Wednesday, April 21, 2010

Perlukah bermazhab..?

Bila berbicara tentang hukum,sudah tentu akan muncul perbezaan pendapat diantara ulama’-ulama ‘mazhab yang empat secara umumnya iaitu Mazhab Hanafi,Mazhab Maliki,Mazhab Syafie dan Mazhab Hanbali radiallahu anhum.Di dalam Syu’bah Syariah Islamiah,madah Fiqh Muqaranlah yang akan membincangkan tentang perbezaan pendapat ini berserta dalil-dalil mereka seterusnya mencari pendapat yang lebih rajih dalam memutuskan sesuatu hukum.

Seorang adik Tibb pernah mengajukan soalan..
Kak Lina..kenapa kita ikut Mazhab Syafie?’
‘Disini(Mesir) ikut mazhab apa la?’
‘Kenapa kita lain, diorang lain?’

Lantas mungkin ada diantara kita terfikir akan hal dan persoalan yang sama.

Mungkin juga selama ini kita hanya mengikut-ikut.Orang kata begitu,begitulah.Kalau begini,beginilah.Mungkin kita belum pernah terfikir dengan mendalam akan persoalan-persoalan ini.


Perlukah kita bermazhab..??’
‘Kenapa lain negara,lain mazhab yang dipegang?’
‘Kenapa ada banyak mazhab?’
‘Bolehkah jika kita tidak berpegang pada mana-mana mazhab?’

:: Golongan Merbahaya!

Dewasa kini,wujudnya golongan-golongan yang berpendapat bahawa kita (masyarakat awam) tidak perlu mengikut mana-mana mazhab kerana bagi mereka, kita hanya perlu mengikuti Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw sahaja.Sudah cukup!
Lantaran itu mereka menolak semua mazhab,kerana bagi mereka ulama’-ulama’ terdahulu hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kerana sifat daifnya manusia yang tidak terpelihara dengan sifat maksum.

Golongan inilah yang dinamakan sebagai ‘Al-Laa Mazhabiah(anti mazhab).
Mereka berada di mana-mana sahaja,bukan hanya tertumpu di negara-negara timur tengah sepertimana yang kita selalu dengar, bahkan di negara-negara Asia Tenggara sekalipun.Hatta di Malaysia sendiri!!
Mereka bebas bergerak ke sana ke mari dengan membawa fahaman mereka dan yang lebih teruk menyebarkan fahaman ini kepada masyarakat awam yang jelasnya, masih ramai yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan lansung mengenai hal ini.

Golongan ini berpendapat bahawa mazhab adalah rekaan para ulama’ silam semata-mata dan tiada kaitan dengan Islam!Sesiapa sahaja yang mengikut mazhab termasuk di kalangan pelaku bidaah mungkar bahkan ada yang lebih dangkal lagi mengatakan seseorang itu telah sesat dan kafir!!



Mendengar itu,saya tersenyum..lucu!
Baru pegang Ijazah Sarjana atau
PhD,sudah berani berkata demikian.
Galaknya seperti orang yang tidak mengaji agama lansung!
Bagai si merak dan pipit..juga bagai langit dan bumi!
Siapalah kita berbanding ulama’-ulama’ yang terdahulu?
Mereka telah diberi keistimewaan oleh Allah swt dalam memahami agamaNya dengan lebih
faqih.Sedangkan kita?Mahu memahami yang asas pun sudah terkebil-kebil!
Ada hati mahu berijtihad tanpa merujuk ulama’-ulama’ mazhab
.

Allah berfirman,mafhumnya :

(Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir(alim ulama’) seandainya kamu tidak mengetahuinya)An Nahl:43

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud
:

[ Sesungguhnya ulama' itu adalah pewaris para Nabi.Para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham.Mereka hanya mewariskan ilmu.Maka barangsiapa yang mengambil ilmu (warisan ilmu)tersebut,ia telah mengambil habuan yang paling sempurna].
Hadith riwayat Ahmad,Tarmidzi,Abu Daud dan Ibnu Majah.

Di dalam kitab Al Mustasfa,berkata Imam Ghazali :

[ Bagi golongan awam adalah wajib bagi mereka meminta pendapat dan mengikut(bertaqlid) dengan ulama’].

Rasanya sudah jelas.
Wajib kita mengikut para ulama’!
Tetapi kenapa masih menyombongkan diri?!Hidung tinggi!
Mereka mendakwa dengan Al Quran dan Sunnah sahaja sudah cukup untuk mengambil hukum,maka sesiapa yang tidak mengikut pendapat mereka adalah jumud dan tidak memahami dalil.Sedangkan adakah mereka benar-benar faham Al Quran dan Hadith Rasulullah saw yang jelasnya berbahasa Arab itu?Mereka berani mangatakan bahawa Ulama’ terdahulu tidak maksum.Ya,benar.
Jadi,adakah mereka pula
maksum??Tidak!Tiada siapa yang berani menafikan, bukan?

