Thursday, July 21, 2011

Biar Penat Sikit..

Mata menatap kalender bulan Julai yang terlekat di wallpaper.

Rupa-rupanya, imtihan yang dilalui tempoh hari baru sahaja berlalu.

Rasanya seperti sudah lama benar..tetapi rupanya..baru seminggu lebih!

Kemasukan ku sekolah Markaz Iqra’ selang beberapa hari sahaja selepas imtihan tempoh hari membuatkan ku agak sibuk sedikit. Sudah lama benar rasanya tidak diberikan homework, membuatkan ku rasa seperti budak sekolah seperti dulu kala. Gembira.

Jadual talaqi ke masjid Al Azhar pula, cuba dipenuhi semampunya. Sebenarnya diri mencemburui sahabat-sahabat banin yang bebas ke kelas-kelas talaqi dengan motorsikal mereka. Sekejap sahaja, sampailah ke tempat yang dituju! Bagi yang perempuan pula, tidak hairanlah ramai yang memilih untuk duduk di rumah sahaja kerana perjalanan yang agak jauh untuk ke Masjid Al Azhar. Ditambah pula dengan musim panas yang membahang, sudah tentu akan membuatkan kami berfikir berkali-kali untuk melangkahkan kaki melawan cahaya sang mentari.

Datang sekali.. Dua kali..

Belum terasa manis dan zouqnya berada di majlis ilmu. Dengan kepenatan berjalan kaki dan kurang faham dengan apa yang disampaikan oleh syeikh, sekejap sahaja bisa terlelap! Kehadiran kali ketiga ke sana,aku seorang diri bertemankan musyrif. Kakak yang biasanya menemaniku tidak dapat hadir lantaran kondisi kesihatan yang kurang baik. Alhamdulillah, hari itu terasa sangat gembira. Seakan-akan zouq dan rasa cinta untuk hadir,hadir dan hadir lagi ke sana membuak-buak.

Benar kata teman..’Sekali dua datang ke majlis ilmu,kalaupun tidak faham atau belum terasa zouq itu, jangan berhenti! Kena istiqamah! Insyallah barakahnya tu akan Allah swt beri sedikit demi sedikit’.

Ya, benar… Tidak menafikan maka mengakui!

Letih memang letih, tetapi biarlah penat sedikit. Yakinlah dengan ganjaran dan keistimewaan berada di majlis ilmu itu, sungguh ianya sangat bernilai! Setiap langkah dan titis peluh itu menjadi saksi betapa untuk mendapatkan sesuatu yang berharga itu, tentunya ada harga yang perlu dibayar! Tiada yang percuma! So, take it or leave it!

Kata-kata Saidina Ali k.w ini menguatkan ku tatkala lelah.. Semoga dapat memberi kekuatan juga kepada semua sahabat sahabiah yang lain..

‘Apabila kamu letih melakukan sesuatu kebaikan, maka ketahuilah sesungguhnya keletihan itu akan hilang manakala pahala(kebaikan) itu akan kekal..tetapi apabila kamu gembira melakukan sesuatu dosa, maka ketahuilah sesungguhnya keseronokan itu akan hilang manakala dosa itu akan kekal’

p/s: Hanya berbaki 2 kelas talaqi sebelum ianya tawaquf untuk Ramadhan ini. Semoga langkah-langkah itu diberikan kekuatan dan terus istiqamah pada masa-masa akan datang. Biar penat sikit..=)

No comments:

Post a Comment