Cantiknya ‘berhibur’ cara Islam. Jom baca sesi soal jawab di antara Zizan (Maharaja Lawak) bersama Ustaz Azhar Idrus.
1. 'Apakah Hukum sambut countdown...?'
UAI: ‘Countdown tu mende...??’
Zizan: ‘Count tu, kire.. Down tu, bawah...2011 ke 2012..’
UAI: ' Count up la gitu..11 ke 12....'
Zizan: ^___^
> Kata Ulama' countdown bukan perayaan. Ianya jatuh haram mengikut cara(perbuatan) kita. Jatuh haram sekiranya sambut dengan buat maksiat,minum arak, judi, ambil dadah dan sebagainya.
2. 'Apakah hukum main bunga api...?'
> Ulama' bersepakat menyatakan setiap perbuatan yang ada unsur pembaziran adalah tidak harus. Samada makruh atau haram. Jika beli sedikit mercun kemudian bakar,makruh kerana membazir sedikit duit. Sekiranya membazir berlebihan jadi haram. Contohnye beli sampai beratus-ratus, beribu-ribu ringgit. Kalau bunga api untuk sambutan tahun baru terang-terang haram kerana mengambil duit rakyat beratus-ratus ribu ringgit, pembaziran yang nyata.
3. ‘ Pandu kereta sorang-sorang pada pukul 3 pagi. Jumpa lampu isyarat,lampu merah. Boleh tak nak teruskan? Kerana tiada kenderaan lain ketika itu,jalan sunyi..’
> Peraturan kerajan buat bagi menyelesaikan masalah rakyat. Lampu isyarat dicipta untuk jalan yang sibuk dan sesak. Dalam jalan kampung ada lampu isyarat tak? Tiada.. sabab jalan kampung tak sibuk. Boleh jalan, jika yakin tiada kenderaan lain ketika itu (dari arah kiri,kanan,depan) dan yakin tiada mudarat kepada org lain. Peraturan manusia boleh ditukar mengikut keadaan, tetapi undang-undang ALLAH(Quran),tak boleh diubah sampai bila-bila.
4. ‘Betul ke alat muzik tu najis..??’
> Betul. Sekiranya ada tahi ayam pada alat muzik itu. Najis ialah benda yang keluar dari kemaluan. Kalau binatang..anjing ,babi ,haiwan mati (bangkai) juga najis. Jika main alat muzik sampai lalai,tu yang jadi haram. Bunyi-bunyian ni dibenarkan. Dalilnya, dalam kitab-kitab bab ‘Nikmat Syurga’, Allah swt ada sediakan bunyi-bunyian di dalam syurga nanti.
5. ' Isteri kena hiburkan suami di rumah. Kalau suara isteri tak sedap kena nyanyi jugak ke...?" ^__^
> Tujuan hiburkan suami untuk mengeratkan kasih sayang dalam rumah tangga. Hiburkan suami bukan dengan nyanyi je. Macam-macam cara boleh. Isteri hiburan suami dari hujung rambut smpai hujung kaki. Dengan cara cakap boleh hiburkan suami,cara berjalan...Ini tidak,bila kat ofis berjalan "catwalk"..Dalam rumah pula "elephantwalk". Cara layanan juga hiburkan hati suami.
6. 'Hiburan itu haram sebab melalaikan. Apa pendapat ustaz...?’
> Manusia memang suka kepada permainan dan hiburan. Islam bukan agama yang menghalang (semuanya haram) tetapi agama mendidik. Hiburan dibenarkan cuma kita yang tak pandai jaga diri (lalai dari perkara wajib..mabuk,maksiat dan sebagainya). Itu yang jadi haram tu. Boleh hiburkan diri sekejap setelah penat berkerja atau beribadah. Boleh bermain supaya tak bosan. Allah juga hendakkan supaya hamba-hambanya sihat dan cergas untuk melakukan kerja dan kewajipan-kewajipan lain. Niat dalam hati, hiburan kerana Allah.
7. "Saya tengok vcd kuliah Ustaz...Ustaz kata,perempuan tak wajib pakai tudung. Lepas tu vcd lekat. Tak boleh nak tengok ayat seterusnya. Betul ke perempuan tak wajib pakai tudung...??”
> Betul ,perempuan tak wajib pakai tudung.Yang wajib adalah menutup seluruh aurat. Aurat ialah apa-apa bahagian pada anggota badan yang tidak boleh dilihat oleh lelaki yang bukan mahram. Kalau pakai tudung tapi nampak juga rambut kat dalam (tudung nipis bayang) haram juga. Kalau pakai tudung tapi rambut keluar (jambul) haram juga.
Pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek,haram juga. Pakai tudung singkat,haram juga . Jadi tutuplah aurat..WAJIB! Faham molek.
8.’ Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas peha. Batal tak..?’
> Batal, sekiranya si ayah terkentut.. ^__^ Tak batal sebenarnya, kecuali jika si anak itu dalam keadaan bernajis. Dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah aw sedang sujud,cucu baginda iaitu Saidina Hussin tiba-tiba naik di atas belakang baginda. Baginda sujud lama-lama, tidak terus
bangun kerana fikirkan cucunya belum puas lagi bermain dan juga bimbang sekiranya Saidina Hussin terjatuh jika baginda bangun. Dalam solat,boleh meraikan kanak-kanak.
9. "Kenapa Ustaz tak berpasangan dengan Zizan masuk raja lawak...?"
> Ustaz mengajar untuk tarik minat orang muda. Kalau mengajar lurus mendatar (straight) je, orang muda tak berapa suka. Datang 2,3kali lepas tu tak datang dah sebab bosan. Kena pelbagaikan cara. Alhamdulillah,orang muda datang kuliah. Yang tak suka datang kuliah, jadi suka datang kuliah. Kita nak hasilnya.
10. "Saya suka tengok cerita hantu. Sampai takut nak pergi ke dapur waktu malam. Isteri saya lagi la takut...Apa hukum tengok cerita hantu...? “ ^__^
> Sengaja tengok suatu benda yang buat kita takut, tetapi benda takut tu tidak membawa faedah, hukumnya Makruh. Kalau tengok suatu benda yg membawa takut kepada Akhirat(ALLAH),contohnya tengok orang mati , hukumnya Sunat.
Jika takut pada benda yang hanya lakonan (filem/drama)..? Maknanya kite 'tak sihat'.
11. "Saya nak derma tabung masjid RM10. Tetapi terambil duit RM50 dan termasuk ke dalam tabung masjid. Boleh tak saya nak minta balik (baki)...?" ^__^
> Boleh minta balik, dengan syarat kena bersumpah dulu. Jika imam tak yakin dengan dia,imam tak wajib bagi. Fikirkanlah hikmah. Mungkin Allah swt nak bagi ganjaran yang besar pada kita. Redha je lah..
12. "Kenapa wanita suka berbelanja? Isteri saya janji, sekali ni je, sekali ni je, tapi dia beli juga..” ^__^
> Wanita macam budak-budak. Suka membeli! Contohnya budak-budak. Pantang tengok mainan terus je nak, padahal mainan dah banyak di rumah. Macam juga wanita, baju, kasut banyak di dalam almari yang tak pakai lagi. Tapi nak beli lagi. Wanita memang suka tengok benda yang cantik. Memang tugas suami cari duit, isteri habiskan duit. Kalau bukan isteri yang habiskan duit, siapa lagi..? Kalau bukan isteri, siapa lagi yang nak beli periuk,kuali dan lain-lain..? Suami jangan marah. Isteri besar jasanya. Tolong beranakkan anak, jaga anak-anak, tolong basuh bju kita ,tolong masak, kemaskan rumah dan lain-lain.
13. "Saya rajin berkerja, taat perintah agama, solat tak tinggal. Boleh tak nak jadi menantu Ustaz..?"^__^
> Boleh. Dalam hadis pun Nabi saw berpesan..Jika ada seorang lelaki yang beragama datang meminta anakmu,maka segerakanlah menerimanya. Nabi saw tak syaratkan mengambil menantu yang pandai agama( ulama,ustaz, al- hafiz) Tetapi cukuplah yang jaga agama (bersolat 5 waktu, berpuasa penuh dan sebagainya).
14. ‘Apakah hukumnya mengambil wudhu' dalam keadaan bogel..?’
> "Ulama' sepakat menyatakan Haram mengambil wudhu' dalam keadaan berbogel di khalayak ramai . Jika di dalam bilik air rumah hukumnya Makruh.
******
Gabungan artis dan tokoh agama boleh membawa impak yang besar dengan menarik minat ramai golongan terutamanya golongan belia untuk mendekati kuliah/ceramah. Siapa kata berhibur itu salah? Kalau kena pada tempatnya, demikianlah natijahnya! ^_^
No comments:
Post a Comment