Wednesday, April 21, 2010

Get Ready..!


Sudah semakin hampir..
Imtihan Syafawi (lisan) dijangkakan bermula pada 20/5/2010.
Imtihan Tahriri (bertulis) pula 29/5/2010.

Sudah mula tak kententuan..
Duduk tak selesa.
Berbaring pun salah.
Umpama si gadis yang sedang asyik di dalam dunia cintanya..
Tidur tak lena..
Makan kurang selera..
Mandi bagai tak basah..


'Kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya..'
'Yang bulat tak datang bergolek.yang pipih tak datang melayang..'
'Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu..'
'When there is a will,there is a way..'
'No pain..no gain!'

USAHA,USAHA,USAHA...ISTIQAMAH...DOA...TAWAKKAL..
So..be prepair!
Get ready...!

:: Mungkin Wardatul Asfar akan 'bercuti' buat beberapa ketika..mungkin..
Mohon doanya..ya? ^_^

Perlukah bermazhab..?

Bila berbicara tentang hukum,sudah tentu akan muncul perbezaan pendapat diantara ulama’-ulama ‘mazhab yang empat secara umumnya iaitu Mazhab Hanafi,Mazhab Maliki,Mazhab Syafie dan Mazhab Hanbali radiallahu anhum.Di dalam Syu’bah Syariah Islamiah,madah Fiqh Muqaranlah yang akan membincangkan tentang perbezaan pendapat ini berserta dalil-dalil mereka seterusnya mencari pendapat yang lebih rajih dalam memutuskan sesuatu hukum.

Seorang adik Tibb pernah mengajukan soalan..
Kak Lina..kenapa kita ikut Mazhab Syafie?’
‘Disini(Mesir) ikut mazhab apa la?’
‘Kenapa kita lain, diorang lain?’

Lantas mungkin ada diantara kita terfikir akan hal dan persoalan yang sama.

Mungkin juga selama ini kita hanya mengikut-ikut.Orang kata begitu,begitulah.Kalau begini,beginilah.Mungkin kita belum pernah terfikir dengan mendalam akan persoalan-persoalan ini.


Perlukah kita bermazhab..??’
‘Kenapa lain negara,lain mazhab yang dipegang?’
‘Kenapa ada banyak mazhab?’
‘Bolehkah jika kita tidak berpegang pada mana-mana mazhab?’

:: Golongan Merbahaya!

Dewasa kini,wujudnya golongan-golongan yang berpendapat bahawa kita (masyarakat awam) tidak perlu mengikut mana-mana mazhab kerana bagi mereka, kita hanya perlu mengikuti Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw sahaja.Sudah cukup!
Lantaran itu mereka menolak semua mazhab,kerana bagi mereka ulama’-ulama’ terdahulu hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kerana sifat daifnya manusia yang tidak terpelihara dengan sifat maksum.

Golongan inilah yang dinamakan sebagai ‘Al-Laa Mazhabiah(anti mazhab).
Mereka berada di mana-mana sahaja,bukan hanya tertumpu di negara-negara timur tengah sepertimana yang kita selalu dengar, bahkan di negara-negara Asia Tenggara sekalipun.Hatta di Malaysia sendiri!!
Mereka bebas bergerak ke sana ke mari dengan membawa fahaman mereka dan yang lebih teruk menyebarkan fahaman ini kepada masyarakat awam yang jelasnya, masih ramai yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan lansung mengenai hal ini.

Golongan ini berpendapat bahawa mazhab adalah rekaan para ulama’ silam semata-mata dan tiada kaitan dengan Islam!Sesiapa sahaja yang mengikut mazhab termasuk di kalangan pelaku bidaah mungkar bahkan ada yang lebih dangkal lagi mengatakan seseorang itu telah sesat dan kafir!!



