badan mula terasa lemah, letih, maigrain, pening dan sebagainya datang satu persatu menjenguk kita.

Selain daripada mengambil suppliment dan vitamin yang ada difarmsi-farmasi, kenapa tidak kita amalkan untuk mengambil madu sebagai 'vitamin harian' yang mana telah disebutkan khasiatnya di dalam Al Quran sendiri? Tentunya ia mempunyai kelebihan dan khasiat tersendiri hingga ia disebut di dalam Kitab Allah.

Firman Allah dalam surah an-Nahl (tafsirnya): "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan." (Surah An-NAhl: 69).
Rasulullah SAW juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan Al-Qur'an. Baginda bersabda (maksudnya): "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Daripada hadith di atas ini, ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu, madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Menguatkan lagi hujah yang membuktikan bahawa madu adalah sangat berkhasiat untuk badan manusia, banyak kajian yang telah dijalankan mutaakhir ini yang mendedahkan rahsia keistimewaan yang ada pada madu.

Diantaranya ialah, World Apliculture Conference yang diadakan di China pada 20-26 September 1993 mengakui bahawa madu lebah mengandungi glukosa dan fruktosa yang mudah dihadam. Apabila dicampur dengan air, ia akan meresap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.

So, sebelum kita cari ubat-ubatan yang penuh dengan bahan kimia, why not kita ambil madu dahulu sebagai antibiotik yang paling mujarab! Jadikan amalan meminum madu sebagai amalan rutin harian setiap pagi dan sebelum tidur. Dalam usaha kita untuk Allah memberikan manfaat madu tadi, insyaAllah dalam masa yang sama kita juga sebenarnya mengamalkan salah satu dari sunnah baginda, Rasulullah saw.

p/s: Rajin-rajin minum madu..Jaga kesihatan baik-baik tau!

No comments:

Post a Comment