Di saat-saat yang genting itu, Baginda masih menyebut kalimah itu..
'Ummati..ummati..ummati..'
Betapa risaunya Baginda dan itulah bukti rasa sayangnya pada makhluk yang bernama umat Muhammad saw.
Dan kita hari ini? Betapa kita telah melupakannya. Kita telah melupakan segala tunjuk ajar dan mengabaikan suruhan dan sunnahNya.
Kita kata kita sayang..
Kita kata kita juga cinta padaNya..
Namun, sebenarnya kita belum kenal baginda. Lantas kerana itulah kita belum dapat mengambil banyak iktibar dan contoh yang terbaik yang telah ditinggalkannya.
'Tak kenal, maka tak cinta'.. Ada benarnya pepatah ini!
Kerana sendainya kita benar-benar mengenali baginda, sudah tentu akan ramai pemuda pemudi dan umatnya hari ini yang persis Rasulullah saw dari segi perwatakan dan akhlaknya. Semoga dengan adanya label baru 'Ar Rasul Qudwatuna' akan menjadikan kita lebih mengenali kekasih Allah swt ini dan mencontohi baginda. Amin..~
:: BENTUK CIPTAAN RASULULLAH SAW
Mengenai sifat Rasulullah saw, Ali bin Talib kw berkata :
' Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu pendek. Beliau bertubuh sedang di antara kaumnya. Rambutnya tidak keriting bergulung dan tidak pula lurus kaku, melainkan ikal bergelombang. Badannya tidak gemuk, wajahnya tidak bulat, namun bentuk wajahnya membujur telur. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah dan kuat, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, namun beliau memiliki bulu lebat yang memanjang dari dada sampai ke pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. Bila beliau berjalan, beliau berjalan dengan tegap ( kakinya diangkat dengan kekuatan) seakan-akan beliau turun ke tempat yang rendah. Bila beliau berpaling, maka beliau akan berpaling dengan kedua bahunya(1) secara bersamaan. Di antara kedua bahunya terdapat khatamun-nubuwah(2) iaitu tanda kenabian bagi para Nabi. Beliau adalah manusia yang hatinya paling pemurah (paling lapang)(3) . Orang yang ucapannya paling jujur. Manusia yang perangainya (tabiatnya) paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Barangsiapa yang melihatnya walau pertama kali (atau secara tiba-tiba) pastilah akan menaruh hormat dan segan padanya. Lalu barangsiapa yang bergaul dengannya, kemudian mengenali beliau tentulah ia kan mencintainya(4). Orang yang menceritakan sifatnya pastilah akan berkata
" Belum pernah aku melihat sebelum dan sesudahnya , orang yang setanding beliau saw'. (5)
(1) Maksudnya, seluruh badannya ikut berpaling.
(2) Mengenai khatamun nubuwah, akan dijelaskan pada babnya sendiri.
(3) Maka, baginda tidak pernah berkeluh kesah atas kenakalan dan penyiksaan kaumnya.
(4) Maksudnya, orang yang bertemu dengan beliau sebelum bergaul dan sebelum mengenali beliau, maka akan terbuktilah keindahan akhlak baginda saw, sehingga ia akan sangat mencintai Rasululah saw.
(5) Sunan Tirmidzi 3638.
No comments:
Post a Comment