Mendengar itu,saya tersenyum..lucu!
Baru pegang Ijazah Sarjana atau
PhD,sudah berani berkata demikian.
Galaknya seperti orang yang tidak mengaji agama lansung!
Bagai si merak dan pipit..juga bagai langit dan bumi!
Siapalah kita berbanding ulama’-ulama’ yang terdahulu?
Mereka telah diberi keistimewaan oleh Allah swt dalam memahami agamaNya dengan lebih
faqih.Sedangkan kita?Mahu memahami yang asas pun sudah terkebil-kebil!
Ada hati mahu berijtihad tanpa merujuk ulama’-ulama’ mazhab
.

Allah berfirman,mafhumnya :

(Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir(alim ulama’) seandainya kamu tidak mengetahuinya)An Nahl:43

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud
:

[ Sesungguhnya ulama' itu adalah pewaris para Nabi.Para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham.Mereka hanya mewariskan ilmu.Maka barangsiapa yang mengambil ilmu (warisan ilmu)tersebut,ia telah mengambil habuan yang paling sempurna].
Hadith riwayat Ahmad,Tarmidzi,Abu Daud dan Ibnu Majah.

Di dalam kitab Al Mustasfa,berkata Imam Ghazali :

[ Bagi golongan awam adalah wajib bagi mereka meminta pendapat dan mengikut(bertaqlid) dengan ulama’].

Rasanya sudah jelas.
Wajib kita mengikut para ulama’!
Tetapi kenapa masih menyombongkan diri?!Hidung tinggi!
Mereka mendakwa dengan Al Quran dan Sunnah sahaja sudah cukup untuk mengambil hukum,maka sesiapa yang tidak mengikut pendapat mereka adalah jumud dan tidak memahami dalil.Sedangkan adakah mereka benar-benar faham Al Quran dan Hadith Rasulullah saw yang jelasnya berbahasa Arab itu?Mereka berani mangatakan bahawa Ulama’ terdahulu tidak maksum.Ya,benar.
Jadi,adakah mereka pula
maksum??Tidak!Tiada siapa yang berani menafikan, bukan?

Memetik kata-kata Imam Al Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu’.
Begitulah sifat mereka.

Ulama’ dan kita sama.HambaNya.Manusia biasa.
Jadi,perbezaannya di mana?
Maka..bezanya kita dan para Ulama’ ialah mereka seribu kali jauh lebih memahami nas-nas Quran dan Hadith sebelum meng
istinbatkan hukum berbanding kita.Jadi secara logiknya,memang kita perlu bermazhab!

::Kalau nak ikut logik..



Beginilah,senang cerita.Kita yang mengaji agama mungkin sudah faham mengenai hal ini.Tetapi bagi ribuan masyarakat di luar sana,untuk memahaminya kita boleh andaikan seperti ini…



Kita semua perlu makan untuk hidup.Paling simple pun,kita makan ikan dan sayur.Betul?
Jadi,kalaulah kita semua diwajibkan untuk mendapatkan ikan dan sayur tadi sendiri,maknanya kita semua perlu berenang atau mempunyai kemahiran menangkap ikan dan kemahiran bercucuk tanam,bukan?
Persoalannya disini,adakah kita semua diberi dan mempunyai kemahiran tadi?Sudah tentu tidak,bukan?
Ada yang pandai,ada yang tidak.Fitrahnya begitu.

Yang pandai,akan mendapatkan apa yang diperlukan.Dan selebihnya, mungkin saja lemas di lautan sana.
Jadi,apalah salahnya jika kita ‘membeli’ ikan dan sayur tadi daripada ‘mereka yang ada kemampuan ‘untuk mendapatkannya??Kan lebih senang?Tidaklah kita lemas atau terjatuh ketika baru hendak ‘cuba-cuba’ untuk berenang.Right?

