Tuesday, November 24, 2009

Berkorban

Menjelang Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba tidak lama lagi,bagi mereka yang bermampuan sudah tentu telah bersedia untuk ‘mengorbankan’ wang yang ada untuk membeli seekor kambing,khoruf atau binatang ternak yang lainnya.Di imarah Sabah, tahun ini pun masih ada para pelajar yang turut serta untuk menjalankan ibadah korban seperti tahun-tahun sebelumnya.Semoga ibadah ini diterima Allah dan sebaik-baik ganjaran hanyalah dari Allah swt.

Dari Abu Said Al Khudri ra,bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda kepada Fatimah ra : ‘Bangunlah ke kurbanmu dan saksikannya,sesungguuhnya titisan pertama daripada darahnya diampunkan pada kamu dosa apa yang telah lalu’.



Itu ’korban’ yang khususnya berlaku di Bulan ZulHijjah ini.Maaruf.

Konsep berkorban dalam Islam amat subjektif .Luas.
Dalam segala hal,Islam menuntut penganutnya untuk berkorban demi kesejahteraan Islam khususnya.
Dan sedar atau tidak kita semua pernah berkorban untuk sesuatu yang kita impikan.

Ayah dan ibu sanggup berkorban jiwa dan raganya demi membesarkan anak-anak agar mendapat kehidupan yang sempurna.

Si pencari ilmu sanggup berkorban,berjauhan dari keluarga tercinta,membelanjakan wang yang banyak dan sanggup berusaha demi mencari ilmuNYA yang Maha Luas.

Para pahlawan dan srikandi juga sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan Tanah Airnya.

Golongan pendidik bangsa berkorban demi mentarbiyyah masyarakat yang kian leka.

Begitu jugalah halnya yang terjadi pada kita.
Selaku pemuda pemudi harapan agama ISLAM kita perlu melakukan pengorbanan itu!
Ya!Semangat kita sentiasa ada!
Semangat itu selalu berkobar-kobar!
Kita mahu memperjuangkan Islam!
Kita mahu berbakti untuk Islam!
Kita mahu cita-cita untuk Islam itu sendiri terlaksana!

Namun,apa cukup sekadar berkata-kata..?

Tidak!
Sudah tentu semua ini memerlukan pengorbanan yang telus dan ikhlas dari kita selaku hamba Allah swt yang yakin bahawa tugas kita di atas muka bumi ini, tidak lain hanyalah untuk mengabdikan diri untuk NYA.

(Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia itu kecuali untuk menyembahKU)

Sebenarnya,kalau diperhatikan betul-betul,segala apa yang kita impikan,
Segala apa yang kita curahkan kasih padanya,
Segala apa yang kita berikan cinta padanya,
Segala apa yang kita sayang,itulah..Itulah yang membutuhkan pengorbanan!!
Memerlukan pengorbanan dari kita bagi membuktikan sejauh mana impian,kasih,cinta dan sayang itu benar-benar ingin kita perjuangkan…
Ingin kita pertahankan..!!
Semoga dengan pengorbanan pahit yang terpaksa kita hadapi itu bisa saja memberi ganjaran yang manis di penghujung jalan.

*Moga-moga hamba yang lemah ini mampu melakukan pengorbanan yang besar itu!

*’SEMARAKKAN PENGORBANAN MEMBELA YANG HAQQ’..

Salam Aidil Adha buat semua,terutamanya buat keluarga tercinta yang pada mereka rindu ini kian berbunga..

No comments:

Post a Comment