Thursday, December 1, 2011

Doaku Mengiringi Langkahnya

Pada 18.11.2011 yang lalu genaplah tempoh 4 tahun keberadaan ku di bumi Kinanah Ini. Sebuah pengembaraan hidup yang pastinya memberi seribu satu pengalaman yang tidak mungkin akan dilupai.

Empat tahun yang lalu, kaki ini menjejak bumi Mesir bersamanya. Tangisan, kegembiraan, semangat dan impian itu juga turut dikongsi.

'Kita datang sama-sama, semoga balik nanti pun sama-sama juga,kan?'

Namun, hari ini dia melambai ke arah kami. Tangisan itu tentu sekali kerana beratnya hati meninggalkan bumi yang penuh barakah ini... Aku meyakinkannya, kita merancang, tetapi Allah swt jualah sebaik-baik perancang. Tidak kira di bumi mana kita berpijak, matlamat itu tetap sama! Tidak akan pernah berubah!

Aku berharap moga dia tabah dan cekal dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Dengan semangat, kebolehan dan kemahuannya, aku pasti dia boleh!


Sahabat yang akan selalu kami doakan, Dayang Noor Soliha Hafifah Abdul Latif

Azhariah Kuliatil Banat, Kaherah.....Batch 2007/2008


Biarlah kesedihan itu pergi,kerna aku meyakini..
Segala yang terjadi pasti ada rahmat yang tersembunyi..
Kita berdiri di bumi berbeza, namun tetap dengan satu tujuan yang pasti..
Mengikis kejahilan keji buat diri dan umat ini..
Disebalik kepahitan dan kesakitan ini..kita harus relai..
Kerna redha Allah swt itulah yang sama2 kita impi..~


‘Semoga ‘penghijrahan’ ini adalah yang terbaik buat dirinya..’ Tatkala melihatnya pergi..doaku itu mengiringi langkahnya…

Kaherah , 01122011.

1 comment:

  1. Salam na...

    selagi nyawa di kandung badan,
    semangatku tak kan pernah padam,
    walau sering terleka di alam perjuangan,
    andai semangatku datang..semangatku tetap untuk Islam.

    berjuta hikmah selaut kesyukuran,
    pada 'teguran' yang ALLAH kirimkan,
    mencerahkan hati di kala kegelapan,
    menyedarkan sanubari merasai kehikmahan.

    tiada ucapan mahupun sapaan,
    menjauhkan diri membina kekuatan,
    setiap doa dikirim sebagai ingatan,
    sampai masa InsyaALLAH akan dipertemukan.

    Salam perjuangan untukmu teman; ustazah azlinah abdul gani
    -dangalai88-
    17 muharram 1434 hijrah

    ReplyDelete