Sunday, April 4, 2010

Antara Suka dan Dakwah

Cuti musim panas yang diluangkan bersama keluarga di Sabah pada tahun 2008 yang lalu,bagai 10 tahun yang lepas!
Rindu ini memuncak!!
Ketika itu,ayah telah menghadiahkan laptop ini,dan Alhamdulillah masih diguna
sebaiknya hingga ke saat ini.
Ku namakan ia ‘Imraatun’.
Mungkin kerana ia diisi dengan segala luahan hati, lukisan imaginasi dan hasil tulisan seorang gadis.Hehehe..Comel! ^_^


‘Imraatun’ telah masuk umur 2 tahun setengah.Sepanjang tempoh itu ia setia menemani.
Ya..mungkin ia tidaklah membantu ku untuk membuat tugasan-tugasan kuliah,memandangkan kami memang tidak ditaklifkan pun.Namun,ia sangat banyak membantu ku untuk menyiapkan kerja-kerja persatuan yang kira banyak jugalah..Alhamdulillah..

Tika aku rindu,ia juga menemani ku untuk menghubungi insan-insan tersayang yang jauh di sana.Tidak lupa juga,ia menjadi medan ku untuk mencurahkan pendapat,idea,dan meng'up-date' blog ini.Ina suka menulis!Ina suka menaip!Mana satu yang betul ya??Ermm..kedua-duanya sekali tepat!

:: Kenapa Aku Menulis..?


Allah berfirman yang mafhumnya,

{Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang Mukmin} Adz Zaariyat:55

Ayat ini pernah sangat ‘mesra’ dengan ku satu ketika dulu.Walaupun pendek.membawa makna yang mendalam bagi mereka yang memahami.Syukran untuk itu!
Aku menulis..kalau mahu disebut ‘Tazkirah’..ermm..terasa belum layak pula.
Namun aku terus menulis..kerana part yang paling disukai ialah bilamana aku menulis...

Aku juga bermuhasabah sama!
Aku sebenarnya menasihati diri yang lemah ini!
Aku juga melihat jauh ke dalam lubuk hati..
Aku cuba untuk membasuh sisa-sisa kekotoran dosa yang bertapak di sanubari!
Aku memberi peringatan demi peringatan!


Di samping itu,Kalam Rasulullah saw juga menegur ku..

{Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat..}

Lantas,aku juga ingin berkongsi!
Walau cuma secebis ilmu di dada,aku ingin sampaikan sebanyaknya!

Ditegur lagi..

{Daripada Abu Said Al Khudrie ra katanya,aku telah dengar Rasulullah saw bersabda :
“Sesiapa dari kalanganmu yang melihat kemungkaran,maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan(kuasa),jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisan,jika dia tidak mampu juga maka ubahlah dengan hati.Dan itu adalah serendah-rendah iman”}


Terpanah lagi!
Aku juga punya tanggungjawab untuk berdakwah!
Yang haqq itu haqq,dan yang batil itu batil.Maka,sampaikan!
Aku sendiri tidak tahu..berapa banyak mata sebenarnya yang membaca dan singgah di teratak Wardatul Asfar ini.
Sedikit cuma.Pasti.
Namun..semua yang baik itu dari Allah swt,maka ambillah!
Usahlah dilihat pada hamba hina yang menuturkan kalam,tetapi lihatlah pada apa yang disampaikan.Kerana,yang jelek itu semuanya lahir daripada sifat kekurangan dalam diri sendiri.
Wallahu Subhanahu Wa Taala A’lam..~

** ‘Imraatun’ sejak dua menjak ini,kelihatan seperti ‘sakit’.
Ermm..umur baru setahun jagung,sudah menunjukkan tanda-tanda ‘tidak sihat’.
Mudah-mudahan ‘panjang umur’nya…^_^

No comments:

Post a Comment