Monday, May 18, 2009

Seorang Peminta

Mahu tidak mahu,kita perlu mengaku bahawasanya kita hanyalah insan yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan di sisi Khaliq.Walau sebaik dan sesempurna mana pun sesuatu perkerjaan yang kita lakukan,hakikatnya natijah yang mendatang di kemudian hari bukanlah hasil dari usaha kita semata,sebaliknya…"Iza Araada Syai'an Ai Yaquula Lahu Kun Fayakun". Oleh itu selesai sahaja membuat sesuatu pekerjaan dengan usaha yang termampu dan yang sebaiknya ,maka susulilah ia dengan doa bagi mengharap natijah terbaik sepertimana yang diinginkan.Sepertimana yang kita tahu,sesungguhnya doa itu senjata bagi orang mukmin.



Doa merupakan satu pengakuan bahawa kita mengaku, sesungguhnya Allah lah yang berhak secara mutlak terhadap setiap sesuatu.Selain itu, doa juga merupakan bukti bahawa adanya perasaan berhajat manusia kepada sesuatu yang lebih tinggi darjat dan kuasanya berbanding makhluk lain iaitu ALLAH SWT.Melalui doa juga,ia bisa memberi kita kekuatan dikala lemah,bercambahnya bunga-bunga harapan,dan terpasaknya keyakinan yang tinggi.Kerana jauh di sudut hati,kita percaya bahawa jika DIA membenarkan, tidak ada apa-apa yang mustahil.
Izan,setelah kita berusaha,berdoalah.Berdoalah dengan yakin bahawa DIA sentiasa mendengar permintaan dan doa hambaNya.

Maksud firman Allah swt : { Berdoalah kepadaKu nescaya akan ku perkenankan kepada mu.Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembahku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaaan hina dina } (Ghafir : 60 )

Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya : { Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Suci,Maha Tinggi,Maha Hidup,Maha Mulia,Sangat Malu kepada hambanya ketika hambanya berdoa mengangkat kedua tangannya, Sedangkan Dia membalas kedua tangan hambanya dengan tangan kosong } (Hadis riwayat Abu Daud)





Ada masanya,diri ini merasa malu.Sangat malu untuk meminta daripadaNYA.Meminta itu dan ini,permintaan yang tidak pernah habis.. Sedangkan diri penuh dengan dosa yang sudah entah berapa banyak agaknya..’Menggunung tinggi’..aku menjawab.Tetapi,diri yang selalu leka dan lalai daripada mengingatiNYA ini masih berani meminta dan mengharap.Huhhh!!..ke mana perginya perasaan malu itu???Diri tersindir sendiri.Di saat terjaga,hati bermonolog sendirian..’Bagaimana jika doamu terhijab kesan daripada dosa-dosamu?’Astaghfirullah Al Azim..Astaghfirullah..Ya Allah..hina sungguh diri ini…Terdetik..aku tidak layak sebenarnya untuk meminta.Kau tidak layak!!

Tetapi,disebalik semua rasa itu , Allah menghadiahkan kita dengan sifat Ar-Rahman,Ar-Rahim,Al-Latif,Al-Wahhab.Maha Suci Allah…Dan hakikatnya itulah yang membuat kita terus hidup dengan harapan dan mengharap kasih sayangnya.Ketahuilah, bahawasanya Allah amat rindu untuk mendengar permintaan dan rintihan hamba-hambaNya.Dan semoga dengan amalan ‘memohon doa’ kita itu akan sentiasa menyedarkan kita, bahawa kita ini sekadar hambaNya yang amat lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa tanpa izinNya.’Ya Allah..Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perkenankanlah doa kami.Sesungguhnya engkaulah sebaik-sebaik tempat meminta.Amin’

Sabda Rasulullah saw maksudnya : [Barangsiapa suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan,maka hendaklah dia memperbanyakkan berdoa di waktu senang ]

Seorang guru berkata..Orang yang tidak berdoa itu adalah mereka yang sombong kepada Allah.Ermm..ayuh kita sama-sama muhasabah diri.Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan mereka yang takbur dan lupa diri.Na’uzubillahi min zaalik.Wallahu Subhanahu Wa Taala A’lam….

******************************************

DI ANTARA ADAB-ADAB BERDOA :
1) Memelihara sumber rezeki seperti makan,minum dan pakaian dari sumber-sumber yang haram ataupun syubhah.
2)Berwudhuk,memulakan dan mengakhiri doa dengan Tahmid kepada Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.
3)Berdoa dengan jalan tawassul dengan amal soleh.
4)Berdoa dengan menghadap kiblat dan mengangkat kedua tangan.
5)Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan yakin bahawa doa akan diperkenankan.
6)Berdoa dengan keredhaan hati,jiwa yang ikhlas,merendahkan suara dengan perasaan takut akan azab Allah.

DI ANTARA WAKTU YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA :
1)Pada satu pertiga akhir malam.
2)Selepas menunaikan solat fardhu.
3)Hari Arafah.
4)Pada Bulan Ramadhan.
5)Satu waktu pada hari Jumaat.
6)Antara azan dan iqamah.
7)Ketika sujud dalam solat.
8)Ketika meminum air zam-zam.

No comments:

Post a Comment