Satu permulaan tahun yang agak baik saya kira,bilamana semalam BAHEP (Biro Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) BKPSM telah mengadakan sebuah program motivasi bersempena Fatrah Imtihan fasa1 yang bakal tiba tidak lama lagi.
‘It Is All In The Mind’ merupakan tajuk motivasi yang telah disampaikan oleh Dr.Fatimah Zahara Binti Rosli,Graduan Perubatan dari Universiti Ain Shams,Kaherah.Sesi motivasi dibuka dengan mengumpamakan bahawa sesungguhnya hidup ini umpama Jigsaw Puzzle yang wujud tanpa gambaran yang ditentukan.Lansung tiada bayangan bagaimanakah rupanya,bentuknya dan susun aturnya.Begitulah hidup kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.Segalanya telah tertulis di Lauh MahfuzNya yang tidak kita terbayangkan.Sebagai hambaNYA yang taat dan patuh sudah tentu kita seharusnya redha dengan segala yang tertulis.Namun kita juga mempunyai tanggungjawab untuk menentukan arah tuju hidup masing-masing.Baik,buruk,berjaya atau gagal terpulang pada diri sendiri.Jadi perlunya setiap dari kita mempunyai satu matlamat hidup yang jelas!Oleh yang demikian,untuk kita sampai ke titik penamat itu,kita harus mulakan dengan sebuah titik permulaan!
Selain itu,Dr.Fatimah turut menekankan betapa pentingnya untuk setiap orang mengenal pasti hala tuju hidupnya dan memerlukan bayangan positif terhadap diri sendiri!Yakin,percaya diri dan membayangkan bayangan-bayangan yang indah dan cemerlang ada kesannya terhadap diri.Itulah yang di sebut ‘Power Of Mind!’.Tiada yang mustahil apabila kita sudah meletakkan sesuatu sebagai target dan hadaf utama.Akhir sekali,rentetan daripada itu kita memerlukan kepada ‘planning’ yang tersusun agar dapat melicinkan, mengatur dan mengubah sesuatu yang dibayangkan tadi untuk direalisasikan menjadi sebuah realiti!
Salam Perjuangan buat semua!!
No comments:
Post a Comment