Wednesday, August 25, 2010

Fazakkir!

Pagi 15 Ramadhan.
Diberikan pentaklifan untuk menyampaikan tazkirah kepada penghuni Imarah WYSK bukan sesuatu yg biasa tetapi ‘luar biasa’.Kebiasaannya tazkirah yang diberi hanya khusus kepada mahasiswi Sabah,tetapi pagi ini suara itu kedengaran bergema di dalam bangunan yang dihuni anak-anak Sabah.

Beberapa hari sahaja lagi sebelum pulang ke Tanah Air.

Persiapan belum diurus sebaiknya memandangkan sibuk dengan pentaklifan lain sebagai seorang ‘ustazah’ bagi program kelas agama bagi pelajar perubatan.Oleh itu,pemilihan bahan untuk dijadikan tazkirah pagi ini juga agak kelam-kabut.
Akhirnya,2 hadith Rasulullah saw dipilih untuk dibacakan dan dibentang.
Di dalam dua hadith ini Rasulullah saw menyebutkan tentang tanda-tanda dan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku di akhir zaman sebagai peringatan dan iktibar buat kita.

Daripada Anas ra berkata: Rasulullah saw telah bersabda : ( Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya seumpama mengenggam bara api) H.R Tirmidzi

Mengenggam bara api..Sanggupkah kita..??

Daripada Ibn Umar ra berkata : Pada suatu hari kami telah berhadapan dengan Rasulullah saw,kemudian baginda bersabda (Wahai kaum Muhajirin,5 perkara apabila kamu mengerjakannya maka tiadalah kebaikan lagi bagi kamu.Dan aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu.Perkara-perkara itu adalah :

1)Tidak akan terzahir perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terang melakukannya,maka mereka akan ditimpa penyakit Taun yang cepat merebak di kalangan mereka dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat yang telah lalu.

2)Dan tidaklah mereka mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau, kesusahan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

Berterima kasihlah kepada kucing dan rakan-rakannya..

3)Dan tidaklah mereka menahan zakat harta benda mereka kecuali Allah akan menahan bagi mereka air hujan dari langit.Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di ats permukaan bumi ini) tentulah mereka tidak akan diberikan hujan oleh Allah swt.

4)Apabila mereka mungkir akan janji Allah dan RasulNYA,maka Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh-musuh mereka,maka musuh itu akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5)Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung di dalam Al Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan,maka di saat itu Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri). H.R Ibn Majah


* Penyampaian agak kurang baik.Namun,sama-sama kita mengambil iktibar dan muhasabah melalui 2 hadith tadi.Mohon maaf kepada semua dan terutamanya Al Fadhil Ustaz yang telah memberikan pentaklifan dan kepercayaan.Masih banyak yang perlu dipelajari dan ditekuni.Diri ini memerlukan teguran dan tunjuk ajar.Wallahu Subhaanahu Wa Taala A'lam~

No comments:

Post a Comment