Memetik kata-kata Imam Al Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu’.
Begitulah sifat mereka.

Ulama’ dan kita sama.HambaNya.Manusia biasa.
Jadi,perbezaannya di mana?
Maka..bezanya kita dan para Ulama’ ialah mereka seribu kali jauh lebih memahami nas-nas Quran dan Hadith sebelum meng
istinbatkan hukum berbanding kita.Jadi secara logiknya,memang kita perlu bermazhab!

::Kalau nak ikut logik..



Beginilah,senang cerita.Kita yang mengaji agama mungkin sudah faham mengenai hal ini.Tetapi bagi ribuan masyarakat di luar sana,untuk memahaminya kita boleh andaikan seperti ini…



Kita semua perlu makan untuk hidup.Paling simple pun,kita makan ikan dan sayur.Betul?
Jadi,kalaulah kita semua diwajibkan untuk mendapatkan ikan dan sayur tadi sendiri,maknanya kita semua perlu berenang atau mempunyai kemahiran menangkap ikan dan kemahiran bercucuk tanam,bukan?
Persoalannya disini,adakah kita semua diberi dan mempunyai kemahiran tadi?Sudah tentu tidak,bukan?
Ada yang pandai,ada yang tidak.Fitrahnya begitu.

Yang pandai,akan mendapatkan apa yang diperlukan.Dan selebihnya, mungkin saja lemas di lautan sana.
Jadi,apalah salahnya jika kita ‘membeli’ ikan dan sayur tadi daripada ‘mereka yang ada kemampuan ‘untuk mendapatkannya??Kan lebih senang?Tidaklah kita lemas atau terjatuh ketika baru hendak ‘cuba-cuba’ untuk berenang.Right?

Contohnya lagi..Cuba anda bayangkan..
Andai kata kita semua mahukan emas (mungkin terutamanya bagi golongan wanita).Undang-undang ketika itu menetapkan,bahawa sesiapa yang mahukan emas perlulah melombongnya sendiri!
Kena gali dan proses sendiri sampailah terjadinya rantai,gelang,cincin dan seumpamanya.
Hah!Kan pening tu..??Kalau begitu.. alamatnya,terpaksalah setiap lelaki yang bakal berkahwin melombong emas terlebih dahulu sebelum melansungkan akad nikahnya.^_^
Buat apalah pening-pening dan susahkan diri pergi melombong emas?Kan kedai-kedai emas sudah ada depan mata?Beli dari mereka dan lansungkan saja niat baik tadi!

Senang,kan?!

See..?
Kita tidak sehebat mereka (para ulama’).
So,obviously..kita perlukan mereka!

Kita perlu merujuk dan mengikut pandapat-pendapat mereka terhadap sesuatu hukum sebelum melaksanakannya.
Kita perlu bermazhab!As simple as that!

:: Aku,kamu dan kita bermazhab!

Berdasarkan dalil Quran,Hadith dan pendapat para Ulama' tadi sudah terang lagi bersuluh,siap ber’torchlight’ lagi..memang wajib untuk kita mengikut ulama’ yakni bermazhab.
Bagi masyarakat awam,berhati-hatilah dalam mencari ilmu dan berguru.Bertanyalah pada mereka-mereka yang bebar-benar faham agama dan bukannya berlagak faham.
Bagi kita yang masih menuntut pula,mengajilah!
Dan mengaji itu biar benar!
Mengaji itu biar habis!
Mengaji itu biar betul-betul!
Mengaji itu biar membuatkan kita lebih kenal,rapat dan takut pada Allah swt!
Bukan dengan mengaji,kita jadi sombong!
Bukan dengan mengaji kita anggap kita sudah ‘pandai’..!

Wallahu Subhanahu Wa Taala A’lam..

2 comments:

  1. "Tadi tanganku kena dengan Pak Arab, nda batal wudhukan? Aku ikut mazhab lain ni...," pinta seorang teman, meminta izin.
    Rasa mau tembak dengan M16 pun ada, pening betul. Orang dulu setahun jagung hafaz Quran, kita ni?

    Jangankan Quran...aish!

    P/S: Perbandingan yang sangat bagus dan matang. Keep it up!

    ReplyDelete
  2. Ilmu Allah dk0ngsi bsama.syukran bt BDAT,BKPSM yg tlh mganjurkn diskusi kitab bkenaan Al Laa Mazhabiah ini.

    ReplyDelete