Wednesday, June 20, 2012

24

Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran dirafa'kan kepada Allah swt kerana dengan izinNya hamba kerdil ini dilimpahi nikmat usia yang menjangkau angka 24. Syukran jazilan kepada ayah,ibu,keluarga, sanak saudara,sahabat-sahabat di Malaysia dan yang berada jauh nun diperlembahan Nil sana, kerana sudi mengirim ucapan dan doa. Istimewanya diri ini kerana dikelilingi insan tersayang seperti kalian.


Istimewanya tahun ini..
Setelah empat tahun meraikan ulangtahun kelahiran tanpa keluarga di sisi, tahun ini kami berkumpul dengan girang sekali..^_^

Istimewanya tahun ini..
Sudahlah raikan dengan keluarga tersayang, ada dua pula kek yang menanti untuk dihabiskan..Cheese and Chocolate cake..Nyum3 ^_^

Istimewanya tahun ini..
Target-target mau beli kitab ni guna duit gaji hujung bulan..Teringin sangat mahu memiliki..Tapi ia datang sebagai hadiah istimewa daripada insan tersayang..Syukran ibu,ayah! ^_^

Istimewanya tahun ini..
Menerima pemberian istimewa dari anak didik SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut~
Juga merupakan tahun pertama disambut sebagai seorang pendidik..
Alhamdulillah..Semoga Allah melimpahi dengan berkat dan nikmatNya..^_^

Istimewanya tahun ini..
Kegembiraan disambut bersama-sama seluruh umat Islam seluruh dunia tatkala salah satu parti Islam menang dalam proses pilihanraya. Semoga Allah memelihara 'negara kedua' ku, Mesir dan umat Islam seluruhnya..^_^


Allah..Allah..
Istimewanya tahun ini..
Terima kasih Allah..!


No comments:

Post a Comment