Monday, June 22, 2009

Nasihat Buat Si Kucai

Tika menerima amanah
Kau perlu gagah
Kerna di bahumu
Kau memikul tanggungjawab
Kau mendapat kepercayaan
Padamu diletak harapan..

Walau adakalanya kau rasa lemah
Kau perlu kuat
Tunaikan ia sedayamu,sebaikmu
Saat kau lemah
Pintalah kekuatan dari Nya
Agar medan ini menjadi satu ibadah di sisiNya
Menjadi satu wadah berdakwah
Maka, beban terasa indah..

Berkata Sahara kepada Si Kucai..
‘Al Quran mengingatkan, kepimpinan seseorang
tu akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat’..

Timbalan BDAT BKPSM 08/09

Saturday, June 20, 2009

Selesai~



AL-HAMDULILLAH…18 Jun 2009 bukan sahaja menjadi hari ulang tahun kelahiran Ina tapi pada tanggal ini juga,Ina telah selesai menduduki Imtihan terakhir bagi Azhariah Syariah tahun 2.Rata-rata ‘penduduk’ Imarah Sabah ada yang sudah terlebih dahulu ‘merdeka’ dari Ina beberapa hari lebih awal.Rasa gementar untuk menghadapi 13 madah bagi Mustajidah dan 2 madah manqul sudah reda,tapi kini,gementar itu masih ada.Kali ini gementar untuk menanti natijah yang dijangka akan keluar pada bulan Julai atau Ogos ini.


Selesai sahaja Fatrah Imtihan ini,Ina dan rakan-rakan masing-masing menyuarakan harapan dan doa.’Ya Allah…mudah-mudahan najah kita tahun ni,Na’.Sejujurnya rasa bimbang itu memang ada.Tapi yakinlah bahawa Allah Maha Melihat akan segala usaha dan penat lelah kita sebelum ini,dan DIA juga Maha Adil.Berdoalah..tanpa ada rasa putus asa dan berbaik sangkalah pada NYA.



Di dalam kitab As-Sahih,Nabi s.a.w telah bersabda :

‘Apabila salah seorang daripada kamu berdoa,maka janganlah dia berkata : Ya Allah,ampunilah aku jika Engkau mahu’ tetapi hendaklah dia berdoa dengan bersungguh-sungguh dan melahirkan kesungguhan keinginannya.Sesungguhnya Allah sedikitpun tidak merasa besar terhadap apa yang dikurniakannya’.


Allah berfirman dalam Kitabnya :

“Dan berdoalah kepadaNYA dengan perasaan bimbang (kalau-kalau diterima) dan juga dengan perasaan berharap (supaya dimakbulkan).Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan”. Al A’raf:56

Sahabat-sahabat mungkin juga mengalami waktu dimana ada madah-madah tertentu yang dirasa agak sukar dan frust.Yang penting kita sudah buat dan cuba yang terbaik bagi diri kita.Selebihnya kita berdoa dan tawakkal pada Nya.

فاذا عزمت فتوكل على اللة
“Maka, apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah” Al Imran:159


Semoga ilmu yang telah kita pelajari ini,’kekal’ bersama kita bukan hanya untuk ditinggalkan pada kertas jawapan yang telah dihantar,tetapi kekal di dalam dada kita.Sesunggunhnya ilmu tanpa amal,seumpama pokok yang tidak berbuah.AMIN…

P/S: Doakan kejayaan bersama~

Bertambah Setahun Lagi


‘KAK LINA,kak lina..bangun.Ada orang cari di luar.’Membuatku terjaga dari lena.’Esok ada paper last...Sepa lagi cari tengah-tengah malam buta ni?’Tudung dicapai.Kaki melangkah malas.Pintu dibuka.Gelap.Tiba-tiba siren amaran Imarah Sabah memecah kesunyian.Panik.Tiba-tiba..

‘Selamat Hari Jadi..selamat hari Jadi..
Selamat Hari Jadi Lina..selamat hari jadi..!!'

