Saturday, August 13, 2011

Diskusi Kitab : Medicine of the Prophet

Bakal doktor itu mencadangkan agar kami membeli buku Tibb Nabawi ataupun Medicine of the Prophet seusai gilirannya menyampaikan tazkirah subuh pada hari tersebut.

Kata-katanya bersungguh. Bahawa buku tersebut sangat baik untuk dibaca bagi membolehkan kita sama-sama mempelajari dan mengetahui bagaimanakah cara Rasulullah saw dalam menangani dan merawat penyakit-penyakit yang dialami oleh tubuh badan.

Objektifnya jelas.

Kita seharusnya cuba beranjak sedikit demi sedikit daripada mengambil dan terlalu bergantung dengan ubat-ubatan kimia hari ini kepada usaha untuk merawat dan mencegah penyakit mengikut kaedah-kaedah yang telah Rasulullah saw ajarkan.

Mujarab atau tidak..?

Semuanya kembali kepada sejauh mana kita meyakini apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw!

Lamaran kami disambut baik. Agak tersentuh dengan sikapnya yang suka untuk berkongsi ilmu yang ada tanpa banyak soal kerenah. Tanpa mengira ramai atau sedikit mereka yang turun pada majlis diskusi itu, dia meneruskannya dengan mengingatkan kepada kami. ‘Usah dihirau ramai atau sedikit yang hadir.Yang pastinya yang hadir pada hari tersebut tentunya tidak rugi kerana berada di dalam satu majlis ilmu yang diberkati Allah swt,Insyallah..’

Jutaan terima kasih kepada pembentang kitab, Dr Aman Al Muiz Noordin
Pelajar perubatan, tahun 3 Al Azhar - WISA

Pembentangan slide show ketika diskusi

Antara ahli WISA yang hadir

Syukran pada semua yang sudi hadir

Cenderahati yang disampaikan oleh TYDPI

WISA berharap semoga perkongsian pada hari tersebut membawa sedikit sebanyak ilmu dan informasi buat semua ahli BKPSM yang hadir.

Jom jadi ‘DOKTOR’ untuk diri sendiri..!(^-^)

No comments:

Post a Comment