Contohnya lagi..Cuba anda bayangkan..
Andai kata kita semua mahukan emas (mungkin terutamanya bagi golongan wanita).Undang-undang ketika itu menetapkan,bahawa sesiapa yang mahukan emas perlulah melombongnya sendiri!
Kena gali dan proses sendiri sampailah terjadinya rantai,gelang,cincin dan seumpamanya.
Hah!Kan pening tu..??Kalau begitu.. alamatnya,terpaksalah setiap lelaki yang bakal berkahwin melombong emas terlebih dahulu sebelum melansungkan akad nikahnya.^_^
Buat apalah pening-pening dan susahkan diri pergi melombong emas?Kan kedai-kedai emas sudah ada depan mata?Beli dari mereka dan lansungkan saja niat baik tadi!

Senang,kan?!

See..?
Kita tidak sehebat mereka (para ulama’).
So,obviously..kita perlukan mereka!

Kita perlu merujuk dan mengikut pandapat-pendapat mereka terhadap sesuatu hukum sebelum melaksanakannya.
Kita perlu bermazhab!As simple as that!

:: Aku,kamu dan kita bermazhab!

Berdasarkan dalil Quran,Hadith dan pendapat para Ulama' tadi sudah terang lagi bersuluh,siap ber’torchlight’ lagi..memang wajib untuk kita mengikut ulama’ yakni bermazhab.
Bagi masyarakat awam,berhati-hatilah dalam mencari ilmu dan berguru.Bertanyalah pada mereka-mereka yang bebar-benar faham agama dan bukannya berlagak faham.
Bagi kita yang masih menuntut pula,mengajilah!
Dan mengaji itu biar benar!
Mengaji itu biar habis!
Mengaji itu biar betul-betul!
Mengaji itu biar membuatkan kita lebih kenal,rapat dan takut pada Allah swt!
Bukan dengan mengaji,kita jadi sombong!
Bukan dengan mengaji kita anggap kita sudah ‘pandai’..!

Wallahu Subhanahu Wa Taala A’lam..

Monday, April 19, 2010

Cinta Berbalas!

Beberapa hari yang lepas seorang exco PSS (Persatuan Siswazah Sabah) telah menghubungi saya, ekoran pertanyaan dan langkah awal saya untuk men’taqdim’ mereka.Lagaknya seperti seorang gadis yang diterima cintanya..saya berasa sangat gembira~ ^_^

Kepulangan saya ke tanah air pada tahun 2008 yang lalu,saya lebih banyak meluangkan masa di rumah dan membantu ayah di kedai.Kali ini,Insyallah kepulangan saya ingin saya manfaatkan sepenuhnya bukan semata-mata untuk melepaskan rindu kepada keluarga tercinta tetapi juga dengan memberi manfaat kepada orang lain.InsyaAllah kita bertemu di sana!

http://siswazabah.blogspot.com/

Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya..bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya..~ Laskar Pelangi 2008

Monday, April 12, 2010

Berteduh Di Kebun Cinta

Sebuah buku keluaran terbaru PMRAM yang saya ‘temui’ semasa menghadiri Muktamar Hewi PMRAM sesi 2009 kemarin.Bukan sebuah novel mahupun cerpen tetapi isi kandungannya cukup menyoroti 3 tajuk utama.

Motivasi,Cinta,Dakwah.


‘Penjelajahan’ baru bermula.Namun sudah cukup menarik perhatian pembaca.
Di sini,Ina ingin berkongsi beberapa rangkap yang terdapat di dalam buku ini.

Hidup ini umpama roda,sebagaimana kita mahu ada seseorang untuk menunjukkan kita jalan dan memperingatkan kita setiap kali alpa,begitu juga dengan orang-orang lain akan mengharapkan perkara yang sama’.

‘Inilah sunnah jalan perjuangan kita,berusaha ke arah kebaikan adalah jihad,mengajak orang lain berubah dengan usaha dakwah kita adalah jihad,menyumbang idea-idea membangunkan modal insan adalah jihad,tarbiyyah adalah jihad kerana semua ini hanya orang mempunyai mujahadah tinggi bisa melakukan anjakan’.

