Thursday, March 31, 2011

Wanita Berjiwa Besar

Menarik untuk kita ketahui bahawa, perkahwinan di negara kita agak merumitkan kepada pihak lelaki berbanding dari pihak perempuan. Hari ini, selagi si lelaki tidak mempunyai kerja yang tetap, kereta, dan rumah sendiri..jangan terbayang untuk berani-berani masuk meminang anak dara orang! Selagi tidak tersusun 9 dulang hantaran mewah, usah bermimpi di siang hari.

Lucu pun ada, logiknya pun diterima akal kenapa keluarga pihak perempuan meletakkan syarat demikian rupa.

Di Palestin keadaannya agak berbeza. Anak gadis dan pemudanya berkahwin dalam usia yang sangat muda, bermaskahwinkan naskah Al Quran dan adat yang tidak membebankan. Perkahwinan dalam usia yang muda ini adalah untuk menggalakkan kelahiran pelapis perjuangan, dan setiap orang di sana amat berbangga dengan anak yang ramai.

Secara umumnya para pemimpin HAMAS sendiri mempunyai anak yang ramai. Antaranya Dr. Nizar Abdul Kadir Rayyan yang mempunyai 12 orang anak, namun kesemuanya telah syahid dalam serangan Israel.

Berpoligami bukanlah perkara pelik di Gaza. Ini kerana mereka ingin meramaikan zuriat dengan apa yang dinamakan ‘bom demografi’. HAMAS dan pejuang Islam ingin meramaikan manusia berkualiti di bumi Gaza. Kematian mesti diganti dengan kelahiran yang baru! Lima bulan sahaja selepas serangan di Gaza,pihak HAMAS telah menyediakan program menyunting balu syuhada.

Balu syuhada telah bersedia untuk melahirkan barisan pejuang yang baru. Bagi mereka yang pergi tidak perlu ditangisi dalam tempoh panjang kerana mereka yang syahid telah menyunting bidadari yang rupawan.

Balu syuhada Palestin adalah manusia yang berjiwa besar! Mereka sanggup mengenepikan perasaan cemburu untuk berkongsi suami kerana matlamat perjuangan adalah lebih utama! Mereka sanggup menempuh kesulitan dan kesakitan melahirkan bayi-bayi itu demi untuk memastikan pejuang agama Allah itu terus berdiri berani di bumi Israk Mikraj!

Sekuat mana seorang lelaki itu, tentu mustahil baginya untuk melahirkan seorang bayi.Segagah mana pun dia, belum tentu dia mampu menahan sakit dan peritnya melahirkan seorang zuriat. Di palestin mahupun Malaysia..itulah kelebihan yang Allah berikan kepada seorang wanita! Merekalah yang bergelar ibu, mama, umi dan emak. Dalam lemah lembutnya, namun dialah seorang srikandi agama yang turut memainkan peranan yang sangat besar.

Semoga setiap zuriat yang dilahirkan oleh wanita hari ini, akan melahirkan anak-anak yang berjasa. Mungkin tidak sampai ke tahap menjadi pejuang seperti di Palestin, namun cukuplah untuk anak-anak itu menjadi harapan dan tunjang utama dalam menegakkan agama Allah swt di bumi ini. Semoga anak- anak ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin..


** Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 48 (1 April 1963) buat ibu tersayang! Ina doakan yang baik-baik semuanya buat ibu. ‘Syukran kerana melahirkan dan mendidik Ina dan adik-adik. Ina sayang ibu!’

** Semenjak dua ni asyik kena tanya soalan yang sama..'Bila lagi?' Adei..Pelik =p

1 comment:

  1. mo dtg seru kali 2 sudah lina..:)

    ReplyDelete