Monday, August 30, 2010

Merdekakah Kita..?

Tahun ini genap 53 tahun negara kita Malaysia mengecapi kemerdekaan.
Jika kita ibaratkan dengan umur seorang manusia,jelasnya dia seorang yang telah berumur,
kaya dengan pengalaman dan cukup matang untuk membezakan yang mana baik, yang mana buruk.Yang mana putih,yang mana hitam.Dan yang mana permata yang mana kaca.
Oleh itu,sepatutnya kemerdekaan ini menjadikan kita bebas daripada segala anasir-anasir yang boleh menguasai dan merosakkan pemikiran,akhlak dan jati diri anak-anak Malaysia.

Persoalannya..merdekakah kita pada hari ini?
Buka mata,koreksi hati,muhasabah diri..!





Penyelesaiannya..?
Kembalilah kepada dustur utama yang ditinggalkan.
Kalam Allah..Al Quranul Karim dan Sunnah Rasulullah saw.
Amalkan..bukan sekadar dibaca!
Kerana..Islam yang syumul itulah jalannya!
Hanya kita yang enggan.
Faham..sedar..laksanakan!Islam itu tidak tersebar dengan sendiri!!





Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia..!
Merdekakan hati,merdekakan jiwa,merdekakan fikiran!
Usah benarkan Malaysia 'dijajah' lagi..!!!

Sunday, August 29, 2010

Rumah itu Syurgaku

Kaki menyusun langkah selaju mungkin menuju ke balai ketibaan KKIA.Sebelum sampai ke lapangan terbang Mesir pun,macam-macam yang telah berlaku.Penerbangan ke Kota Kinabalu juga menghadapi sedikit masalah,hatta terpaksa ditangguhkan seketika.
Hati kecil tidak henti berdoa.'Ya Allah..permudahkanlah semuanya'.
Mata mencari-cari kelibat wajah yang amat dirindui di antara ramai yang menunggu di luar.
Alhamdulillah...mereka semua datang menjemput rupanya.Adik-adik yang sepatutnya berada di asrama pada malam itu rupanya telah membuat surat rayuan untuk bermalam di rumah beberapa hari.Terharu..sayu.Sayangnya pada mereka..

Rumah itu dijejak lagi,sejak hampir 2 tahun berlalu.Dari ruang tamu ke dapur,aku melihat-lihat dan memantau bagai seorang pemerhati.Setiap sudut rumah itu aku rindui!Sungguh!
Walaupun rumah itu tidak semewah istana atau tidak seluas banglo..
Namun rumah itu adalah syurgaku.
Rumah itu adalah kebahagiaanku.
Rumah itu adalah kegembiraanku.

Rumah itu akan menjadi syurga bukan kerana kemewahannya.
Bukan juga kerana keluasannya yang menyelesakan..
Tetapi rumah itu menjadi syurga kerana eratnya kasih-sayang yang terjalin di dalamnya.
Ia menjadi syurga kerana Baitul Muslim berperanan untuk menghidupkan biah solehah yang menyenangkan.
Ia akan menjadi syurga bilamana Allah swt dan Rasulullah saw menghadiahkan redha dan nikmatNya.

Rumah itu syurgaku..
Rumah itu syurgaku..

Friday, August 27, 2010

iLaL LiQaQ..!

Solat sunat yang jarang kita lakukan walaupun sering bermusafir.
Pohonlah kepadaNya.. semoga selamat pergi dan pulang sepanjang perjalanan.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
“Dari Abu Hurairah, berkata Nabi s.a.w “Apabila engkau keluar dari rumahmu, hendaklah engkau solat dua rakaat nescaya solat itu akan memeliharamu dari kemasukan kejahatan, dan apabila engkau memasuki rumahmu hendaklah engkau solat dua rakaat, maka solat itu akan memeliharamu dari kemasukan kejahatan”.

Niat Solat Sunat Musafir:

أُصَلِّي سُنَّةَ السَفَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat musafir dua rakaat kerana Allah Taala.


‘Terbang’ menuju Negeri di Bawah Bayu..
28.08.2010 ~ 27.10.2010
Ilal Liqaq..yaa Misr~

** Gembira untuk bertemu keluarga di sana,namun sedih juga untuk berpisah dengan keluarga (BKPSM)di sini..Semoga bertemu lagi (^-^)

Wednesday, August 25, 2010

Fazakkir!

Pagi 15 Ramadhan.
Diberikan pentaklifan untuk menyampaikan tazkirah kepada penghuni Imarah WYSK bukan sesuatu yg biasa tetapi ‘luar biasa’.Kebiasaannya tazkirah yang diberi hanya khusus kepada mahasiswi Sabah,tetapi pagi ini suara itu kedengaran bergema di dalam bangunan yang dihuni anak-anak Sabah.

Beberapa hari sahaja lagi sebelum pulang ke Tanah Air.

Persiapan belum diurus sebaiknya memandangkan sibuk dengan pentaklifan lain sebagai seorang ‘ustazah’ bagi program kelas agama bagi pelajar perubatan.Oleh itu,pemilihan bahan untuk dijadikan tazkirah pagi ini juga agak kelam-kabut.
Akhirnya,2 hadith Rasulullah saw dipilih untuk dibacakan dan dibentang.
Di dalam dua hadith ini Rasulullah saw menyebutkan tentang tanda-tanda dan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku di akhir zaman sebagai peringatan dan iktibar buat kita.

Daripada Anas ra berkata: Rasulullah saw telah bersabda : ( Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya seumpama mengenggam bara api) H.R Tirmidzi

Mengenggam bara api..Sanggupkah kita..??