‘Bila terasa ringan melakukan kebaikan,berat melakukan kejahatan.Mudah merendah diri.Mudah rasa berdosa dan segera bertaubat.Tutur kata menjadi lembut dan senang sekali untuk membuat kebaikan.Maka,dengan mudah seorang hamba jatuh cinta kepada Maha Pencinta.Mudahkan…tapi perlu sedikit mujahadah,kerana hidup seorang pejuang di dunia adalah pahit kerana mahar cintaNYA di Syurga adalah manis’.



‘Cinta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman.Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini.Terlalu sayang,sayang sangat-sangat hingga bisu untuk menegur kesalahan,sudah ketara,tapi buat-buat lupa.Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama menjadi buta,gelap gelita.Ya,bila ujian Allah Taala datang mendidik diri,baru tersedar,baru terngadah.Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini.Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha,terima hakikat’.

Wahai sahabatku,janganlah bermimpi untuk bercouple jika anda tidak cukup sayang kepada Allah Taala,Nabi dan keluarga.Anda tidak berlaku adil jika sanggup sayangkan perempuan,mahupun menyayangi lelaki yang belum muktamad menjadi suri hati kalian lebih daripada yang lain.Alangkah indah dan bahagianya bila Islam menjaga hubungan kita sesama muslim’.

*Temui penulis buku ini di www.puteraazhari.blogspot.com

:: Baru melewati laman 58.Akan bersambung,Insyallah..
Bagi sahabat sahabiah yang berada di Perlembahan Nil ini mungkin bolehlah mendapatkan buku ini di markaz-markaz PMRAM yang terdekat.




Sunday, April 4, 2010

Nama-nama ALLAH yang mulia.


Asmaa’ul Husna ialah himpunan nama-nama Allah swt yang penuh dengan kebaikan,keagungan dan kesempurnaan.

Sebaik-baik zikir adalah Asmaa’ul Husna dan Allah swt telah menyeru kita supaya mengingatinya pada setiap masa.

Sabda Rasulullah saw :

(Sesungguhnya Allah swt mempunyai 99 nama,(kurang satu daripada 100).Maka barangsiapa yang menghafalnya akan dimasukkan ke dalam syurga).

Menurut Muhaqqiqun,maksud 'menghafal' disini adalah memahaminya serta beramal dengannya.Berakhlak dengan akhlak yang terkandung padanya serta mengenali Allah dengan sebenar-benar Makrifah.



Ibnu Qayim Al Jauzi di dalam Hadith di atas menjelaskan,untuk memasukkan kita ke dalam syurga Allah Taala, 3 langgah perlu diambil sepertimana berikut:

1-Menghafal bilangan dan lafaz-lafaznya.
2-Memahami makna dan pengertiannya.
3-Berdoa kepada Allah Taala dengan wasilah Asmaaul Husna.

Allah berfirman,mafhumnya:

(Hanya milik ALLAH SWT Asmaa’ul Husna,maka mohonlah kepadanya dengan menyebut Asmaaul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNYA.Kelak mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan)
Al Aaraf:180

~ Laa Tansa..Zikrullah..^_^

Antara Suka dan Dakwah

Cuti musim panas yang diluangkan bersama keluarga di Sabah pada tahun 2008 yang lalu,bagai 10 tahun yang lepas!
Rindu ini memuncak!!
Ketika itu,ayah telah menghadiahkan laptop ini,dan Alhamdulillah masih diguna
sebaiknya hingga ke saat ini.
Ku namakan ia ‘Imraatun’.
Mungkin kerana ia diisi dengan segala luahan hati, lukisan imaginasi dan hasil tulisan seorang gadis.Hehehe..Comel! ^_^


‘Imraatun’ telah masuk umur 2 tahun setengah.Sepanjang tempoh itu ia setia menemani.
Ya..mungkin ia tidaklah membantu ku untuk membuat tugasan-tugasan kuliah,memandangkan kami memang tidak ditaklifkan pun.Namun,ia sangat banyak membantu ku untuk menyiapkan kerja-kerja persatuan yang kira banyak jugalah..Alhamdulillah..