‘Ya Allah…jangan kamu bising..Adeiii…malu kita..’ Terharu..Biarpun tiada keluarga disisi untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran Ina ni,tapi sahabat-sahabat setia menemani,mengingati dan sudi sama-sama meraikan.Ketika kami sedang berkumpul dan makan kek yang mereka belikan tiba-tiba Leha matikan semua lampu dan berkata ,’Lina..nah khas dari orang jauh’.Hairan.Huhuhu..rupanya adik Tika yang tidak dapat meraikan hari istimewa Ina bersama-sama kerana keberadaannya di Iskandariah telah mengedit sebuah videoklip hari jadi untuk Ina..huhuhu…Terharu,gembira,sedih..Ermm..Ala kulli hal syukran untuk semua yang mengingati hari lahir Ina dan mendoakan Ina.Hadiah tiada pun,ndak pa pun.Gembira kamu ada di sisi Ina setiap hari dan menemani hari-hari yang mendatang…Sayang kamu semua!!~


***************************************************************************


SETINGGI-TINGGI kesyukuran dipanjatkan kepada Pencipta Alam dan seisinya,Allah Swt kerana dengan Qudrah dan Iradahnya pada tanggal hari ini(18 Jun),genaplah Ina berusia 21 tahun.Terima kasih Allah… Atas kesempatan yang masih diberikan untuk diri ini menghirup udara Mu,mata ini masih mampu melihat ciptaanMu,telinga yang masih bisa mendengar,lidah yang masih mampu berbicara,bibir yang masih boleh mengukir senyum dan kekuatan yang diberi untuk terus beribadah ,menghambakan diri sepenuhnya kepadaMu.Ya Allah..Pimpinlah diri ini dalam perjalananku meniti kehidupan sebagai seorang Mukminah.Sebagaimana usia ini bertambah,tambahkanlah juga Hidayah, Inayah dan Rahmat Mu agar tidak aku hanyut terlena dengan permainan dunia.Ya Rabbi..Maghfirah Mu ku pohon setingginya..Ampunkan dosa hambaMu yang hina ini dan terimalah pengakuanku..Sesungguhnya Solatku,Amalku,Hidup dan Matiku hanya kerana mu,YA ALLAH..

Buat Ayah Ibu tercinta..Seindah mana pun sajak dan puisi yang cuba dinukilkan,tidakkan mampu untuk mengambarkan ucapan terima kasih yang lahir dari hati ini.Tanpa ayah dan ibu,diri ini tidakkan mampu melihat dunia dan berdiri sebegini pada hari ini.Walau berjuta hadiah diberikan,tidakkan sama dengan penat-lelahmu membesarkan dan mendidik diri ini.Tiada nilai yang setanding untuk mengantikan setiap titik susu ibu yang diminum dan setiap titik keringat ayah yang bersusah-payah mencari rezeki.Terima kasih kerana telah memberi Ina kakak dan adik-adik yang melengkapkan kisah hidup Ina yang membahagiakan..Apa lagi yang hendak Ina pinta sempena hari lahir ini?Tiada apa..Itu semua sudah lebih daripada cukup. Ayah ibu..Terima kasih banyak..Ina sayang kamu..Infinity~

Buat sahabat-sahabat dan teman Ina…Terima kasih kerana selalu berada disisi.Sudi berkogsi kegembiraan dan kedukaan bersama,bersabar dengan kerenah Ina,sudi memujuk tika diri ini merajuk ,membuat Ina tersenyum selalu dan menyayangi diri ini seadanya.Kalaupun setiap ulangtahun kelahiran ini disambut tanpa hadiah..diri ini akan tetap gembira dan bersyukur.Kerana sesunguhnya ..Kalian juga adalah ‘hadiah’ terbaik dalam hidup ini.

Friday, June 12, 2009

Memori UM,Kuala Lumpur



MAHU di jadikan cerita,sebenarnya Universiti Al-Azhar yang menjadi tempat Ina menimba ilmu sekarang ini bukan bukanlah universiti pertama bagi Ina.Hakikatnya,kali pertama kaki ini melangkah ke alam Pengajian Tinggi adalah sewaktu melangkah masuk ke Universiti Malaya,Kuala Lumpur pada tahun 2007.Jadi,Ina terlebih dahulu memegang title Mahasiswi UM,berbanding Azhariah.

