Wednesday, March 30, 2011

Senyuman Hari Esok

Tokk tokk tokk..

’Boleh saya masuk?’ Suaranya kedengaran di luar bilik pagi tadi meminta izin untuk masuk ke bilik.
‘Yaa..?’,
sambutku sebagai tanda membenarkan ia.

Senyuman di wajahnya berubah hairan melihatku sebaik sahaja mulut pintu berbuka. ‘Kenapa mata kakak? Kakak ok, kah?’, soalnya yang sudah biasa ku dengar. Dialah di antara adik-adik serumahku yang paling cepat menyedari perubahan ‘cuaca’ kakak mereka ini.

‘Erm..ok ja ’, jawabku sambil membalas senyumannya dengan senyuman yang paling manis. Tidak terniat lansung untuk membuatnya risau.

‘Eleh..janganlah kakak tipu. Baru kelmarin kami belajar pasal mata’, jawapan pelajar perubatan tahun 2 itu membuatku tersenyum kerana rahsia terbongkar.

Kaki melangkah menuju cermin..’Bengkak,kah?’, monolog ku sendiri.

‘Lama sudah nda bercerita sama kakak. Tapi nda pala..lain kali ya?!’ jawabnya sambil tersenyum.

‘OK..’,jawabku pendek.

Mungkin..selepas mengadu dan meluah padaNya semalam, aku ketiduran. Tertidur dalam hujan. Logik sahaja kalau mereka menyedari sesuatu yang berubah padaku pagi ini. Perasaan malu datang lagi dengan adik-adik comel ini..

Smiling iS Healing..!

Kenapa perlu bersedih untuk esok hari yang tidak pasti? Boleh jadi..semuanya akan indah belaka. Semuanya akan baik-baik sahaja.

‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui’ Al Baqarah : 216

Yakin. Itu sudah tidak pernah timbul lagi di benak fikiran. Cumanya.. hujan itu sering saja turun. Bukan kerana tidak redha, jauh sekali menyalahkan.

Namun, diri mengakui. Hujan itu turun kerana diri ini bernama perempuan. Diri ini berkongsi nama kaum Hawa yang mana kita maklum sifatnya bagaimana. Lantas, diri tidak menyalahkan sesiapa. Hujan itu turun, kerana diri itu yang lemah. Maka, tarbiyah yang diperlukan! Tarbiyah lagi!

Kisah semalam yang difikirkan tidak mungkin akan dilupakan, berubah tanpa disedari. Dari tangisan berubah kepada senyuman. Sangat merindui senyuman itu.. Terfikir sendiri, bagaimana tangisan semalam boleh berubah hari ini? Hati berbisik..

Kerana..

Allah telah menghadirkan mereka yang mampu untuk membuatku tersenyum semula.

Allah menghadirkan mereka yang secara tidak sedar telah membantuku untuk melupakan donggengan semalam.

Allah menghadirkan mereka yang sentiasa bersamaku di waktu susah juga senang.

Allah menghadirkan mereka yang tidak pernah aku bayangkan pun untuk berdamping di sisi mereka.

Subhaanallah..Betapa besarnya nikmat itu..

Jadi.. Masih perlukah aku bersedih untuk hari esok?

Masih perlukah ada perasaan takut untuk menghadapi hari esok?

Masih perlukah ada perasaan gusar dan risau menunggu hari esok?

Tentu sahaja jawapannya, tidak!

Kerna walau apa-apa pun yang terjadi dan berlaku pada esok hari.. Yakinlah Allah swt mengetahui lebih banyak dari apa yang kita fikir kita tahu. Yakinlah, kalau pun terpaksa berduka pada esok hari, tentu saja Allah akan sediakan penawar yang akan menyembuhkan seperti yang ada hari ini.

Dan sungguh, tidak mahu aku mementingkan diri sendiri sahaja!

Andainya senyuman ini boleh menggembirakan mereka semua, ya! Aku akan senyum bersama mereka. Kalaupun esok aku seorang saja yang berduka, semoga senyuman mereka semua akan menyembuhkan kedukaan yang ada. Itu aku lebih rela, daripada membuat mereka risau melihat keadaan ku yang bersedih.

Wahai insan..

Hilangkanlah rasa memiliki dari dalam diri.. Agar esok hari kita tidak akan terlalu bersedih atas suatu kehilangan..

Sesungguhnya, Allah swt lah Maha Memiliki tiap sesuatu yang ada di langit dan bumi ini.. Insan yang bernama hamba itu sebenarnya tidak memiliki apa-apa.. Maka, senyumlah dan bersyukur dengan apa yang ada di sisi mu hari ini. Semoga..hari esok yang akan tiba, disambut dengan senyuman yang sama. Bersama-sama.. InsyaAllah~

‘… dan buat aku tersenyum’.. =)

No comments:

Post a Comment