Tika aku rindu,ia juga menemani ku untuk menghubungi insan-insan tersayang yang jauh di sana.Tidak lupa juga,ia menjadi medan ku untuk mencurahkan pendapat,idea,dan meng'up-date' blog ini.Ina suka menulis!Ina suka menaip!Mana satu yang betul ya??Ermm..kedua-duanya sekali tepat!

:: Kenapa Aku Menulis..?


Allah berfirman yang mafhumnya,

{Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang Mukmin} Adz Zaariyat:55

Ayat ini pernah sangat ‘mesra’ dengan ku satu ketika dulu.Walaupun pendek.membawa makna yang mendalam bagi mereka yang memahami.Syukran untuk itu!
Aku menulis..kalau mahu disebut ‘Tazkirah’..ermm..terasa belum layak pula.
Namun aku terus menulis..kerana part yang paling disukai ialah bilamana aku menulis...

Aku juga bermuhasabah sama!
Aku sebenarnya menasihati diri yang lemah ini!
Aku juga melihat jauh ke dalam lubuk hati..
Aku cuba untuk membasuh sisa-sisa kekotoran dosa yang bertapak di sanubari!
Aku memberi peringatan demi peringatan!


Di samping itu,Kalam Rasulullah saw juga menegur ku..

{Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat..}

Lantas,aku juga ingin berkongsi!
Walau cuma secebis ilmu di dada,aku ingin sampaikan sebanyaknya!

Ditegur lagi..

{Daripada Abu Said Al Khudrie ra katanya,aku telah dengar Rasulullah saw bersabda :
“Sesiapa dari kalanganmu yang melihat kemungkaran,maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan(kuasa),jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisan,jika dia tidak mampu juga maka ubahlah dengan hati.Dan itu adalah serendah-rendah iman”}


Terpanah lagi!
Aku juga punya tanggungjawab untuk berdakwah!
Yang haqq itu haqq,dan yang batil itu batil.Maka,sampaikan!
Aku sendiri tidak tahu..berapa banyak mata sebenarnya yang membaca dan singgah di teratak Wardatul Asfar ini.
Sedikit cuma.Pasti.
Namun..semua yang baik itu dari Allah swt,maka ambillah!
Usahlah dilihat pada hamba hina yang menuturkan kalam,tetapi lihatlah pada apa yang disampaikan.Kerana,yang jelek itu semuanya lahir daripada sifat kekurangan dalam diri sendiri.
Wallahu Subhanahu Wa Taala A’lam..~

** ‘Imraatun’ sejak dua menjak ini,kelihatan seperti ‘sakit’.
Ermm..umur baru setahun jagung,sudah menunjukkan tanda-tanda ‘tidak sihat’.
Mudah-mudahan ‘panjang umur’nya…^_^

Saturday, April 3, 2010

Aku Seorang Pengampu!

‘Mama..Papa..ada apa-apa adik boleh tolong tak?’kata si anak kecil.
‘Eh..adik sihat ke?Takde angin takde ribut tiba-tiba nak tolong?..Adik nak apa sebenarnya ni?’
‘Hehehe..papa..
’sahutnya manja.’Boleh tak belikan adik Play Station?’
Ayah ibu tersenyum~..

Begitulah kita.
Bila ada sahaja yang dihajati di dalam hati,mulalah mengampu pada mereka-mereka yang ‘berkaitan’ dengan harapan apa yang diingini tadi dapat dipenuhi.Apa sahaja mungkin sanggup dilakukan.Yang penting,dapat!Kita semua pernah mengampu.
Anak kepada ayah dan ibunya.
Pelajar kepada gurunya.
Adik kepada kakak atau abangnya.
Mungkin juga seorang kekasih kepada kekasih hatinya.
…..Ermm,ya.Mungkin…..