Bulan ini ,Ina dikejutkan oleh salah seorang kakak,teman Ina dari UM,yang mengatakan bahawa dia berada di Mesir!!Rupanya keberadaan mereka disini adalah untuk mengikuti Kursus Bahasa Arab selama sebulan yang diadakan di Universiti Kaherah.
Pertemuan yang dirancang,mengubat hati yang dibebani rindu.Kami saling bertukar-tukar cerita dan pandangan mengenai dua suasana menuntut ilmu yang berbeza sama sekali.Ternyata, samada belajar di IPTA ataupun universiti luar Negara mempunyai Pro and Contra yang tersendiri.Dan itulah faktor yang pernah menyebabkan Ina berada di dalam dilema untuk memilih 1 antara 2.Walaupun kita merancang,tetapi perancangan Allah untuk hambanya itu adalah yang terbaik. Alhamdulillah..iradahNYA membawa Ina ke sini.

{Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui} AlBaqarah:216


Tika bertemu dengan kakak,Ina teringat kenangan selama beberapa minggu yang dihabiskan disana.Kolej 10,Dewan Tunku Canselor dan Akademi Pengajian Islam banyak meninggalkan kenangan manis buat diri bersama teman-teman.Dan tatkala sudah bergelar Azhariah disini,diri mula menyedari betapa berbezanya dua Universiti ini.Berbeza dari segi kampus,kemudahan yang disediakan,cara pembelajaran,pergaulan,sistem kuliah dan sebagainya.Ternyata bagi Ina,belajar di negara asing lebih membutuhkan pengorbanan,usaha yang gigih,independent ,semangat dan kecekalan.Mungkin satu hari nanti,kaki ini akan berpeluang memijak bumi Universiti yang tertua di Malaysia itu sekali lagi.Ermm..dalam rancangan meneruskan pengajian di peringkat Master,mungkin??InsyaAllah..

Yang penting,dalam perjalanan kita mencari ilmu ALLAH yang amat luas ini,niat perlu ditajdidkan selalu agar kita sentiasa thabit dalam hadaf yang satu.Doa Ina buat kak Irna dan rakan-rakan lain disana,semoga kita berjaya mencapai cita-cita masing-masing dan segala impian terealisasi dengan izin-NYA.Walaupun kita memijak bumi yang berbeza tetapi tujuan kita sama.LILLAHI TAALA…Semoga kita akan menjadi Srikandi yang kukuh pegangannya dalam menegakkan Kalam ALLAH di muka bumi ini.Kitalah ‘harapan’ yang dinanti...

Monday, June 8, 2009

Biasakan yang betul,Betulkan yang biasa..



TATKALA mata terpandang pohon yang lebat berbunga merah,spontan..’Waaahhh..cantiknya!!’Seketika berlalu..diri mengeleng sendiri.’SUBHANALLAH..cantik’..(monolog dalaman menegur diri sendiri..hehe).Sedar atau tidak dan mengaku atau tidak,mungkin kita sudah terbiasa…Bila diberi hadiah atau pemberian dari seseorang, kita lebih dahulu mengucapkan ‘Wah seronok..bertuahnya aku!’.Ataupun apabila sudah selesai mengisi perut yang lapar,mulut lebih ringan menyebut ‘Ahhh…kenyangnya ‘ berbanding ‘ALHAMDULILLAH’.Bila diri melakukan kesilapan , kita lebih senang menyebut ‘Alamak!!Salah pula..’ berbanding kita mengucapkan ‘ASTAGHFIRULLAH AL – AZIM’.Bila mendapat berita yang menyedihkan mulut cepat saja mengucapkan ‘Iya??Kesiannya….’ berbanding ‘INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN’.Contoh yang paling hampir..Bila bertemu dengan teman lebih selesa menegur dengan ‘Hai,dari mana??’ dan mengakhiri sebuah pertemuan dengan ‘Bye..jumpa lagi’ berbanding dengan mengucapkan ‘ASSALAMMUALAIKUM’.Persoalannya,salahkah?Salahkah jika kita menyebut dialog-dialog yang sedemikian?Dialog yang sudah biasa dan sebati dalam kehidupan seharian kita.Ucapan yang sudah diucapkan munzu zaman. Tetapi bukankah ucapan yang berupa zikir adalah lebih baik?

