Kehadiran sejumlah besar ahli Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir dari pelbagai daerah pada hari tersebut bersama ibu bapa ternyata sangat memberangsangkan. Selain daripada motivasi dan kata-kata semangat yang telah diberikan kepada semua mahasiswa/wi, setiap pelajar yang hadir juga telah diberikan wang saku berjumlah RM500 bagi membiayai perbelanjaan mereka sedikit sebanyak.
Kami sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri Sabah atas keprihatinan dan usaha keras mereka dalam misi membawa kami balik ke Tanah Air demi memastikan keselamatan anak-anak Sabah. Dengarnya, dalam masa terdekat kami akan kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian dengan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah. Doakan kami selamat dan akan balik suatu hari kelak untuk berbakti di negeri Sabah khasnya.
No comments:
Post a Comment