Bibir mengukir senyuman. Mungkin kerana, diri pernah merasai perasaan excited yang dimaksudkan tadi. Perlahan..aku mengangguk. Tetapi dalam masa yang sama, tidak dinafikan ada segelintir dari kita yang agak alergik bila mendengar perkataan 'usrah'.
Cabaran terbesar kita pada hari ini ialah untuk menghilangkan rasa gerun, takut dan mind set bahawa usrah itu sesuatu yang membosankan dan hanya merupakan satu tempat dimana mereka yang kurang baik atau ‘nakal’ akan dihujum! Sedangkan pada hakikatnya, usrah merupakan satu liqaq/ perjumpaan / majlis ilmu yang meraikan semua ahlinya. Inilah masa yang sesuai untuk kita sama-sama refresh kembali nikmat iman dan Islam kita, yang saban hari disibukkan dengan pelbagai pekerjaan dan tugasan.
Untuk itu, naqib dan naqibah memainkan peranan yang amat penting dalam membawa dan menarik minat ahli usrahnya untuk memesrai perjumpaan ilmiah ini!
Kalau kita sayang Islam, kita akan menyayangi Usrah!
Usrah bukan sekadar satu pertemuan biasa yang diisi dengan omong-omong kosong, gelak tawa dan umpat cerca yang jelas tiada faedahnya bagi seorang individu muslim. Akan tetapi usrahlah merupakan satu tempat istimewa yang disebut sebagai taman-taman syurga sepertimana yang telah disebutkan oleh Rasulullah saw di dalam hadithnya yang bermaksud : [ Apabila kamu melalui taman-taman syurga, hendaklah kamu ikut menikmatinya. Lantas para sahabat bertanya kepada Nabi saw , ‘Apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu wahai Rasulullah?’ Nabi saw menjawab, ‘Iaitu perhimpunan-perhimpunan zikir(majlis ilmu) ] HR Tarmizi
Melalui usrah kita tidak akan lari daripada mengingati kalam-kalam, janji-janji baik dan buruk daripada Allah swt yang tentunya akan membawa kita kembali untuk mendekati Allah swt. Disamping itu kita akan menyelusuri sirah perjuangan Rasullah saw bersama para sahabatnya, membincangkan isu semasa dan sebagainya yang pasti, memberikan seribu satu ilmu dan input baru buat semua.
Usrah boleh kita ibaratkan seperti seorang petani yang sedang mencangkul. Pada zahirnya, kita boleh lihat dia sedang berusaha tanpa mengetahui bahawa dia sedang membina batas dan menanam sesuatu yang pastinya akan mendatangkan hasil kelak. Begitulah jua halnya dengan usrah. Mereka hanya melihat kita berkumpul, berbincang, berdiskusi pada zahirnya. Tetapi sebenarnya kita sedang membina semula Islam di dalam hati-hati kita! Kita sebenarnya sedang mencari sebuah cinta yang mana insan lain telah kehilangannya tanpa disedari.
Gemilangnya umat terdahulu dalam membawa syiar Islam!
Melihatkan umat hari ini yang semakin tenat sakitnya, kita tertanya-tanya.. Adakah masih ada peluang dan ruang untuk Islam kembali tertegak di muka bumi Allah swt ini? Di sinilah garis permulaannya! Tempat kita sama-sama saling mengingatkan, saling menguatkan, saling berkongsi semangat dan kefahaman bahawa Islam itulah yang tertinggi, dan tiada lain yang lebih tinggi selainnya!
Rebut peluang yang ada..singgahi taman syurga itu!
usrah maknanya keluarga...stiap minggu rasanya kita mgadakn prjumpaan kluarga...tapi adakah ahli2 usrah mrasakn diri mreka mrasa "kekeluargaan" trsebut??..mgkin jua ya,mgkin jua tidak..utk mrasa "kekeluargaan itu kena kukuhkn hati2 kita kerana Allah...bersihkn hati2 kita kerana Allah...bila hati(input) bersih,akan melahirkn lisan(output) yg brsih..belajar agama kena ada tasawuf,moga hati kita x jadi taasub pada mana2 pihak atau wasilah..ketepikn wasilah2 tu smua,kita brtemu dalam kluarga(usrah) ni kerna Allah swt...aminn
ReplyDeleteKukuhkan hati2 kita yang bertemu kerana Allah swt akan membawa kepada ikatan kekeluargaan yang benar2 utuh..syukran atas perkongsian =)
ReplyDelete