Allah berfirman mafhumnya:{ Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.} (Al Ahzab:41)

Sebenarnya kalau diperhati dengan teliti,tidak semua perkara atau perbuatan yang kita sudah biasa lakukan adalah betul.Sedangkan sesuatu yang betul itu ,disebabkan ia tidak biasa kita praktikkan,lantas ia menjadi sesuatu yang ‘luar biasa’.Lantaran itu, pepatah ‘BIASAKAN yang BETUL,BETULKAN yang BIASA’ amat penting untuk kita ‘post-mortem’ semula dan diamalkan dalam putaran hidup seharian.



Realitinya pada zaman ini,banyak perkara yang sememangnya tidak betul dari segi Syara’ terutamanya,sudah menjadi satu kebiasaan,sehingga ia seolah-olah sudah tidak menjadi satu kesalahan ataupun dosa.Si Ibu berkata,’Zamarul,anak makcik tengah bersiap tu..Pergilah ajak dia berjalan-jalan,tapi jangan balik lewat sangat tau!’.Dialog yang sudah biasa tapi betulkah tindakan ini?Keluar berdua-duaan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah.Bagaimana pula??Entah fesyen dari mana,berbaju singkat tanpa lengan tapi bertudung.Sudah biasa kelihatan bukan?Rating penonton Akademi Fantasia,One In A Million,Malaysian Idol jauh lebih tinggi berbanding penonton Al-Kulliyah dan Forum Perdana Ehwal Islam.’Alaaa..biasala tu’.Sudah tidak menghairankan lagi.


Allah berfirman mafhumnya: ’ Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, Dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.’
(Al Baqarah:208)


Firman Allah Swt dalam KitabNYA :’ Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.’ (Al Baqarah:42)


Maka di sinilah peranan para Daie amat penting untuk ‘membetulkan yang biasa’ ini balik semula kepada keadaan yang sepatutnya.Bermula dari aspek seorang individu,keluarga,masyarakat dan seterusnya Negara.Semoga perlahan demi perlahan ,kita dapat mendidik diri kita supaya kita dapat mempraktikkan satu pepatah baru iaitu…‘Biasakan yang betul dan sempurnakan yang sudah betul’(terutamanya kepada si penulis..hehe)..Pada individu pula,ayuh kita koreksi diri,memerhati sejauh mana yang kita buat selama ini adakah betul atau sebaliknya???Tepuk dada tanya Iman…^_^ WALLAHU SUBHAANAHU WA TAALA A’LAM…

Ruginya berdakwah tanpa hikmah


DUA orang jiran.Seorang Islam dan seorang lagi Kristian.Kedua-duanya sangat akrab.Masing-masing saling mengambil berat di antara satu sama lain.Jadi mereka saling bertanya khabar dan sering bertukar pandangan dari masa ke semasa.Jiran yang beragama Islam,sebagai seorang yang beragama dan warak menceritakan yang terbaik mengenai agama Islam sehingga akhirnya jiran Kristiannya memeluk Islam.Malam tersebut berlalu dan masuk ke dinihari.Jiran Kristian yang kini,adalah saudara baru terdengar ketukan kuat di pintu rumahnya.

Dalam nada yang terkejut dan resah,beliau bertanya dengan kuat :
‘Siapa itu?’

Dari arah belakang terdengar suara yang kuat, ‘Saya adalah si polan,si polan’ memperkenalkan dirinya.

Beliau adalah jiran Islam tadi yang mendapat penghormatan kerana mengislamkannya.

'Apakah yang awak kehendaki pada waktu lewat begini?’

‘’Cepat pakai baju dan ambil wudhuk,kita ke masjid sama-sama’.

