Monday, December 5, 2011

Siapa Aku?

DIA mujahid di jalan Allah..
Mengenalinya aku menjadi malu..
Mengenalinya aku terasa diri ini semakin kerdil.
Tetapi wahai anak muda, ayuh kenali para pejuang agama Allah!
Ayuh kita kenali syuhada agama Allah ini! Bersama kita susuli kisah hidup dan perjuangan mereka yang tidak kenal erti penat lelah dan sakit sengsara!

Kita cari kembali semangat yang hilang..
Kita kembalikan generasi syabab harapan umat gemilang..
Wahai anak muda, hayati kisahnya... lantas bertanyalah pada diri kita sendiri...SIAPA AKU?

SIAPA AKU?
(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, ku tekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan…

Ku tamatkan pengajian sekolah,
Ku teruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Ku kenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma’ Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Ku asaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, ku makin lemah, di penjara,
Pandangan kanan ku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy’al tergagal, musnah.

Ku senyum, ku lihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan ku niat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 – Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, roh pun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah…

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?
Kredit buat puisi yang sungguh puitis!

No comments:

Post a Comment