Sunday, August 29, 2010

Rumah itu Syurgaku

Kaki menyusun langkah selaju mungkin menuju ke balai ketibaan KKIA.Sebelum sampai ke lapangan terbang Mesir pun,macam-macam yang telah berlaku.Penerbangan ke Kota Kinabalu juga menghadapi sedikit masalah,hatta terpaksa ditangguhkan seketika.
Hati kecil tidak henti berdoa.'Ya Allah..permudahkanlah semuanya'.
Mata mencari-cari kelibat wajah yang amat dirindui di antara ramai yang menunggu di luar.
Alhamdulillah...mereka semua datang menjemput rupanya.Adik-adik yang sepatutnya berada di asrama pada malam itu rupanya telah membuat surat rayuan untuk bermalam di rumah beberapa hari.Terharu..sayu.Sayangnya pada mereka..

Rumah itu dijejak lagi,sejak hampir 2 tahun berlalu.Dari ruang tamu ke dapur,aku melihat-lihat dan memantau bagai seorang pemerhati.Setiap sudut rumah itu aku rindui!Sungguh!
Walaupun rumah itu tidak semewah istana atau tidak seluas banglo..
Namun rumah itu adalah syurgaku.
Rumah itu adalah kebahagiaanku.
Rumah itu adalah kegembiraanku.

Rumah itu akan menjadi syurga bukan kerana kemewahannya.
Bukan juga kerana keluasannya yang menyelesakan..
Tetapi rumah itu menjadi syurga kerana eratnya kasih-sayang yang terjalin di dalamnya.
Ia menjadi syurga kerana Baitul Muslim berperanan untuk menghidupkan biah solehah yang menyenangkan.
Ia akan menjadi syurga bilamana Allah swt dan Rasulullah saw menghadiahkan redha dan nikmatNya.

Rumah itu syurgaku..
Rumah itu syurgaku..

No comments:

Post a Comment