Saturday, June 20, 2009

Selesai~



AL-HAMDULILLAH…18 Jun 2009 bukan sahaja menjadi hari ulang tahun kelahiran Ina tapi pada tanggal ini juga,Ina telah selesai menduduki Imtihan terakhir bagi Azhariah Syariah tahun 2.Rata-rata ‘penduduk’ Imarah Sabah ada yang sudah terlebih dahulu ‘merdeka’ dari Ina beberapa hari lebih awal.Rasa gementar untuk menghadapi 13 madah bagi Mustajidah dan 2 madah manqul sudah reda,tapi kini,gementar itu masih ada.Kali ini gementar untuk menanti natijah yang dijangka akan keluar pada bulan Julai atau Ogos ini.


Selesai sahaja Fatrah Imtihan ini,Ina dan rakan-rakan masing-masing menyuarakan harapan dan doa.’Ya Allah…mudah-mudahan najah kita tahun ni,Na’.Sejujurnya rasa bimbang itu memang ada.Tapi yakinlah bahawa Allah Maha Melihat akan segala usaha dan penat lelah kita sebelum ini,dan DIA juga Maha Adil.Berdoalah..tanpa ada rasa putus asa dan berbaik sangkalah pada NYA.



Di dalam kitab As-Sahih,Nabi s.a.w telah bersabda :

‘Apabila salah seorang daripada kamu berdoa,maka janganlah dia berkata : Ya Allah,ampunilah aku jika Engkau mahu’ tetapi hendaklah dia berdoa dengan bersungguh-sungguh dan melahirkan kesungguhan keinginannya.Sesungguhnya Allah sedikitpun tidak merasa besar terhadap apa yang dikurniakannya’.


Allah berfirman dalam Kitabnya :

“Dan berdoalah kepadaNYA dengan perasaan bimbang (kalau-kalau diterima) dan juga dengan perasaan berharap (supaya dimakbulkan).Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan”. Al A’raf:56

Sahabat-sahabat mungkin juga mengalami waktu dimana ada madah-madah tertentu yang dirasa agak sukar dan frust.Yang penting kita sudah buat dan cuba yang terbaik bagi diri kita.Selebihnya kita berdoa dan tawakkal pada Nya.

فاذا عزمت فتوكل على اللة
“Maka, apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah” Al Imran:159


Semoga ilmu yang telah kita pelajari ini,’kekal’ bersama kita bukan hanya untuk ditinggalkan pada kertas jawapan yang telah dihantar,tetapi kekal di dalam dada kita.Sesunggunhnya ilmu tanpa amal,seumpama pokok yang tidak berbuah.AMIN…

P/S: Doakan kejayaan bersama~

No comments:

Post a Comment