Wednesday, January 19, 2011

Jatuh Cinta Lagi!

Saban hari Allah menguji.

Sayangnya Allah pada hambaNya.

Cuma terkadang kita yang terlupa ujian itu mentarbiyyah diri yang lemah.

Pengakuan diri mungkin cukup jujur. ‘Aku beriman pada Allah swt dan RasulNya’. Namun, jujur atau tidak UJIAN lah yang memainkan peranannya untuk menentukan.


Ikhlaskah aku?

Bila ku katakan semua yang dilakukan Lillahi Taala!

Ikhlaskah aku?

Tatkala ku berazam ingin menegakkan agamaNya yang mulia?


Ujian Allah itu mentarbiyah jiwa. Mungkin juga cuba mengejutkan diri yang terlena.

Muhasabah. Koreksi diri sedalamnya.

Terimbas salah satu dialog di dalam filem AAC..‘Allah sedang berbicara denganmu!’

‘Allah sedang berbicara denganmu tentang SABAR..IKHLAS’

Mengangguk! Tanda setuju benar.


‘Barulah terasa manisnya berjuang’, kata ustaz.

Yakin, semuanya berhikmah! Entah kenapa kalam Rasulullah saw ini sering terngiang-ngiang di gegendang telinga sejak akhir-akhir ini. Membawa diri hanyut..cuba memahami dan menghayati sebaiknya. Kenapa sering kali kita lebih memilih redha manusia berbanding redhaNYA? Bagaimana dengan redha Allah?

Tidakkah itu jauh lebih berharga?

Ku biarkan kalam Rasulullah saw ini berbicara..

“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan murkanya Allah, maka Allah akan menyerahkan nasibnya kepada manusia.” [Maksud Hadith]


Semakin ditekan, semakin berjuang!

Semakin kuat ujian, semakin faham erti sebuah perjuangan!

Mungkin diri boleh mengkiaskannya dengan pasangan yang bercinta. Semakin di halang percintaan mereka, semakin membuak rasa cinta dan sayang. Cuba-cubalah ada yang menghalang.

..‘Langkah mayatku dahulu.’

..‘Lautan api pun sanggup ku renangi.’

..‘Di mulut naga pun bisa ku rebut.’

Fuhh..dahsyat bukan? Begitulah kekuatan cinta.



Diri ini..semakin hari semakin jatuh cinta pada dakwah.

Buat kesekian kalinya, diri merasa hati itu jatuh cinta lagi.

Mungkin, begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain.Namun, bercintalah dengan kefahaman yang sebenar. Kerana diri melihat, hari ini benar.. Kita cinta dengan dakwah namun kita tidak kenal pun dengannya.


Kita ingin menyambung perjuangan dakwah Rasulullah saw dan para sahabat!

Kita ingin menjadi salah satu mata rantai perjuangan dakwah itu!

Namun, kita tidak tahu pun bahawa ada MISI dan VISI disebalik usaha ini.


InsyaAllah, entri-entri selepas ini akan mengulas dan meringkaskan sebuah kitab Syeikh Muhammad Abduh yang bertajuk Apa Erti Komitmen Aktivis Dakwah. Sedang cuba dan masih mengajar diri untuk menyelusuri satu demi satu perjalanan dan peringkat dakwah yang penuh dengan dugaan dan cabaran . Semoga ada manfaat yang diperolehi bagi followers teratak WardatulAsfar kerana seandainya tidak, maka percuma saja ianya wujud! Doakan semoga kesibukan diri tidak membantutkan niat ini.

Jazaakumullahu khairan kathira~

No comments:

Post a Comment