:: Awal April 2010

Fatrah Imtihan semester kedua akan datang ‘menjemput’ tidak lama lagi.
Pentaklifan untuk mengajar adik-adik di Iskandariah tahun 1 belum sempat disiapkan.Di’taqdim’ pula oleh adik-adik yang berada di Kaherah.Sementara..kitab-kitab tahun 3 itu masih ‘bersih’.
Kerisauan menjenguk.
Hati bimbang.
Mahu ditolak.. tidak sampai rasanya hati ini.
'Sudah masuk bulan 4..tinggal berapa lama sahaja lagi untuk kita study,kan?'
'Kau sendiri perlukan masa untuk menelaah madah tahun 3..'
Kata-kata seorang teman yang meggerunkan aku.

Aku menangis.
Seperti yang selalunya terjadi.
Terasa diri ini lemah sekali!!
Terkadang diri ini cemburukan teman-teman yang kuat semangatnya.Mengalirkan air mata jarang sekali.Aku berbisik sendiri..’Tabahnya mereka..’.
Tangan ini ku genggam sekuatnya.Menahan diri daripada menangis lagi.
Berusaha cuba menjadi seperti mereka.
Ku genggam..Kuat!..Dan kuat lagi..!!
Namun,pipi dibasahi juga.Lemah~Aku tidak seperti mereka.
Lantas fikiran jauh menerawang..
Pada siapa harus aku mengampu??
Pada siapa harus aku meminta pertolongan??

'Ayat-ayat cinta bercerita..'

{Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan hambaku yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran)} Al Baqarah : 186

(Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar}Al Baqarah :153

Ku sambut ayat-ayat cinta tadi dari TuhanKu..
Sabar…dan kerjakan solat!
Ku temui jawapannya.


Aku akan mengampu!
Bangun malam..Minta,minta dan terus meminta!Dikala insan lain lena,aku menagih belas kasihan Tuhanku..
Aku mohon moga Dia memberi kekuatan.Kekuatan yang tidak mungkin aku dapat dari sesiapa pun.Hatta daripada ayah dan ibu yang jelas memberi sokongan yang tidak putus.
Aku akan mengampu!
Dengan berusaha menjauhi laranganNYA dan taati suruhanNya seikhlasnya.
Aku akan mengampu!
Dengan berbuat baik kepada semua tanpa mengharapkan balasan insan tetapi sedar,ganjarannya seribu kali lebih baik.
Aku akan mengampu!
Dengan membantu AgamaNya..serta yakin bahawa barang sesiapa yang membantu Agama Allah kelak Allah akan memberikan nusroh kepadanya.
Aku akan mengampu dan terus mengampu..
Walaupun aku tersangat malu padaNYA..
Kerna ku tahu,hanya Dia tempatku mengadu..
Hanya Dia yang Maha Mendengar segala pengaduanku..~

Thursday, April 1, 2010

Senni Seviyoroum~


Selamat ulangtahun kelahiran yg ke47 tahun(1.4.1963),buat ibu tersayang,Puan Usmiah Hussin.

'Ya Allah,limpahkanlah rahmat,kasih sayang dan cintaMu padanya,demi memelihara kesejahteraan dan kebaikannya.Lindunginya sentiasa kerna ku tahu,hanya KAU yang mampu menjaga dirinya lebih baik berbanding diriku dan yg lain..Amin..

:: Sentiasa bersama Ina tika suka dan duka,terima kasih Ibu.
Sentiasa memberi sokongan dan dorongan,terima kasih Ibu.
Sentiasa memberi kepercayaan pada diri ini,terima kasih Ibu.
Dan,tikamana menjadi ibu yang terbaik untuk Ina selamanya,terima kasih Ibu.
Ina SAYANG Ibu..Infinity~