Daripada Ibn Umar ra berkata : Pada suatu hari kami telah berhadapan dengan Rasulullah saw,kemudian baginda bersabda (Wahai kaum Muhajirin,5 perkara apabila kamu mengerjakannya maka tiadalah kebaikan lagi bagi kamu.Dan aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu.Perkara-perkara itu adalah :

1)Tidak akan terzahir perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terang melakukannya,maka mereka akan ditimpa penyakit Taun yang cepat merebak di kalangan mereka dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat yang telah lalu.

2)Dan tidaklah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau, kesusahan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

Berterima kasihlah kepada kucing dan rakan-rakannya..

3)Dan tidaklah mereka menahan zakat harta benda mereka kecuali Allah akan menahan bagi mereka air hujan dari langit.Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di ats permukaan bumi ini) tentulah mereka tidak akan diberikan hujan oleh Allah swt.

4)Apabila mereka mungkir akan janji Allah dan RasulNYA,maka Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh-musuh mereka,maka musuh itu akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5)Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung di dalam Al Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan,maka di saat itu Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri). H.R Ibn Majah


* Penyampaian agak kurang baik.Namun,sama-sama kita mengambil iktibar dan muhasabah melalui 2 hadith tadi.Mohon maaf kepada semua dan terutamanya Al Fadhil Ustaz yang telah memberikan pentaklifan dan kepercayaan.Masih banyak yang perlu dipelajari dan ditekuni.Diri ini memerlukan teguran dan tunjuk ajar.Wallahu Subhaanahu Wa Taala A'lam~

Saturday, August 21, 2010

Nikmat dariNYA


ALHAMDULILLAH ~
Tiada kalam seindah itu untuk dilafaz.
Air mata itu tanda kesyukuran atas nikmatNya.
Air mata itu juga tanda kegusaran,betapa dada ini masih kekurangan ilmuNYA.
Kepayahan,kesusahan,kegagalan…
Bukan itu sahaja yang dinamakan ‘UJIAN’.
Namun,ini jua merupakan satu dugaan yang menguji sejauh mana iman.
NIKMAT..Satu hal yang jarang kita ta'rifkan sebagai UJIAN..
Adakah kita menganggap nikmat itu milik kita..?
Ataukah kita kembalikan semuanya kepada empunya pemberi nikmat..?
Kembali sedar…nikmat itu hanya dipinjamkan.
Usah berdabik dada…rendahkan diri di hadapanNYA!
Semoga diri sentiasa menyedari akan hakikat itu..

( Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi) 4:79

(Dan Kami bagi-bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang yang saleh dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan Kami coba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran) ) 7:168

(Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?) 55:13

:: Alfu Mabruk buat semua rakan-rakan yang najah pada tahun ini.
Bercuti sebentar sebelum melangkah ke tahun 4,Syu’bah Syariah Islamiah.InsyaAllah~

Wednesday, August 18, 2010

Nur Ramadhan

Sudah beberapa malam,penghuni Imarah Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir
menunaikan solat terawih berjemaah di dalam kegelapan malam.

Namun,Nur Ramadhan itu terus 'menyinari' hati-hati mereka yang merindukan
'kebahagiaan' beribadah di bulan yang mulia~

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.

- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi

Saturday, August 14, 2010

Rush Hour


InsyaAllah..tinggal 2 minggu sahaja lagi.
Masih sempat ada 'lamaran' yang masuk.
'Kelas Agama bagi pelajar Medic BKPSM'.
Pentaklifan bukan diminta.
Kepercayaan bukan ditagih.
'Kemaslahatan umum lebih aula berbanding kemaslahatan peribadi'.
Bukan mengajar tapi belajar.Insyallah..

'Berlari' dari Kaherah ke Iskandariah..
Sejenak~

Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Ya Ramadhan


RAMADHAN datang menjenguk lagi.
Sebuah kegembiraan yang di tunggu-tunggu bagi mereka yang mengerti,memahami dan menghargai.
Semoga amalan-amalan ini diterima disisi MU Ya Illahi..

Nabi SAW bersabda:
“Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian"
Selamat beribadah di bulan Ramadhan kepada semua muslmin dan muslimat.

Lawatan Kerja & Majlis Ramah Mesra KM Sabah


Alhamdulillah..Segala Puji Bagi Allah yang dengan izinNyalah setiap sesuatu itu berlaku.
Akhirnya selesai satu tugasan besar.
3hb - 7hb Ogos 2010.
Ketua Menteri Sabah dan rombongannya telah melawat anak-anak Sabah Mesir yang menuntut di sini.Seribu satu pengalaman yang dirasa semakin mendewasakan diri dan pemikiran.
Ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana yang bertungkus-lumus dan bekerja keras bagi memastikan segalanya berjalan seperti yang dirancang.
Jazaakumullahu khairan kathira ^_^

Rombongan dan AJK Pelaksana di hadapan bangunan Wisma Yayasan Sabah Kaherah,Mesir.

YB Datuk Musa Aman diiringi oleh YDP BKPSM saudara Azhar Jismil.

AJK Pelaksana yang terpaksa berkorban untuk tidak menghadiri Seminar Jati Diri dan kecemerlangan di Hotel Azur,Iskandariah.

Ketua BAHEP,saudara Lasafarudi Lahadi menyampaikan cenderahati di seminar jati diri dan kecemerlangan,Iskandariah.

YB Datuk Musa Aman,isteri dan beberapa orang delegasi bersama AJKT BKPSM SESI 2009/2010.

Majlis makan malam dan ramah mesra diserikan dengan persembahan daripada anak-anak Sabah di Mesir.


Asrama Yayasan Sabah Iskandariah (AYSI ) yang baru sahaja dirasmikan.
Gambar terakhir.
Rombongan akan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

PANDANG,LIHAT DAN DENGAR..
Wallahu Subhanahu Wa Taala A'lam..