Maka saudara baru pun mengambil wudhuk untuk pertama kali dalam hidupnya dan keluar ke masjid bersama-sama sahabat Islamnya.Mereka tiba awal,sebelum waktu solat.Ia adalah waktu bersembahyang sunat (selepas dua pertiga malam).Mereka bersembahyang sehingga waktu fajar,masa untuk bersembahyang solat wajib Subuh.Mereka bersembahyang Subuh dan kemudian berzikir dan berdoa sehinggalah siang hari.Apabila saudara baru bangun untuk balik,sahabatnya menahan :

‘Awak nak ke mana?’

‘Saya hendak balik.Saya sudah solat Subuh.jadi tak ada apa lagi yang hendak di buat.’

‘Tunggu sekejap dan berzikirlah sehingga matahari naik,’kata sahabatnya.

‘Baiklah,’kata saudara baru.

Dia pun duduk dan berzikir sehingga matahari naik.Apabila dia bangun untuk balik,kawannya meletakkan Al Quran di tangannya dan berkata,’Bacalah sehingga matahari naik lebih tinggi sedikit.Dan saya nasihatkan awak berpuasa hari ini.Tidakkah awak tahu betapa tingginya nilai dan banyaknya manfaat puasa?’

Maka saudara baru itu pun menurut seperti apa yang disarankan oleh kawannya, dan beliau pun terus menbaca Al Quran sehinggalah hampir tengahari.

Jiran yang Islam berkata,’Sekarang hampir tengahari,adalah lebih baik kita mendirikan solat Zohor di masjid.’

Mereka pun bersembahyang Zohor bersama-sama di masjid.Kemudian jiran Islam berkata,’Dalam sedikit masa lagi akan masuk waktu Asar.Kita mesti menunaikannya tepat pada masanya.’

Sembahyang itu pun di tunaikan.Kemudian katanya lagi ,’Hari telah hampir petang’ dan saudara baru itu ditahan pula untuk sembahnyang Maghrib.Apabila saudara baru bangun untuk berbuka puasa,jirannya berkata ,’Ada satu lagi solat untyuk kita dirikan sebelum kita tidur.Namanya solat Isyak atau solat waktu tidur.’Mereka menanti hampir sejam untuk waktu Isyak.Selepas itu saudara baru pun bangun dan terus balik.

Keesokan harinya,pada masa yang sama pada waktu malamnya ,dia sekali lagi terdengar ketukan pintu rumahnya.

‘Siapa di sana?’

‘Saya adalah si polan,si polan.. jiran awak.Cepat pakai baju dan ambil wudhuk untuk ke masjid bersama-sama’.

Saudara baru tadi menjawab ,’Sebaik sahaja saya balik dari masjid semalam,saya terus menarik diri dari agama awak’.Tolong pergi dari rumah saya dan cari lelaki lain yang sempurna dan tidak ada apa yang untuk dilakukan di dunia,supaya dia boleh menghabiskan masanya di masjid.Saya adalah lelaki yang miskin dan punya anak isteri untuk di tanggung.Saya terpaksa bekerja untuk menampung hidup.

Imam Jaafar Sadique menceritakan kisah ini kepada sahabat-sahabatnya lalu berkata ,’Daripada kisah tadi seorang lelaki yang warak setelah mengislamkan seorang saudara baru,beliau sendiri yang menendang lelaki itu keluar dari Islam.Anda mesti memikirkan perkara ini dan tidak menganggu orang lain sesuka hati.Anda sepatutnya mengukur kekuatan seseorang dan kemampuannya dan bertindak sewajarnya,supaya mereka boleh tertarik kepada agama dan tidak melarikan diri selepas itu.Tidakkah anda tahu bahawa polisi orang-orang Umayyah adalah berdasarkan keganasan,penindasan dan intimidasi.Sedangkan cara dan kaedah kita adalah berdasarkan kepada kelembutan,persaudaraaan dan pujukan.’

(Sumber : Berdasarkan petikan The Muslim Reader vol.16,No.2 April-Jun 1998)